Selepas kejayaan penglibatan syarikat petroleum negara Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995. Kini Malaysia melangkah setapak maju lagi dengan menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010 selepas FIA menerima permohonan Malaysia untuk menjadi pasukan F1 yang ke-14 dan pasukan baru yang ke-3 selepas pasukan Manor GP, US F1 dan Campos Meta. Pasukan F1 Malaysia ini akan dikenali sebagai Lotus F1 Team atau 1Malaysia F1 Team. Aku tak pasti yang mana satu, tapi kemungkinan besar pasukan ini akan di kenali sebagai Lotus F1 Team kerana nama pasukan ini sudah dikenali ramai oleh peminat F1 dan pengurusan F1 kerana penglibatan aktif Lotus Car dalam F1 pada era 60′s, 70′s, 80′ dan awal 90′s. (Pengumuman Pasukan ke-14 oleh FIA, klik Sini).
Tapi dalam post kali ini, aku akan memanggil pasukan ini sebagai Pasukan 1Malaysia F1 Team sebagai tanda patriotik kepada negara. Semestinya Pasukan F1 ini adalah kesinambungan daripada penglibatan syarikat permotoran antarabangsa terkemuka Lotus Car yang pernah mempunyai pasukan F1 tersendiri dari tahun 1958-1994 iaitu Team Lotus yang sekarang ini dimiliki sepenuhnya oleh Proton. Semestinya pasukan F1 Malaysia ini akan mendapat mendapat kepakaran daripada teknologi Lotus Car yang pernah melahirkan Juara Dunia F1 seperti Jim Clark, Graham Hill, Jochen Rindt, Emmerson Fittipaldi dan Mario Andretti.
Pasukan F1 Malaysia ini adalah terdiri daripada gabungan agensi kerajaan Malaysia dan syarikat swasta terkemuka Malaysia. Antara syarikat swasta yang terlibat dalam projek F1 negara ini ialah Lotus Car, Proton, Tune Group (Air Asia) dan Naza Group. Tetapi kemungkinan besar Petronas akan turut terlibat dalam projek ini kerana kontrak Petronas dengan pasukan BMW Sauber F1 team akan berakhir apabila musim 2009 tamat nanti, lagipun BMW telah menarik diri dalam penglibatan F1 dan pasukan BMW Sauber F1 pun sudah dibeli oleh syarikat terkemuka pelaburan Switzerland Qadbak Investement dan pasukan ini akan di kenali kepada Qadbak Sauber F1 Team.
Menurut Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak, untuk sementara waktu ini kesemua pengurusan, pemasaran, penjenamaan, penyelidikan dan pembangunan pasukan F1 ini akan berpangkalan di Norfolk, England iaitu pangkalan yang pernah digunakan oleh pasukan F1 Lotus dahulu. Kemudian akan berpindah ke Sepang International Circuit (SIC) secara perlahan-lahan terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Pada pendapat aku rasa terlalu cepat sangat untuk Malaysia mempunyai pasukan F1 sendiri, kerana sekarang ini musim kegawatan ekonomi dan banyak syarikat terkemuka dunia sekarang menarik diri dari F1 seperti Honda dan BMW kerana perbelanjaan sangat besar dan merupakan sukan paling mahal di dunia kerana kos senggraan dan menggunakan teknologi yang tinggi. Walau apa pun sebagai rakyat Malaysia dan aku juga salah seorang peminat F1 (Ferrari F1 Team Fans) patut merasa bangga kerana dengan tertubuhnya pasukan ini akan membolehkan Syarikat Malaysia terkemuka mempromosi menggunakan medium F1 yang mempunyai penonton yang tinggi dan kaya raya
. Pakar2 jurutera profesional tempatan juga akan terdedah dengan teknologi dalam suasana kompetetif saingan dalam sukan automatif tinggi ini.
Company Name: 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd
Team Name: Lotus F1 Team
Country: Malaysia
Team Principal: Tony Fernandes
Apa yang menjadi persoalan sekarang, mampukah pasukan F1 Malaysia bersaing secara kompetitif dalam sukan ini dalam masa persiapan yang singkat, ini kerana pasukan Amerika Syarikat iaitu US F1 Team pun ambil masa 2 tahun membuat persiapan untuk sertai F1 2010???
ps: Berlumba nanti jangan paling perlahan udah ler, Alex Yoong dulu pun selalu ketinggalan 2 lap….huhuhu..jangan lah memalukan negara nanti.
