May
31st

Al-Fatihah Untuk Adik Sahabatku – Allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohamad Yusof

Files under Special | 7 Comments

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof iaitu adik kepada sahabat ku iaitu Muhammad Habibullah Bin Mohamad Yusof (ex- Graphic Designer Sinar Harian KEL & TRG). Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.05 pagi 27/5/2009 di Hospital Kuantan pada umur 24 tahun. Menurut abang allahyarham, Saudara Habibullah, allahyarham telah lama mengidap penyakit talasemia sejak drpd kecil lagi. Allahyarham adalah seorang kuat semangat dan tabah, sejak dari kecil lagi allahyarham perlu pergi ke hospital untuk masukkan darah dan pemeriksaan doktor.

Allahyarham Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof

Pada tahun 2001, allahyarham telah selamat menjalani pembedahan membuang limpa dan tidak perlu lagi memasukkan darah setiap bulan. Cuma perlu makan ubat antibodi dan pergi pemeriksaan doktor setiap bulan sahaja. Selepas itu allahyarham menjalani kehidupan seperti biasa dan aktif dalam permainan bola sepak, bowling, jalan-jalan dan lain-lain.Selepas 2 tahun, allahyarham tidak ambil lg ubat antibodi kerana merasa sihat. (more…)

May
28th

Rahsia Khasiat Budu

Files under Kelantan | 2 Comments

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.


Credit Gambar to farhanruslan.blogspot.com

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. (more…)

May
25th

Memperihalkan Imaginasi

Files under Motivasi | Leave a Comment

Hari ini anda boleh berkomunikasi dengan seseorang yg jauh dalam keadaan apa sahaja; sambil berjalan, sambil memandu, sambil belayar di tengah lautan, malah jika anda berpeluang, sambil meyusup di dalam roket menuju ke bulan.

Dahulu, semuanya ini mustahil. Komunikasi hanya mungkin dengan alat komunikasi berwayar. Anda terpaksa berada di lokasi-lokasi tertentu yg menyediakan alat-alat berkenaan. Jika tidak suara anda hanya boleh didengar oleh orang2 yg berada berhampiran dengan anda sahaja. Pada pendapat anda mengapakah hal ini berlaku dan bagaimana ia menjadi mungkin? (more…)

May
22nd

Review: Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RM30 Sahaja Promosi Terhad Sebelum 30 Mei 2009

Files under eBook | Leave a Comment

Adakah anda masih belum mendapat pekerjaan? baru habis belajar di IPTA/IPTS? Ingin kerja di Jabatan atau agensi kerajaan? Aku juga merupakan salah seorang pengidam kerja kerajaan. Siapa yang tidak mahu bekerja dgn kerja kerajaan di mana satu pekerjaan yang menjanjikan gaji yang setaraf dengan kelayakan akademik, banyak elaun, masa depan di hari tua lebih terjamin dengan adanya skim pencen atau caruman KWSP setiap bulan, banyak peluang untuk menimba ilmu kerja melalui kursus-kursus setiap tahun di seluruh malaysia sambil-sambil bercuti, dan banyak lagi kelebihan menjadi kakitangan kerajaan.


Aku juga adalah salah seorang pengidam kerja kerajaan dan telah pun membuat pelaburan sebanyak RM30 sempena harga promosi ini sebelum harga dinaikkan kepada RM50 selepas 30 Mei 2009. Jika anda membeli ebook ini dengan klik mana2 link iklan ebook  Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan drpd blog ini seperti dibahagian sebelah kanan ini, anda akan dapat 5 bonus tambahan selain drpd bonus yang diberi oleh penulis ebook ini menjadikan anda mendapat 9 Bonus kesemuanya. Antara bonus tersebut ialah : (more…)

May
19th

Cara Tunaikan Adsense Melalui Western Union

Files under Internet Money, Tips | 6 Comments

Salam eBiz semua,

Memandangkan aku tak pandai mcm mana nak tunaikan adsense melalui Western Union yang terbukti lebih cepat dan efektif berbanding cara aku tunaikan adsense sekarang iaitu melalui Deposit Cek di bank2 tempatan (Selalunya CIMB Bank) yang mengambil masa lama sehingga 5-6 minggu baru masuk akaun. Aku terjumpa 1 artikel di blog Saudara Munawar, salah seorang penggiat Adsense yang aktif. Terima kasih juga kepada Saudara Lanchini kerana perkenalkan saya kepada salah seorang penggiat adsense yang berjaya ini.

Dibawah ini adalah beberapa langkah tunaikan adsense melalui Western Union yang dipetik drpd artikel bertajuk Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union.

