Aug
31st

Salam Merdeka 2009

Files under Special | 5 Comments

Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2009 kita rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-52 di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita menyambut kemerdekaan kali ini dengan membuat perkara kebaikan seperti sembahyang hajat/kesyukuran dan bersama2 membaca Yassin mendoakan negara tercinta ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur dari segala aspek. Tetapi dari hari ke hari, politik negara semakin panas dengan isu-isu panas, aku bukan lah penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. Aku hanya menyokong yang mana benar sahaja.

Ape pun, layan kan video YouTube diatas yang bertajuk 10 Tahun Sebelum Merdeka part 1, kesemua ade 4 part. Yang lain tu korang cari la sendiri kat YouTube :) . (more…)

Aug
22nd

Salam Ramadhan 1430H/2009

Files under Special | Leave a Comment

Menjelang Ramadhan pertama hari ini bersamaan dengan 22 Ogos 2009, kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pelawat blog aktechpage.com….. TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan.. SESUNGGUHNYA yg baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yg buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.. semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T untuk tahun ini, InsyaAllah… :)

ps: Stimix kt rumah aku masih lg down sejak masuk bulan Ogos ni w/pun dah buat report kali ke-2…… hampeh betollah TMNut ni…. :(

Aug
18th

Kemalasan Melanda Diri ku

Files under Personal | Leave a Comment

Dah dekat 12 hari aku tidak post baru di blog aku ni. Agak lama jugalah, nampaknya seperti mana tajuk post aku kali ni sememangnya sindrom malas sedang melanda aku sekarang ni. Malas dari segi kerja sama ada yang wajib atau yang tak wajib. huhuhuhu…. Sindrom kemalasan yang melanda aku sekarang ni mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah internet streamyx di rumah aku sekarang ni down dekat 3 minggu daa. Hampeh betullah TMNut ni, nak buat report bukannya senang kena cek semua 1 persatu, dekat 45minit bergayut kat telefon dgn oparator TMNut pada report kali pertama.  Mula2 tu aku ingatkan modem aku yang rosak. Pergi ke kaunter Telekom di Kota Bharu, ok je modem aku malah pegawai yang cek modem aku tu mengatakan modem aku tu jenis tahan lasak dan susah nak rosak walaupun jenis model lama. (more…)

Aug
3rd

Direktori Bloggers Kelantan: blogkelate.blogspot.com

Files under Internet, Kelantan | 2 Comments

blogkelate.blogspot.com merupakan satu direktori bloggers kelantan. Apa itu direktori? Ok…dalam dunia internet direktori berasal daripada perkataan bahasa Inggeris directory (yang semua dah tau, saje2 je nak bagitau jugak :P ). Direktori ini membawa maksud dari segi internet ialah tempat berkumpulnya sesuatu perkara di satu tempat, selalunya alamat URL laman web atau blog.  Direktori bloggers kelantan ialah dimana berkumpulnya kesemua bloggers kelantan meletakkan link URL blog masing-masing laman blogkelate.blogspot.com. Syaratnya ialah blog tersebut adalah kepunyaan orang kelantan dan juga bekerja di kelantan (Seperti yang termaktub dalam polisi blog kelantan). (more…)