Cabaran kerjaya IT?….meh aku nak citer
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh aku sepanjang aku bekerja sebagai IT Eksekutif di tempat kerja aku sekarang. Aku akan ceritakan sikit kat sini walaupun ada rakan sekerja dan juga bekas rakan sekerja aku yang sentiasa melawat website aku ini dan sentiasa memerhati setiap penulisan aku di sini. (Selalu baca artikel kat website aku tapi hampeh x memberi komen langsung terhadap sesuatu artikel). Manusia ini macam-macam, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Manusia juga mempunyai ego masing-masing dan sentiasa menganggap apa yang dilakukan olehnya adalah yang terbaik baginya. Begitu juga dengan aku sebab aku juga adalah seorang manusia biasa. Aku juga sentiasa percaya apa yang aku lakukan juga adalah yang terbaik untukku dan juga untuk orang lain. (Tapi mestilah ada orang yang tak suka tindakan aku, sedangkan Nabi sendiri pun pernah dibaling batu sampai berdarah, inikan pula manusia biasa macam aku).
Apa yang boleh dikatakan kerjaya aku sekarang ini telah memenuhi beberapa imaginasi aku sebelum ini. Antaranya ialah dapat bekerja dalam satu organisasi yang besar (Dulu organisasi kecik), bekerja dalam 1 pasukan (Bukan kerja sorang2), dapat berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira darjat dengan mesra (Tak memilih kawan yg hanya boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja), dapat menolong orang lain, tidak mempersoalkan tindakan orang lain (Layan je, macamlah kita bagus sgt nak Soal itu ini), menjadi orang yang penting dalam sesuatu organisasi tersebut (Ye ke??? Bolelahh…). Alhamdulillah. Tapi ada juga kerjaya aku ni tidak memenuhi beberapa perkara yang diimaginasikan dulu. Tak boleh bagitau kat sini nanti ada orang akan menggunakan apa yang aku tulis disini untuk menyerang aku (Ore kelate sebut ‘Mapuhh’). Opsss…www.aktechpage.com kan dah glamour sekarang ibarat Majalah PlayBoy di pasaran Indonesia (Perasan sikit…), mesti ramai yang baca artikel ini nanti. (more…)








