Jan
29th

ASUS F6: Laptop Berbau Wangi

Files under Laptop/Notebook | 2 Comments

Banyak idea juga ASUS ni dan salah satunya ialah menampilkan notebook dengan wangian. Bukan sekadar gimik kerana setiap rekaan notebook edisi khas ini mempunyai bau tersendiri, sesuai dengan citarasa pengguna. Antaranya bau bunga (merah jambu), Musky atau limau kasturi (hitam), Dew (hijau) dan kesegaran lautan (biru), macam manalah bau agaknya? Dari segi kebolehgunaan anda boleh mengharapkan  notebook saiz 13 inci ini yang menggunakan processor Intel Centrino 2, wireless, kamera web dan scan cap cari. Klik sini untuk ke laman khas notebook ASUS F6 yang mempunyai bau. Anda juga bole pergi ke laman rasmi ASUS F6 untuk lebih detail.

(more…)

Jan
26th

Happy Chinese New Year 2009

Files under Special | Leave a Comment

Hari ini dan esok, seluruh bangsa Cina seluruh Dunia termasuk di Malaysia menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Tahun Baru Lunar. Mengikut kalendar Cina, tahun 2009 adalah tahun Lembu. Tahun lembu membawa maksud kemakmuran yang dihasilkan dari usaha yang bersungguh-sungguh berserta keazaman yang tinggi.

Disini, saya saya ingin mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Chai kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Cina.

Jan
25th

Free mp3 Audio Converter

Files under Software | Leave a Comment

Anda mempunyai audio mp3 dan ingin menukar format kepada audio wav. Mudah je, anda gunakan software Free MP3 WMA Converter V8 yang dibangunkan oleh Koyote Soft. Ia adalah software percuma. Software ini boleh install dalam OS Windows 95/98/Me/2000/XP/2003 Server/Vista.  Software ini boleh convert file mp3 kepada 5 format iaitu wavwma, ogg, AAC, FLAC, APE. Biasanya 2 format yang selalu digunakan oleh kita dalam audio iaitu wav dan wma sahaja, yg lain tu aku pun tak pernah guna ;-) . Ia amat mudah digunakan, anda hanya perlu pandai sedikit dalam bahasa Inggeris :-) , interface user friendly. Dalam masa 5 minit sahaja anda mampu menggunakan software ini sepenuhnya. Untuk download software ini,  Klik Sini.

Jan
23rd

World Clock Time Zone

Files under Internet | Leave a Comment

Anda ada kawan di Mesir? Jordan? London? Ingin chatting dengannya melalui YM/MSN/Skype.  Semestinya anda ingin tahu waktu bilakah anda boleh chat dengan kawan anda di luar negara.  Bagaimanakah ingin tahu jam berapakah jam 8.00 malam di Malaysia dengan waktu di Jordan? Senang je, anda gunakanlah timeanddate.com. Disini terdapat beberapa features yang boleh membantu anda untuk mengetahui waktu di seluruh dunia. Contohnya Time Zone Converter untuk mengetahui perbezaan waktu antara dua lokasi. Malahan anda juga dapat melihat waktu lain seluruh dunia sekali gus di The World Clock.

Laman Utama timeanddate.com

Jan
19th

Test Your Internet Speed

Files under Internet | Leave a Comment

Bagaimana anda ingin tahu kelajuan internet yang anda gunakan seperti streamyx, celcom broadband, maxis broadband, jaring atau lain2  Internet Service Provider? Apa kata anda cuba www.speedtest.net

Ini adalah sedikit description tentang speedtest.net di websitenya:

Speedtest.net is a broadband connection analysis tool with a huge selection of geographically dispersed testing servers. Ookla provides this service free to hundreds of thousands of people every day. If you are experiencing slowness with your Internet connection or are simply interested in testing your speed, Speedtest.net is for you. If you have a web site, please feel free to link to Speedtest.net.

