Anda pasti pernah dapat soalan survey di internet, social networking, email, tempat kerja, tempat belajar dan juga tempat lain. Di internet terdapat satu web komuniti dimana anda perlu daftar dan menjawab soalan-soalan tertentu dengan bayaran tertentu iaitu YouthSays.com (Malaysia’s Largest Youth Opinion Community). Web komuniti ini disokong oleh syarikat-syarikat korporat yang besar seperti Maxis, TM, Astro, Kementerian Belia & Sukan, Celcom dan lain-lain lagi. Setiap pendapat dan survey yang anda jawab melalui web komuniti ini akan dibayar dengan jumlah elaun tertentu, cukup RM50 cek akan dihantar ke rumah anda. (more…)
Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pelancaran Wifi Aptus Net iaitu perkhidmatan internet jalur lebar yang disediakan oleh salah satu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu Infra Quest Sdn Bhd dengan kerjasama Infolient Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan internet jalur lebar.
Aptus Net Communities Sdn Bhd ditubuhkan pada 13hb November 2008 dengan objektif untuk meningkatkan penggunaan dan kesedaran mengenai kepentingan internet di kalangan komuniti kerajaan, perniagaan dan rakyat di negeri Kelantan. Ianya bakal dicapai dengan kepakaran Infolient Sdn Bhd dalam menyediakan kemudahan internet berteknologi jalur lebar, aplikasi serta kandungan laman web.
Aptus Net mempunyai beberapa pakej yang menarik kepada pengguna iaitu Wireless Broadband, Home Broadband dan Enterprise Broadband. (more…)
Tadi, masa aku masuk kerja dan seperti biasa on laptop ku dan juga YM sekali, aku dapat mesej drpd biz partner aku Syed Ikhwan memberitahu gambar aku dalam blog adiknya. Aku pun pergilah blog adiknya iaitu Syed Mohd Badril hisyam yang juga kerja dibawah satu bumbung syarikat dengan aku tetapi berlainan lokasi. Rupa-rupanya gambar aku masa aku pergi majlis kahwin kawan ku yang juga bekas Grafik Designer di tempat kerja aku pada 16 Mac 2009 lalu. Kali pertama gambar aku dalam blog orang lain… Gambar ini juga masuk surat khabar yang telus & neutral yek. (more…)
Semalam, buat kali ke-2 dalam hidup aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV tengok bola Liga Super Kelantan lawan P. Pinang. Kali pertama masuk stadium ini ialah pada 7 Mac 2009 yang lalu masa Perlawanan Suku Akhir Piala FA Kelantan lwn UPB-MyTeam. Masa itu Kelantan dengan bergaya mengalahkan UPB MyTeam dengan jaringan 3-1 dan mara ke Separuh Akhir Piala FA dengan aggregat keseluruhan 4-2. Terima kasih kepada Skuad Kota Bharu 1 kerana memberi tiket percuma Grandstand tajaan drpd TM Kelantan, dekat dengan Presiden KAFA. Takde dekat sangat, tp nampakla jugak kepala Presiden KAFA tu
Jadi sebagai bukti, aku rakamkan suasana di stadium untuk tontonan umum dengan HP cikai aku Sony Ericson K530i. Dan untuk kali ke-2, aku amat berpuas hati dengan permainan pasukan Kelantan yang begitu bersemangat dan bertenaga terutamanya drpd perancang pasukan Indra Putra Mahayudin dan penjaring sensasi Mohd Norfarhan Mohammad.
Nampaknya pasukan Kelantan terus menjadi pesaing rapat Selangor dengan menduduki tempat kedua dalam carta liga berikutan kemenangan 4-1 ke atas Pulau Pinang. (more…)
Google Chrome merupakan pelayar internet terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat Google Inc menggunkan teknologi Webkit dan juga V8 Javascript Engine diwar-warkan sebagai pelayar internet yang terpantas.
Pelayar internet baru ini menggabungkan ciri-ciri terbaik dari pelayar internet ternama yang lain. Antara ciri unik yang terdapat Google Chrome adalah:
Omni-Bar – Search Bar dan address bar digabungkan menjadi satu. Ia juga berfungsi sebagai Auto Suggestion Bar.
Incognito Mode – Fungsi baru ini apabila diaktifkan, ia tidak akan menyimpan segala maklumat dan data. Apabila pengguna mematikan pelayar Google Chrome, semua maklumat tersebut hilang.
