Sep
27th

PrimoPDF: Perisian Converter PDF Percuma No. 1

Files under Software, Tips | 2 Comments

Kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel. Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula. Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah. Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.

Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format. Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma. (more…)

Sep
23rd

Perihal Otak Kita

Files under Motivasi | 4 Comments

Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron(Sel Saraf) di dalam otak. Jumlah yg sebegini banyak melebihi dua kali ganda seluruh penduduk dunia. Jika dikumpulkan semua otak, ciptaan yg pernah diciptakan oleh manusia sejak dulu lagi hingga kini tidaklah mencapai nisbah yg sepatutnya. Memanglah, kerana jumlah neuron tidak melambangkan kecerdikan seseorang tetapi rangkaian yg menghubungkan antara neuron dengan neuron atau dipanggil sinaps(synapses) itulah yg menentukan tahap kecerdasan tersebut. Namun, meskipun jumlah sinaps yg biasa dalam otak manusia berjumlah sekitar 10 trilion(10,000,000,000,000), tidak semuanya terguna dengan baik kerana kurangnya pengetahuan tentang peranan imaginasi merealitikan impian-impian. Dan tahukah anda, 25,000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum. (more…)

Sep
19th

Salam Aidilfitri 1430/2009, Maaf Zahir Batin

Esok, 1 Syawal 1430 tiba menandakan semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri 1430/2009. Di kesempatan ini aktechpage.com ingin mengucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf zahir & batin kepada pengunjung blog ini jika ada post-post yang menyinggung perasaan secara x sengaja ataupun disengajakan :P yang tidak disedari. Kepada perantauan yang akan pulang ke kampung, jauh ataupun dekat, berhati-hatilah di jalan raya dan hormatilah sesama kereta kerana setiap dalam kereta itu ada nyawa manusia yang tidak ternilai. Kalau hilang, sudah tidak boleh berganti. Biar lambat, asalkan selamat.

ps: Tahun ni tidak pulang ke kampung, sebab kerja dekat kampung….heheheh… :D …Yang Pasti Kampung Ku Pasir Mas akan menjadi Bandar KL untuk 3 hari raya ni sebab semua perantaun pulang ke kampung dan pasti Pasir Mas akan jem gila2, lagipun org Kelate paling banyak perantaun.

Sep
16th

1Malaysia F1 Team: Pasukan F1 Malaysia 2010

Files under Isu Semasa, Special | 10 Comments

Selepas kejayaan penglibatan syarikat petroleum negara Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995. Kini Malaysia melangkah setapak maju lagi dengan menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010 selepas FIA menerima permohonan Malaysia untuk menjadi pasukan F1 yang ke-14  dan pasukan baru yang ke-3 selepas pasukan Manor GP, US F1 dan Campos Meta.  Pasukan F1 Malaysia ini akan dikenali sebagai Lotus F1 Team atau 1Malaysia F1 Team. Aku tak pasti yang mana satu, tapi kemungkinan besar pasukan ini akan di kenali sebagai Lotus F1 Team kerana nama pasukan ini sudah dikenali ramai oleh peminat F1 dan pengurusan F1 kerana penglibatan aktif Lotus Car dalam F1 pada era 60′s, 70′s, 80′ dan awal 90′s. (Pengumuman Pasukan ke-14 oleh FIA, klik Sini). (more…)

Sep
10th

www.m3mag.com.my: Hub Majalah Malaysia Digital Online

Files under Internet | 4 Comments

Adakah mustahil untuk mendapatkan keluaran majalah tempatan seperti Majalah PC, Maskulin, Mingguan Wanita atau lain-lain jika anda berada di luar negara?  Ataupun jika anda mempunyai kawan atau saudara mara diluar negara samada yang sedang belajar atau bekerja yang gemar membaca majalah keluaran tempatan dan selalu meminta anda pos majalah keluaran tempatan melalui kurier kepada meraka yang berada di luar negara. Tetapi di zaman segalanya menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat terutama internet sehingga mencetuskan industri e-dagang adalah tidak mustahil untuk mendapatkan sumber bacaan keluaran malaysia seperti majalah keluaran tempatan di luar negara. Kini anda tidak lagi sukar untuk mendapatkanya dengan adanya penjualan majalah tempatan secara online di laman web www.m3mag.com.my: Leading Online Magazine Store ataupun dikenali sebagai M3Magazine. (more…)

Sep
6th

Nikon CoolPix L100

Files under Technology | 2 Comments

Nikon menampilkan kamera digital dengan resolusi tinggi 10 Megapiksel iaitu Nikon CoolPix L100. Kamera digital ini dilengkapi dengan pemproses Nikon EXPEED, lensa Nikkor dengan 15x zoom optikal dan berkeupayaan merakam sudut lebar 28mm kepada super telefoto 420mm. Anda juga akan tertarik dengan mod sukannya yang merakam berterusan 13 bingkai sesaat, sementara fungsi amaran kerdipan mata memberitahu anda sekiranya mata subjek terpejam dan belum bersedia (perghhhh… canggih tu :P ). Ciri lain untuk kamera seakan SLR ini ialah pembetul infra-red, D-Lighing untuk peningkatan imej dalam kamera, 15 mod latar, movie dengan bunyi, zoom aktif, 44MB memori terbina yang boleh dibesarkan dengan kad SD atau SHDC dan lain-lain. (more…)

Sep
3rd

Travian.com.my : Permainan Strategi Online Yang Semakin Diminati Ramai

Files under Internet | Leave a Comment

Anda bosan terpaksa stay up sorang-sorang di pejabat, kerja semua dah setel. Takde mende nak buat!!  Ape kata anda cuba bermain games online Travian di Travian.com.my. Travian adalah permainan strategi online yang memaparkan dunia dengan jutaan pemain sebenar (Travian.com.my hanyalah untuk rakyat Malaysia sahaja). Permainan ini ibarat seperti bermain Red Alert atau Command & Conquer, cuma permainan ini tidak menggunakan grafik yang tinggi dan tiada pergerakan animasi, cuma digantikan dengan gambar sahaja. Tetapi dari segi konsep permainan ini sama sahaja dengan Red Alert atau Command & Conquer. Apa yang menjadikan permainan ini istimewa dan lain ialah permainan ini sentiasa on 24 jam tanpa henti walaupun anda tidak login ke akaun travian ataupun shut down komputer, jadi anda kenalah selalu memeriksa kampung anda secara berkala. (more…)