Jun
28th

SALAH atau BETUL Tidak Penting

Files under Motivasi | 6 Comments

Ramai orang beranggapan apa yang betul dan apa yg salah adalah dua perkara yg saling bertentangan. Mereka percaya kalau sesuatu itu betul, ia tidak mungkin salah. Mereka juga percaya perkara-perkara yg dilakukan dgn betul menghasilkan kejayaan, manakala kesilapan menghasilkan kegagalan. Oleh itu kehidupan ini menyediakan pelbagai ganjaran untuk apa-apa yg betul, dan menyediakan pelbagai hukuman bg kesilapan dan kesalahan.

Orang juga percaya bahawa kejayaan dan kegagalan adalah dua perkara yg saling bertentangan – sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa kegagalan, manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin merupakan kejayaan. Dalam erti kata lain, mana mungkin orang yg gagal dianggap orang yg berjaya. Begitu juga dikatakan, sesuatu yg betul tidak mungkin dapat diterima sebagai salah. Benarkah begitu?

Sebenarnya, baik kejayaan mahupun kegagalan, kedua-duanya tidak saling bertentangan, disebabkan kedua-duanya adalah dua aspek proses yg sama, iaitu daya usaha. Seseorang yg tidak mempunyai daya usaha tidak menghasilkan kejayaan mahupun kegagalan. (more…)

Jun
24th

Jiwang Warez – Jiwang.WS

Files under Internet | 4 Comments

Sebut sahaja Jiwang, didalam kotak minda akan terus melayang teringatkan si gadis yang dicintai atau diminati :) tetapi jika sedang melayari internet menerusi browser Internet (Mozilla Firefox atau Internet Explorer), masing-masing akan mengingati JWG Portal. Aku? Sekarang ni tidaklah begitu aktif di JWG Portal, zaman melepak aku agak berkurangan selepas sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Cuma beberapa Forum Portal sahaja yang aku lawati setiap hari. Walaupun begitu, dalam 3/4 hari sekali aku jenguk jugalah dalam JWG Portal untuk membaca post di topik-topik tertentu yang menarik perhatian aku.

Kalau anda nak tahu, brother JWG dah bukak cawangan baru, Jiwang Warez. Ini snapshot Jiwang Warez.

Sedikit informasi mengenai Jiwang Warez yang perlu anda tahu! (more…)

Jun
21st

Video: Kembara Jelajah Kelantan 2009

Files under Personal | 4 Comments

Video Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan ini adalah hasil suntingan daripada ahli Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) yang ada di YouTube hasil upload daripada username azamDr. Ade jugak terselit muka aku yang tersengih dalam video ini walaupun sipi2 aje. Janji glamour you… :P .

Video ini sangat menarik dengan gabungan visual dan gambar serta audio lagu dikir barat yang mengambarkan kemeriahan dan keseronokan yang di rasai oleh setiap peserta konvoi yang terdiri daripada 30 Buah MPV Toyota Avanza.  Terdapat 2 video aku letakkan di blog ini. Layan jee… :) (more…)

Jun
15th

Bayar RM50, Anda Dapat 100++ Buah eBook Pelbagai Jenis

Selalunya eBook di jual satu persatu dengan 1 jenis skop sahaja di pasaran internet. Contohnya jika ebook tersebut menerangkan salah 1 teknik marketing dalam mencari duit di internet, harganya semestinya lebih kurang RM40 – RM70 sebuah. Paling kurang pun anda akan dapat harga RM30, itupun dalam tempoh promosi pengenalan ebook tersebut dalam masa terhad.


