Pada hari khamis malam 16 April lalu, buat pertama kalinya dalam hidup aku pergi mencandat sotong di tengah Lautan. Aku pergi dengan 3 org staff sepejabat dan 3 org rakan drpd syarikat jiran Rhom-Wako Electronics Pengkalan Chepa dan 2 org iaitu tuan punya bot dengan kelindannya. Jadi semua sekali 1 bot 9 org. Tuan punya bot ni adalah ayah salah seorang staff sepejabat dgn aku, ayahnya seorang nelayan di Pantai Senok. Aku pergi ni pun secara tetiba je sebab atas ajakan member ofismate pada hari Isnin. Terus apply cuti dan boss pun lulus. Kitaorang akan berada di tengah lautan untuk semalaman sahaja, mula2 aku rasa cuak jugaklah sbb member2 aku yg dah pergi bagi amaran hati2 dgn mabuk laut dan ribut, heheheh. Takut mmg takut tp aku tetap nak pergi jugak sebab inilah masanya untuk merasai pengalaman berada di tengah lautan atas bot nelayan untuk candat sotong.
Kami bertolak dr pangkalan Pantai Senok jam 3.30 petang hari Khamis, sebelum bot bergerak aku telah telan 2 biji pil anti mabuk. Sepanjang perjalanan ke lokasi mencandat sotong, aku berasa biasa je malah berasa amat seronok kerana dapat menikmati keindahan laut dan merasa angin pantai yang damai. Sepanjang perjalanan tu aku mula berkenalan dgn geng2 dr Rhom-Wako, diorang ni mmg dah biasa. Geng aku plak geng Sinar, drpd 4 org, 2 org 1st time ke laut termasuk aku. Bot tiba di lokasi candat sotong lebih kurang 1 jam setengah kemudian, tuan bot ni guna GPS untuk menanda lokasi sarang sotong, jd senanglah untuk mencari sarang sotong. Aku pun x reti nak explain mcm mn la sistem GPS ni berfungsi.
Tp kena cek juga secara manual dengan candat dulu, kalu ade mmg ye la tu lubuk sotong. Aku dan yg lain2 pun mula la bercandat sotong mula pada pukul 5.00 ptg, tak sampai 15 minit aku antara orang yg paling awal dapat sotong pertama. Hhuhuhu…gembira bukan kepalang lg, besarlah jgak dalam separuh lengan panjangnya. Rupa2nya candat sotong ni lg senang drpd mengail ikan menggunakan joran, lgpun sotong yg aku dapat tu mmg pasif gila. Cuma hanya perlu tarik naik ke atas, lps tu biarkan dia pancutkan air hitamnya dulu lps sotong tu kuar drpd air barulah letak dlm bekas dan buang mata kail kt janggut sotong tu. Senang gila beb. Sblm maghrib tu dapatlah aku dlm 8 ekor sotong.
Mula bertolak keluar dr Kuala Pantai Senok ke tempat Candat Sotong
Aku jgak dapat melihat keindahan senja di tengah lautan apabila melihat matahari terbenam di tengah laut, tenang je rasa bila tengok matahari terbenam sambil2 candat sotong. Lps waktu magrib tu aku mula jarang dapat sotong, tak tau la mungkin sebab tangan aku dah mula letih lepas tarik2 tali candat. Penat wooo…..lenguh je tangan. tp wat lah perlahan2. Pening tu dah mula terasa, hanyut je rasa. Tp angin laut semakin kencang, dr kejauhan dah nampak petir. Mmg nak ribut daa… Ribut melanda lebih kurang pukul 9 malam, masa tu bot mula terhuyung-hayang ke kanan kiri dengan kuatnya. Rasa mcm main buaian la plak. Kemudian turunlah hujan dgn lebatnya, masa tu cepat2 kemas kan barang2 yg tidak patut basah dan cari tempat berteduh.
Aku & the geng mula berteduh dr hujan ribut, hohohoho…masa ni lah aku mula rasa loya je tekak aku, rasa mcm ade benda je nak keluar tekak. Dahi pun mula berpeluh walaupun aku mmg berada dalam kebasahan selepas kena hujan tadi. Ketika bergerak atas bot menuju ke tempat berteduh, memang mencabar sungguh, ye lah bot bergoyang kuat dan lantai licin, takut tetapi seronok. Aku mula rasa pening bila berada kt tempat teduh…nampak dunia kiri kanan naik turun berulang alik. Dalam 15 minit je, aku pun keluar dr tempat teduh, pergi ke tepi bot terus muntah, ade la dalam 3 kali muntah dalam seround, abis semua keluar yg aku makan tengah hari tadi, rasa kosong je perut. Lps tu pergi balik tempat berteduh, landing baik punya, terus tido walaupun bot kuat bergoyang. Aku x kira, yg penting aku nak tido jgak.
Yeahhhh……sotong segar punya!!!
Dalam pukul 1 pagi, aku tersedar, bot pun dah tak bergoyang kuat, tenang je menandakan ribut sudah berakhir, aku pun dah rasa segar sikit walaupun tekak terasa pedih mungkin kuat sangat muntah kot tadi. Bangun je ade 2 org tido bersebelahan dgn aku, hai org berpengalaman pun mabuk jugak. Huhuhu..bangun je terus ke hadapan bot. Member aku yg sekali candat sotong petang tadi masih lg dengan candat sotongnya, hebat betul member aku ni. Sotong yg dia dapat pun dah lebih banyak drpd aku, adalah 3 kali ganda. Aku pun apa lagi mula kembali la candat sotong jam 1 pagi samapai lah kul 3 pg. Ade la dapat dlm 10 ekor dalam 2 jam tu, huhuhu…..kali ni mmg x banyak sotong dapat, di sinilah kesabaran aku teruji, ni tetiba je rasa bosan je. Masa ni cuma 3 org je tgh mencandat, yg lain tidoo….masing2 candat kt bucu bot, sorang depan bot kanan sebelah dgn aku, sorang lg belakang bot. Layan blues je..