Langkah#1: Login ke Akaun Google Adsense

Langkah#2: Klik “My Account”

Langkah#3: Klik “Payment History”

Langkah#4: Klik “Payment issued – details” (anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah)

(more…)

May
13th

HTC Touch HD: Telefon Sentuhan Eksklusif

Files under Technology | 2 Comments

Hari Jumaat lepas 8 May 2009, aku jumpa penaja bisness Ceramic (Peja) aku dgn geng2nya di pejabat tempat aku kerja. Ada meeting ckit :) , apa yg aku tertarik sekali ialah HP nya yang baru, iaitu HTC Touch HD.  Pertama kali aku dapat sentuh dan kodek2 HP canggih dan mahal ini. Kata penaja aku tu harganya dalam lebih kurang RM3500. Aku sebenarnya x tau apekebende la HTC tu, jadi ukt post kali ni, aku cari lah info pasal HTC dan kongsikan serba sedikit info pasal HTC ni.

HTC adalah jenama telefon bimbit berskrin sensitif sentuhan dan HTC Touch HD adalah salah satu model HP yang fokus kepada hiburan dan multimedia. HTC Touch HD menampilkan skrin lebar 3.8 inci paparan VGA (WXGA), jek audio 3.5mm dan kamera 5 megapiksel dengan auto fokus. Ia dinamakan ‘HD’ kerana membenarkan anda memainkan kandungan definisi tinggi berserta kelajuan internet 3.5G (sehingga 7.2Mbps) memberi kepuasan menonton video di YouTube atau berita terkini secara mobil. (more…)

May
10th

Forum Komuniti MajalahIM.com

Selepas berjaya menghasilkan 13 edisi MajalahIM.com yang banyak memberi informasi tentang perniagaan internet kepada newbie dan juga oldbie. Kali ini Team FlareBiz yang terdiri drpd 2 orang anak muda jati kelantan (labanon dan zhafran)  melangkah maju setapak lagi dalam ebiz dengan mengadakan forum komunti MajalahIM. Forum ini mula online pada 23 April 2009, aku ketahui pun melalui email subscription.

Di forum ini anda dapat mendalami ilmu perniagaan internet dengan lebih mendalam lagi. Anda akan dapat  mengenali,bertanya, berkongsi idea malahan mencari JV partner dengan ahli-ahli yang lain yang mempunyai minat yang sama, iaitu mempelajari cara-cara mencari duit di internet. Bagi sesiapa yang bercita-cita menjadi moderator forum bolehla mula aktif dalam forum ini kerana forum ini dalam proses mencari moderator. (more…)

May
6th

Joomlayan.com: Komuniti Usahawan Internet Joomla Malaysia

Files under Internet | Leave a Comment

Satu lagi website malaysia yang dibangunkan menggunakan CMS Joomla iaitu JOOMLAYAN.COM. Laman web ini mengandungi banyak content mengenai Joomla dalam bahasa Melayu. Tagline website ini ialah Komuniti Usahawan Internet Joomla. Mungkin ini adalah website pertama untuk komuniti usahawan internet Malaysia yang menggunakan CMS Joomla sebagai platform untuk perniagaan internet mereka.

Secara peribadi, aku pernah menggunakan Joomla selama 3 tahun di aktechpage.com dari tahun 2006 – 2008, apa yang menarik ialah Joomla sangat mudah digunakan dan terdapat banyak plugin dan modules yang boleh digunakan secara percuma atau dibeli. Plugin & Modules ini ibarat seperti enjin dan tayar, Joomla pulak ialah kereta (Ape yang aku melalut ni :P ), jadi anda tidak perlu terlalu terer sangat dalam php, cuma pakai buang sahaja modules & plugins ini mengikut kesesuaian laman web anda kehendaki. Sungguh mudah. (more…)

May
3rd

Games Percuma di www.addictinggames.com

Files under Internet | 2 Comments

Tiada cara yang lebih baik menghilangkan stress, tension atau boring di PC selain bermain games. Bukan saje menyeronokkan malah jika ianya percuma tentu lebuh mengujakan. Di www.addictinggames.com pasti membuatkan anda ketagih untuk bermain games kerana ia menawarkan lebih 3000 games pelbagai genre secara percuma dalam format flash.

Anda boleh memilih genre aksi, sukan, teka-teki (Puzzle & Board), menembak, arked dan klasik, strategi/RPG serta bermacam-macam lagi apabila anda klik pada butang More di bahagian kanan laman web ini. Selain itu, anda juga boleh mencari games yang mencabar dan popular menerusi kategori What’s Hot, Popular, susah, senang, atau mencari games mengikut susunan abjad. (more…)