Ini pula aku selitkan  screen shot result test connection streamyx dirumah pakej 512Kbs yg berharga RM66 setiap bulan. Not so bad.  Apa yang menarik, anda juga boleh boleh melihat result test connection internet di daerah anda, negeri anda, negara anda dan seluruh dunia. Analisisnya test connection sangat lengkap.

Jan
17th

Kekejaman Israel, Permulaan "Perang Siber"

Files under Isu Semasa | 13 Comments

Minggi ini aku agak bz sikit dengan kerja2 di pejabat akibat serangan worm attack di server syarikat aku bekerja. Terpaksa update dan remove virus dikesemua server dan client pc di Kelantan & Terengganu. Disebabkan tak dapat menulis, aku terjumpa artikel yang menarik mengenai Israel di forum. Lagipun hari ini sudah 22 hari Palestin diserang oleh Israel Laknatullah tanpa apa-apa perlindungan daripada rakan seagama mahupun negara jiran arab. Subhanallah.

Artikel yg agak menarik daripada www.apasaje.net

Kekejaman Israel, Permulaan “Perang Siber”.
Hackers Islam mula bertindak…

Israel meneruskan kekejaman mereka, menerusi misi menyembelih masyarakat Islam Palestin buat minggu kedua berturut-turut, kelesuan barisan Pemimpin Negara Arab disekelilingnya dalam menyelesaikan konflik berdarah ini perlu dipandang serius,mereka nampaknya gentar sekali dengan Amerika yang menjadi dalang disebalik kezaliman Rejim Zionis terbabit. Tindakan oleh ”pihak lain” mesti diambil untuk menghentikan kekejaman ini……

Apa yang menarik sepanjang misi kekejaman ini dilancarkan, Hackers dari Negara Islam, seperti Lebanon, Morocco, Iran, Algeria,dan Turkey memulakan kempen “peperangan online” mereka. 48 jam selepas pengeboman pertama lebih 300 laman berpusat di Israel berjaya diceroboh. Sehingga kini beribu-ribu website milik Israel berjaya ditembak & di defaced.Pihak keselamatan Siber di Amerika juga mengeluarkan arahan berjaga-jaga bagi laman-laman mereka. Target mereka bukan sahaja website syarikat perniagaan milik zionis, tetapi membabitkan juga laman web kerajaan, perbankan dan agensi pertahanan Israel. Mengikut salah seorang Hacker, menggunakan nama T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar Al Arabia sasaran utama mereka adalah Laman Berita, perbankan, pertahanan dan laman milik Kerajaan Israel. (more…)

Jan
2nd

Welcome To New AktechPage.Com

Files under aktechpage.com | 3 Comments

Setelah hampir 3 bulan aktechpage.com menghadapi masalah hosting. Akhirnya hari ini dapat juga dipulihkan setelah hampir sebulan bertungkus lumus merancang, testing, backup content aktechpage.com yang lama, dan study tentang wordpress, wamp server dan lain-lain yang berkenaan pembangunan blog@website. Jika dulu aktechpage.com dibangunkan dengan Joomla, tapi kali ini aktechpage.com dibangunkan dengan tool blogging yg paling popular di dunia iaitu wordpress 2.7. Ini disebabkan Joomla agak sukar untuk maintenance dan terlalu besar aplikasinya, tetapi Joomla amat sesuai untuk hosting yang mempunyai kapasiti besar dan juga untuk website syarikat korporat atau perniagaan.

Manakala wordpress amat sesuai untuk blogging atau diuruskan oleh seorang individu. Lagipun aku lihat ramai Internet Marketer tempatan menggunakan wordpress sebagai tool blogging diorang. Seperti kata Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi, jika tiada produk yang ingin dijual, jual sahaja produk yang telah ada di pasaran, lama-kelamaan akan menjadikan kita kebiasaan dan idea kreatif itu akan datang dengan sendirinya. Oleh itu, mulai tahun baru ini, 2009 aku akan aktif kembali dalam dunia blogging terutama dalam dunia teknologi maklumat dan perniagaan internet (Jana Duit Daripada internet). Insya Allah.