Dalam pukul 3 pg tu, aku masih lg pening2 lalat. Makan roti sikit minum air, landing je depan bot tu. Tido berlantaikan lantai bot berbumbung kan langit. Huhuhuhu…nyaman je tido tengah laut open air dengan suasana dingin. Terus lena sampai kul 5 pg. Tersedar sekali lg, sambung candat sotong, masa tu aku dgn sorang geng Rhom-Wako je yg candat sotong, aku kt depan bot, dia plak belakang bot. 2 org geng aku ni elok je landing tido depan bot sebelah aku. Aku candat sotong sampailah pukul 7pg, sekor pun x dapat. Sotong2 dah tido kot sbb air sejuk sangat. Huhuhu…..xpelah…lg pun nak balik darat dahh…
Dari kiri: Samso, aku, Abg Yie
Kul 7.30pg bot mula berjalan pulang ke darat. Semua puas hati kerana dapat sotong banyak. Geng Rhom-Wako plg banyak, aku rasa adelah dekat 40kilo diorang dapat. Lagipun diorang cakap, ni lah trip candat sotong yg paling best lps 3/4 kali pergi ke laut tahun lepas2, ini lah sotong terbanyak yg pernah diorang dapat. Geng Rhom-Wako mmg sangat puas hati, lgpun diorang mmg dah terer dalam mencandat sotong ni, buat turun je mata kail, sekali angkat terus dapat 3-4 ekor sotong, ye la 1 tali tu ada 3-4 mata kail. Aku plak baru je nak belajar, dapat seekor je sekali dapat, boleh sotong dekat 3 kilo je, Alhamdulillahh…
Geng Sinar campur semua 4 org, ade lah dekat 23kilo. Atas bot, aku lah yg paling sikit dapat bot. Nak wat camne, banyak tido je semalam atas bot. Sepanjang perjalanan pulang masing2 layan blues je, menikmati angin laut di pagi hari. Nyaman dan tenang je. Lagipun semua penat bercandat sotong semalaman tangah laut yg sejuk.
Sampai kt pelabuhan Pantai Senok lebih kurang jam 8.30pg hari Jumaat, angkat naik hasil tangkapan ke darat. Masing2 timbang hasil tangkapan. Tok Peraih pun ade tunggu kat pelabuhan tp x nak layan sebab semua nak buat balik ke rumah, buat kenduri sotong, heheheh. Pijak je kaki kat atas darat, rasa ringan je badan tp rasa renyut duk atas bot tu masih ado lagi. Lapar pun ada sebab semalam makan roti dgn air je. Lepas bayar sewa bot, dan kemas barang, Ramai2 pergi breakfast makan nasi berlauk ikan aya dekat Kedai Kopi terdekat. Lepas makan je masing2 saling bersalaman antara satu sama lain, aku pun dah dapat kawan baru, Geng Rhom-Wako yg sempoi je.
Inilah hasil tangkapan sotong geng Sinar
Balik ke ke ofis sekejap hantar member aku ni, haii…hari jumaat aku bekerja macam biasa, kena swipe kad jam 2 ptg karang. Sampai rumah kt pasir mas dalam pukul 10.30pg, terus mandi dan baring rehat jap. Pukul 11pg kena g pejabat daa sebab aku kena design replika cek untuk Futsal Komuniti Zon 1 anjuran Sinar Harian. Penat mmg penat tapi amat seronok semalam candat sotong, walaupun badan masih sakit2 sebab kesejukan dan lenguh tangan duk main tarik2 tali mata kail sotong tetapi pengalaman mmg besh gila. Insya Allah, kalau ada kelapangan lagi aku nak pergi sekali lg tahun depan. Musim candat sotong ni hanya pada pertengahan tahun je ada, tahun ni bulan April-Mei, dengar khabar bulan Jun-Julai sotong masih ada lagi. Insya Allah aku akan pergi sekali lg, kali ni dengan kelengkapan candat sotong aku sendiri.
Related posts:
- World Clock Time Zone Anda ada kawan di Mesir? Jordan? London? Ingin chatting dengannya melalui YM/MSN/Skype. Semestinya anda ingin tahu waktu bilakah anda boleh...
- Salaat Time: Perisian Waktu Solat Terkini Solat adalah tiang agama dan tanpa tiang itu nilai-nilai agama dalam diri seseorang itu akan hilang atau runtuh. Dengan itu...









By chah on Apr 21, 2009 | Reply
huhu abg kema botak kikiki…bestnyaaa g igat sotong… nanti bawak miss chah deh…besar tu lah sotong dio…x hitam ko duk tengah laut tuu haha…
[Reply]
By Akmal on Apr 21, 2009 | Reply
Aisehhh men….botak ckit je…x nampak mcm mawi ke chah???…chah nk g jgak, bereh je…x sempat itam, sebab berada dibawah cahaya bulan, bukan matahari..heheheh….candat sotong waktu malam kan
[Reply]