Jul
30th

5 NetBook Pilihan aktechpage.com

Netbook atau laptop mini semakin diminati dikalangan pengguna yang inginkan mobiliti pengkomputeran yang mudah dan kompak. Pengguna kini lebih gemar membawa komputer bersaiz kecil untuk ke sana dan ke mari. Dengan itu netbook/laptop mini adalah pilihan yang sesuai di samping nampak lebih bergaya dan mudah digunakan. Apapun sebab, netbook/laptop mini adalah satu keperluan dan lebih menyerupai gajet kerana saiz dan keupayaannya tersendiri.

1. Acer Aspire One

Acer Aspire One memang menarik dari segi warna, terutama warna coklat keemasan atau maroon, nampak eksklusif. Ia dilengkapi WiFi 802.11 b/g yang ditambah dengan Acer Signal UP, bagi membantu anda cari signal wayarles lebih baik. Netbook ini juga tawarkan gabungan beberapa akaun email pada satu tempat, nenudahkan akses email anda di Yahoo!, GMail, Outlook, Hotmail dan sebagainya. Aspire One juga mempunyai pembaca kad 5-dalam-1, perisian antivirus tersedia dan simpanan boleh dibuat menerusi kad Flash 8GB atau HDD sehingga 120GB. Harga lebih kurang RM1399.00 :) (more…)

Jul
27th

1 Minggu Yang Meletihkan

Files under Personal | 5 Comments

Huh….hampir 1 minggu aku x update blog ini. Ini kerana seminggu ni aku betul2 sibuk dengan kerja-kerja pembaikan server yang mengalami kerosakan hardware iaitu hard disk SCSI rosak. Banyak juga data-data yang perlu diselamatkan sehingga aku terpaksa mintak dgn boss ICT hantar beberapa orang engineer ICT turun ke Kelantan. Sebelum itu selama seminggu aku seorang diri cuba membaiki dan backup data-data yang perlu diselamatkan tetapi tidak berhasil kerana server yang rosak ini tiada documentacion configuration yang dilakukan oleh ICT dahulu. Jadi nak tak nak perlu memanggil orang yang lebih pakar dalam bidang ini. (more…)

Jul
19th

Hadiah Bonus Dari Balootisme.com

Files under Personal | 1 Comment

Alhamdulillah…walaupun sepanjang bulan Julai 2009 banyak dugaan yang mendatang. Tapi hari ini bila check blog Balootisme.com apabila aku dapat email subscription drpd blognya, tak sangka dapat jugak aku hadiah bonus hasil daripada pertandingan review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1. Walaupun sekadar hadiah bonus, tetapi bagi aku besar maknanya kerana inilah kali pertama aku menyertai pertandingan review produk. Sebelum ini aku memberi Review secara percuma dan suka-suka sahaja. Tetapi dengan menyertai pertandingan sebegini, bolehlah aku mengasah bakat penulisan dalam blogging. Dan inilah salah satu kelebihan mempunyai hobi blogging, senang2 je dapat hadiah. Alhamdulillah…Syukur. (more…)

Jul
12th

TheQuran.com: Fakta Penipuan

Files under Internet | 4 Comments

Sudah agak lama aku tidak update blog ini, ini disebabkan aku menghadapi beberapa masalah dr segi kerjaya, peribadi, keluarga dan kewangan. Awal bulan Julai ini mmg banyak betul masalah yang perlu aku hadapi. Mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana ketabahan aku menghadapi ujian-ujian daripadaNya. Aisehhh..jiwang plok doh…  :)

Kali ini aku ingin berkongsi tentang  1 laman web TheQuran.com yang dikatakan bukanlah 1 laman web al-Quran yang asli. Perkara ini aku dapat daripada kiriman email kawanku yang menunjukkan beberapa fakta penipuan oleh TheQuran.com. Aku sudah masuk dan tengok laman tersebut dan memeriksa beberapa perkara dan ternyata laman tersebut diasaskan oleh Paderi Kristian yang bernama Father Zakaria yang sengaja dipublishkan untuk mengelirukan umat Islam melalui internet. Sila rujuk beberapa fakta penipuan berikut: (more…)

Jul
5th

Review: PakejDVD Raja Grafik Malaya Vol.1

Files under Review | 4 Comments

Anda ingin belajar editing grafik? Ingin edit gambar menggunakan Adobe Photoshop & Adobe Illustrator? Bercita-cita menjadi Graphic Designer sambilan? Ingin mencantikkan lagi gambar-gambar yang diambil semasa saat-saat manis untuk dialbumkan? Ingin mendapatkan bahan grafik seperti vector, font, wallapaper, ikon & sebagainya? Memang terdapat pelbagai cara untuk memahirkan diri dalam bidang editing gambar dengan perisian yang selalu di gunakan iaitu Adobe Photosop & Adobe Illustrator, tetapi yang mana satu sesuai yang senang di pelajari dan cara cepat untuk menguasai kemahiran editing grafik? Sesetengah orang membeli eBook, menyertai seminar/bengkel atau mengambil personal coaching.

Sekarang ni terdapat 1 pakej lengkap di mana anda dapat menjimatkan masa dan wang ringgit iaitu Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol. 1. Di dalam pakej ini terdapat pelbagai Tutorial Adobe Photoshop & Sumber Grafik Adobe Illustrator yang sangat lengkap dan mudah difahami.  Pakej DVD ini yang mempunyai kapasiti penuh 4.7GB sangat sarat dengan kandungan yang sangat berguna seperti koleksi grafik vektor, alatan lengkap photoshop, wallpaper, ikon dan fonts yang menarik. (more…)