Akhirnya setelah 1 bulan menunggu kedatangan cek adsense aku kali ke-4,ahirnya pada 23 April lepas, aku dapat jugak cek yang bernilai USD551.61, heheheh…..Alhamdulillah. Syukur. Kalau dalam RM nilainya lebih kurang berapa ekk? Berdasarkan laman XE, bila di tukar ke RM dan selepas tolak charge servis pertukaran di bank CIMB mungkin nilainya dalam RM1900++ . Tetapi sekarang nilai klik di asense semakin ciput. Kalau dulu setiap hari aku akan dapat USD1-2, tetapi sekarang USD1-2 utk seminggu. Tidak seperti pada tahun 2007, semasa aku mula2 mengenali adsense, 1 hari dapat USD4-5. Nampaknya nilai per klik adsense susut dengan drastik sekali.
Tiada yg lebih memudahkan selain mempunyai 1-stop center untuk melakukan segala urusan keselamatan PC. Itulah yg dtawarkan oleh laman web www.antivirus365.net iaitu laman web yg dibina khas oleh Kaspersky Lab dan pembangun tempatan bagi menyediakan produk, sokongan dan portal talian setempat untuk pelanggan serta pelawat mendapatkan maklumat mengenai perisian antivirus popular itu. Tak tau kenapa la laman ini dinamakan antivirus365, mungkin antivirus ini berfungsi untuk 365 hari
Selain produk perisian Kaspersky yg boleh dibeli secara online, pelawat juga boleh memperbaharui lesen perisian mereka dan mendapat diskaun. Pelawat juga boleh download perisian percuma untuk tempoh percubaan 30 hari sebelum membuat keputusan membelinya dan beberapa ciri lain yang memudahkan pelawat mendapatkan servis serta maklumat yang di perlukan sebelum dan selepas pembelian. (more…)
Pada hari khamis malam 16 April lalu, buat pertama kalinya dalam hidup aku pergi mencandat sotong di tengah Lautan. Aku pergi dengan 3 org staff sepejabat dan 3 org rakan drpd syarikat jiran Rhom-Wako Electronics Pengkalan Chepa dan 2 org iaitu tuan punya bot dengan kelindannya. Jadi semua sekali 1 bot 9 org. Tuan punya bot ni adalah ayah salah seorang staff sepejabat dgn aku, ayahnya seorang nelayan di Pantai Senok. Aku pergi ni pun secara tetiba je sebab atas ajakan member ofismate pada hari Isnin. Terus apply cuti dan boss pun lulus. Kitaorang akan berada di tengah lautan untuk semalaman sahaja, mula2 aku rasa cuak jugaklah sbb member2 aku yg dah pergi bagi amaran hati2 dgn mabuk laut dan ribut, heheheh. Takut mmg takut tp aku tetap nak pergi jugak sebab inilah masanya untuk merasai pengalaman berada di tengah lautan atas bot nelayan untuk candat sotong.
Kami bertolak dr pangkalan Pantai Senok jam 3.30 petang hari Khamis, sebelum bot bergerak aku telah telan 2 biji pil anti mabuk. Sepanjang perjalanan ke lokasi mencandat sotong, aku berasa biasa je malah berasa amat seronok kerana dapat menikmati keindahan laut dan merasa angin pantai yang damai. Sepanjang perjalanan tu aku mula berkenalan dgn geng2 dr Rhom-Wako, diorang ni mmg dah biasa. Geng aku plak geng Sinar, drpd 4 org, 2 org 1st time ke laut termasuk aku. Bot tiba di lokasi candat sotong lebih kurang 1 jam setengah kemudian, tuan bot ni guna GPS untuk menanda lokasi sarang sotong, jd senanglah untuk mencari sarang sotong. Aku pun x reti nak explain mcm mn la sistem GPS ni berfungsi. (more…)
Seperti biasa, setahun sekali syarikat tempat aku kerja ni akan menghantar staff ke kursus motivasi untuk meningkatkan produktivi dan motivasi pekerja. Tahun lepas aku berkursus di Genting Highland bersama-sama bebudak ICT Department dan juga staff dr jabatan lain. Kursus itu mmg best dan pengalamnnya telah pun aku tulis dalam blog yg bertajuk Kursus Team Building@Genting Higland pada Mei tahun lepas. Kali ni, 3-5 April 2009 aku menghadiri kursus ESQ yang dikatakan telah merubah sikap dan suasana staff di HQ Shah Alam. Daripada yang pakai seksi kepada yg bersopan, drpd yg free hair kpd bertudung, drpd yg tidak bersolat kepada mengerjakan solat tepat pada waktunya dan secara berjemaah pulak tu. Itulah yg aku dengar apa yg telah berlaku kpd staff di Shah Alam selepas pergi ke kursus ESQ ini drpd member2 yg kerja kt HQ Shah Alam.
Kali ini aku pergi berkursus bersama-sama dengan 16 org staff Kelantan yg terdiri drpd pelbagai Jabatan, antaranya ialah Editorial(Reporter la), Promosi, Circulation dan juga ICT (aku sorang je.. ). Kitaorang bertolak ke KL pada jam 9 pagi 2 April 2009 dr Pejabat Pengkalan Chepa secara berkonvoi sebanyak 5 bijik kereta kancil. Seramai 15 orang staff je yg terlibat dalam konvoi ni, sorang lg staff pergi sendiri dengan suami yg tercinta. Best giler konvoi mcm ni pergi ke KL, bukan selalu pergi konvoi ramai2 cam gini. Aku drive kereta Skuad Pasir Mas 1, nasib baiklah salah satu hobi aku adalah memandu, jadi memandu dr pengkalan chepa ke KL adalah small matter je. (more…)
Salam, sudah agak lama aku tidak update blog ini sejak masuk bulan April 2009. Ini disebabkan aku terpaksa ke Kuala Lumpur selama lima hari dr 2-6 April 2009 menghadiri Kursus ESQ. Selama berkursus di Ampang aku tidak dapat online kerana di siang hari sibuk berkursus, malam pula jumpa kawan2 lama dan juga jalan2 sekitar Kuala Lumpur (KL). Bukan selalu dapat pergi KL, jadi guna lah sepenuh masa ini untuk enjoy jap drpd kerja. Disebabkan aku agak sibuk minggu ini, tak dapat aku update blog ku ni. Insya allah, aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku semasa kursus ESQ selama 3 hari dr 2-5 April 2009 di post yang akan datang.
Untuk kali ini, aku akan paparkan beberapa gambar eksklusif masa rusuhan peminat bola sepak Kelantan selepas pasukan Kelantan tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan semasa Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA. Aku dapat gambar2 ini drpd member aku yang ambik masa itu. Layannn….
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.