Jul
27th

1 Minggu Yang Meletihkan

Files under Personal | Posted by Akmal

Huh….hampir 1 minggu aku x update blog ini. Ini kerana seminggu ni aku betul2 sibuk dengan kerja-kerja pembaikan server yang mengalami kerosakan hardware iaitu hard disk SCSI rosak. Banyak juga data-data yang perlu diselamatkan sehingga aku terpaksa mintak dgn boss ICT hantar beberapa orang engineer ICT turun ke Kelantan. Sebelum itu selama seminggu aku seorang diri cuba membaiki dan backup data-data yang perlu diselamatkan tetapi tidak berhasil kerana server yang rosak ini tiada documentacion configuration yang dilakukan oleh ICT dahulu. Jadi nak tak nak perlu memanggil orang yang lebih pakar dalam bidang ini.

Selepas gagal membaiki dan juga mendapatkan data-data terutama data akaun yang sangat penting itu. HQ menghantar 3 orang ICT turun ke Kelantan,  2 orang pakar server dan seorang pakar network. Bermula hari selasa (21 Julai 2009) hingga Jumaat (24 Julai 2009) kami berempat bertungkus lumus siang dan malam cuba membaiki server dan data. Akhirnya data yang paling penting iaitu data akaun dapat diselamatkan selepas mengambil masa yang sangat lama untuk backup, tetapi terdapat juga data yang tidak dapat diselamatkan kerana kerosakan hard disk, dan Partition OS yang rosak. Sepanjang operasi membaiki server, kitorang ICT Dept bekerja secara luarbiasa, apabila betul2 letih dan otak betul2 jem, barulah kami keluar makan, balik mandi dan tido. Ade satu masa kitorang kerja 36 Jam tanpa henti.

Akhirnya, pada Jumaat malam segalanya selesai dan tinggal 20% sahaja lagi yang perlu diselesaikan oleh aku sendiri. Apepun, banyak perkara yang dapat aku pelajari drpd pakar2 server dan networking ini dan pertama kali aku dapat merasai betapa bestnya bekerja dalam 1 pasukan yang sama Jabatan, Jabatan ICT. Walaupun bekerja dalam keadaan tertekan, kita orang boleh lagi buat lawak-lawak bodoh dan bermain games. Baru kutahu setiap sorang ada games masing2 yang dimainkan especially ketika menunggu data backup samaada games online dan juga offline. Aku pun dah join salah satu games online yang akan melawan geng2 ICT lain secara online.

PS : Banyak jugak lah bisness part time yang terlepas mgg lepas…nak wat camne….xde rezki… Julai 2009 yang penuh dugaan dan cabaran… :(


5 Responses to “1 Minggu Yang Meletihkan”

  1. By sharimi on Jul 27, 2009 | Reply

    besarnya server sinar harian……….

    [Reply]

  2. By Akmal on Jul 30, 2009 | Reply

    Size Rack Server 33U

    [Reply]

  3. By Syed Muhammad on Jul 30, 2009 | Reply

    Alhamdulillah.

    Cadangan saya, gunalah RAID-5 supaya data selamat di kemudian hari.

    Thumbs up!
    Syed Muhammad´s last blog ..Updating Gigabyte GV-R485OC-1GH BIOS My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. By Akmal on Aug 1, 2009 | Reply

    Bro Syed…
    Server tu dah guna RAID-5, tp partition OS salah satu drive mmg corupt…semua data2 dalam tu dah tak dapat diselamatkan…

    Jadikan pengajaran utk masa depan… :(

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 22, 2010: (MyStory) Kembali Fokus & Konsisten | aktechpage.com

Post a Comment

CommentLuv Enabled