Tab Baru (di bahagian atas) – Tab baru ini diletakkan di bahagian atas, dan berjalan secara berasingan. Ia boleh diceraikan dari induk untuk menjadi page yang baru atau dialihkan ke kiri dan ke kanan. (more…)
Anda masih mencari sumber rujukan bagaimana untuk mempelajari selok-belok perniagaan internet? Masih tidak tahu bagaimana mulakan perniagaan internet? Siapakah yang telah berjaya dalam perniagaan internet? Apa itu IM? Apa itu Internet Marketer? Semua soalan-soalan ini pernah bermain difikiran aku satu ketika dahulu. Sekarang anda tidak perlu lagi susah-susah menggunakan pak cik Google atau Mak cik Yahoo ataupun adik MSN Search Live untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi ke www.majalahim.com dan daftar langganan majalah elektronik perniagaan internet pertama di Malaysia secara PERCUMA. Majalah IM padat dengan segala ilmu perniagaan internet amat sesuai untuk ‘newbie‘ mahupun ‘oldbie‘ yang ingin membina kerjaya di depan komputer mereka. Langganlah majalah yang sepatutnya berbayar ini!!! Apa yang pasti, setiap bulan anda akan dapat ezine secara percuma melalui email dan terlalu banyak maklumat tentang perniagaan internet semasa di Malaysia. Penulis-penulis untuk ezine ini pulak terdiri daripada beberapa pakar IM terkenal di Malaysia dalam beberapa cabang perniagaan internet. (more…)
Perbandingan antara pemandu wanita dan pemandu lelaki sering menjadi pertikaian kedua-dua gender ini apabila dibincangkan. Ada yang mengatakan wanita adalah pemandu yang lebih baik berbanding lelaki. Ada juga yang tidak bersetuju. Melalui kajian, pemandu lelaki lebih cenderung untuk memandu laju dan sering mengalami kemalangan jika dibandingkan pemandu wanita. Namun wujud juga tanggapan wanita merupakan pemandu yang amat teruk sekali melalui cara pemanduan yang amat perlahan. Kononya kerana terlampau berhati-hati namun boleh mengakibatkan kemalangan di pihak orang lain pula!
Berikut senarai beberapa perbezaan antara wanita dan lelaki di Malaysia melalui kelaziman seorang pemandu.
Pemandu Wanita
Dikatakan terlalu berhati-hati.
Lembap dan memandu dengan terlalu perlahan.
Terlalu mengikut peraturan.
‘Buta’ tentang kereta, tahu pakai sahaja!
Tak pandai menjaga kenderaan sebab itu senang rosak.
Gemar menghias kereta dan kadangkala keterlaluan.
Gemar meletakkan segala benda dalam kereta. Contohnya kasut yang berpasang-pasang!
Nama sahaja perempuan, namun dalam kereta bersepah-sepah!
Menurut Aziz Desa tentang semangat Mat Jeninnya pada 1 forum di UM pada 26 Februari 2000 sebagai “Tidak ada salahnya saya bersemangat Mat Jenin. Bahkan saya yakin ramai di Malaysia ini yang ada semangat Mat Jenin dalam diri mereka. Cuma mereka mungkin malu untuk mengungkapkan atau tidak sedar kehadiran semangat itu dalam diri masing-masing.”
Seterusnya Aziz berkata, “Tanyalah kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Nasamuddin, Tan Sri Samsuddin Abdul Kadir, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi usahawan Melayu tersohor di negara ini, apakah mereka pernah berangan-angan sebelum mencapai kejayaan atau mahu menghasilkan sesuatu yang cemerlang.
Bahkan, saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, adalah antara orang yang ada angan-angan untuk melihat bangsa, agama dan tanah airnya berada pada 1 tahap yang cukup hebat.”
Kata Aziz lagi, “Saya sendiri berjaya menjadi antara perantara popular tv suatu ketika dulu hingga dikagumi kerana mencipta angan-angan untuk menyaingi populariti yang ada pada pengacara Mahadzir Lokman dan Ahmad Tarmimi Serigar. Angan-angan saya tidak kosong, iaitu berwawasan, ada usaha dan didukung rasa kasih serta tunduk kepada kekuasaan ALLAH S.W.T. Alhamdulillah, saya berjaya!”. (more…)
There are a few way to make your work with computer more effective and saving time. One of it is working with minimum without using mouse to click, maybe the different time is just a few seconds. But in F1 racing, the few seconds is very important because it will decide which car fastest and can win the race. oppsss….talk about F1 plak. Well, here the list most shortcut keys used for those always doing task/working with computer.
Win Press windows key to open start menu
Win+R Apply to open Run dialog box
Win+M Apply to minimize all opened windows
Win+Shift+M Apply to maximize all opened windows
Win+L Press keys to lock keyboard in windows XP
Win+EPress keys to open My Computer
Win+F Apply to open search options
Win+U Apply keys to open Utility Manager
Win+D To view desktop/minimize all windows
Win+F1 To view the detail windows help page (more…)
Cip terbaru dalam siri Quad Core AMD Phenom II direka bagi hiburan definisi tinggi (HD), permainan, kreativiti (editing grafik) dan banyak lagi. Ia menggunakan arkitektur baru dengan pengawal memori terbina dan penyambung pemproses kelajuan tinggi serta dikatakan membantu sehingga 20 peratus peningkatan kecekapan berbanding CPU Phenom 65nm. Phenom II berupaya mencapai lonjakan daripada kadar data laju , menggandakan keseluruhan Cache, pembaikan dalam arahan setiap detik dan penggunaan DDR3. Ia juga menawarkan pengalaman visual hebat untuk hiburan HD, kecekapan pelbagai tugas dan inovasi penjimatan tenaga. (more…)
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.