Senarai Koleksi eBook

Sekarang terdapat 1 cara bagaimana anda akan dapat lebih kurang 100 buah ebook daripada pelbagai jenis dengan harga bayaran RM50 sahaja sekali seumur hidup. Dengan eKoleksi di www.igetworld.com anda akan dapat download banyak ebook drpd pelbagai jenis seperti tips menambah pendapat melalui internet, tutorial, panduan cinta, petua-petua, novel, teknik pemasaran internet (BI), seksualiti (BI) dan banyak lagi. Dalam eKoleksi ini juga terdapat salah 1 ebook seksualiti dalam Bahasa Melayu yang hangat dipasaran internet Malaysia sekarang tetapi ini dalam Bahasa Inggeris (Original Version Punya). Jika anda dapat menyertai eKoleksi ini, anda mungkin menjimatkan beratus-ratus ringgit untuk membeli banyak ebook daripada pelbagai jenis. (more…)

Jun
12th

Selamat Pengantin Baru Syawal

Files under Special | 4 Comments

Tahniah & Selamat Pengantin baru!!! :)
Semoga Bahagia ke anak cucu

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat untuk sahabatku Ahmad Fardlee Syawal, salah seorang staff Sinar Harian dan juga rakan sekerja ku di pejabat. Seorang yang comel (Drpd pandangan seorang perempuan & seangkatan dengannya), gila2 dan happy go lucky.  Untuk pertama kalinya, baru ku tahu di mana Tanjung Mas Pohon Tanjung di mana majlis kenduri di adakan di rumah pihak lelaki. Rupa-rupanya Pohon Tanjung bersebelahan je dengan Repek, cehh…

Keratan Sinar Harian Kelantan 9 Jun 2009

Klik More utk melihat gambar.

(more…)

Jun
9th

Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan

Files under Personal | 1 Comment

Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan konvoi di Wisma Persekutuan KB


Geng Sinar Bersiap Sedia Sebelum Memulakan Konvoi

Menyeronokkan :) !!! Itulah yang dapat diluahkan sepanjang Kembara Jelajah Kelantan anjuran Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) versi Utara dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan dan rakan media  Manis FM dan Sinar Harian edisi Kelantan sejauh lebih 200Km yang bermula jam 8 pagi hingga 7 malam pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 lalu. Lebih kurang 200 peserta konvoi menyertai konvoi kali ini bersama keluarga masing-masing. (more…)

Jun
6th

Netbook Review: HP Mini 1001TU

Files under Laptop/Notebook | 2 Comments

Laptop mini terbaru daripada HP ini menampilkan papan kekunci terbesar dalam kelasnya iaitu 92% daripada saiz sebenar, memudahkan anda menaip dengan selesa di mana jua, pada bila-bila masa. Ia menekankan pengalaman mobiliti terbaik menerusi faktor bentuk kecil, kerangka bergaya dan skrin lebar 10.2 inci. Terdapat kamera web sedia ada, mikrofon dan WLAN untuk anda video chatting atau membuat online persidangan/mesyuarat. Manakala storan tambahan 2.4 dan 8 GB membolehkan anda menerima atau memindahkan data dengan mudah.

HP Mini 1001 TU juga boleh didapati dalam edisi khas Vivienne Tam.  Ia bukan sahaja kecil dari segi saiz, malah ringan untuk anda bawa atau simpan dalam beg tangan. (more…)

Jun
3rd

Khidmat Yahoo! Geocities & Yahoo 360 Akan Ditamatkan

Files under Internet | 2 Comments

Jika anda menggunakan perkhidmatan Yahoo! Geocities sebagai tempat blogging dan  penyimpanan data-data maya seperti fail, gambar, dokumen dan lagu. Lebih baik anda menggunakan perkhidmatan lain secepat mungkin kerana Yahoo! akan menutup Geocities ini sekurang-kurangnya hingga akhir tahun. Jika anda login ke akaun Geocities, anda akan dapat lihat notis daripada Yahoo! Geocities adalah seperti gambar di bawah.

Berdasarkan daripada notis diatas, Yahoo! 360 akan ditutup pada 13 Julai 2009, lebih baik anda membuat data backup secepat mungkin utk content blog jika anda menggunakan Yahoo! 360 sebagai platform blogging. Ini kerana selepas 1 Julai 2009, segala update pada blog Yahoo! 360 tidak lagi boleh dilakukan. Aku cadangkan lebih baik anda pindahkan content blog anda ke blogger.com (Kepunyaa Google Inc) atau wordpress.com . (more…)