Related posts:
- Barisan Pemandu 1Malaysia F1 Team@Lotus F1 Racing 2010 Akhirnya segala teka-teki siapakah pemandu-pemandu untuk pasukan 1Malaysia F1 Team (1MF1T) atau akan dikenali di dalam Kalendar F1 2010 sebagai...
- www.LotusF1Racing.my: Web Site Rasmi Lotus 1Malaysia F1 team Bagi peminat sukan F1 dan juga sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan pasukan F1 Malaysia iaitu Lotus F1 Racing team bolehlah...
- 1Malaysia F1 Team With Tony Fernandes Formula One (F1) is one of my favourite sport team since Malaysia organise the first Petronas F1 Grand Prix in...
- MALAYSIA Juara Piala AFF Suzuki 2010, Tersungkurnya KEEGOAN INDONESIA Huh… SYABAS pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada Jurulatih K. Rajagopal, pemenang kasut emas Mohd Safee Mohd Sali, penjaga gol...
- ICT Team Building@Agrotek Garden Resort Dalam akhir 2 minggu ini aku agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja pejabat terutamanya masalah server, house keeping data dan membantu ...











By Yen Kerhack on Sep 26, 2009 | Reply
Yg aku tau design ntok kete die mmg tahap buruk tak der seni…. menampakkan sgt yg rakyat malaysia tak berseni… giler..
[Reply]
Akmal Reply:
September 26th, 2009 at 4:31 pm
@Yen Kerhack
Bukan xde seni bro… rakyat malaysia mmg ade seni…cuma design kereta tu tahap sembrono je sbb projek nak siap cepat…
[Reply]
By xxthestructruefall on Sep 26, 2009 | Reply
lagipun pkai engine cosworth..
[Reply]
Akmal Reply:
September 26th, 2009 at 4:34 pm
@xxthestructurefall
Tu la pasal, enjin Cosworth ni lama dah tak compete dlm F1…mampu ke enjin ni… better pkai enjin Ferrari/Toyota/Renault dahulu sblm buat enjin F1 sendiri…
[Reply]
array Reply:
September 27th, 2009 at 11:50 pm
a’ah..btul3 aku stuju…aku takut enjin ni jadi mcm zaman minardi dulu..minardi cosworth…huhuuh tp kalu pakai jgk mebi saing2 USF1 la kot,dah pakai enjin sama..lg satu kan proton penah colaborate dgn petronas bina enjin utk sauber bbrapa tahun dulu..tp fail..
[Reply]
By F1 fan on Sep 30, 2009 | Reply
Harap-harap boleh compete… Jangan membazir boreh (beras) suda…
.-= F1 fan´s last blog ..Make money from Link : LinkFromBlog =-.
[Reply]
Akmal Reply:
September 30th, 2009 at 8:30 pm
Harap2 gitu la, kita bg peluang dulu dlm 3 thn dulu ke…kalo asyik duk belakang je better quit dan fokus pada A1GP jee…
[Reply]
By Yenkerhack on Nov 4, 2009 | Reply
Tak brmksud mcm tu.. bkan mcm tu… memang rakyat malaysia rmai yg kreatif.. tapi kalau duk pkai design tuh…. mmg memalukan rakyat malaysia lar.. menampakkan lagi xkreatif…
[Reply]
By hafizi on Dec 17, 2009 | Reply
CONFIRM XKN MENANG…MNE BLEH LWAN GN TEAM FERRARI,TOYOTA…
[Reply]
Akmal Reply:
December 17th, 2009 at 11:33 pm
Mmg susah nak menang….tp berdasarkan sejarah F1, mmg dah ada byk team dr eropah yg x pernah menang sepanjang penglibatan dlm F1…contohnya team Minardi dr Itali yg terlibat dlm F1 sejak dr 1985-2005. Hanya kumpul 38 point sahaja. Xde kemenangan podium pun.
hafizi, lain kali cuba isi blog personal dlm kotak komen nanti yek.. TQ
[Reply]