Oct
31st

Teknik Memecah Dara (18SX)

Files under Motivasi | 10 Comments

Tahukah anda apa itu ‘memecah dara‘? Bagi anak muda yang belum berkahwin, isu ‘dara’ seolah-olah merupakan satu misteri.

Tidak ramai orang yang suka membincangkannya dan kalau anda bertanya pun orang yang telah berpengalaman mungkin akan menjawab sambil berjenaka: ‘Itu pun mahu ditanya? Senang ba itu. Sudah cocok nikahlah. Sudah nikah cucuklah..’.

Sebenarnya dalam artikel ini isu ‘memecah dara‘ adalah jauh lebih penting dari apa yang selalu mahu ditanya kepada mereka yang telah berpengalaman. Kini misteri ‘memecah dara‘ sudahpun terungkai. Selepas ini ramai anak muda akan membincangkan perihal ‘memecah dara‘ yang penuh teknik, penuh ilham lagi berwawasan. Bagi perempuan yang belum bernikah pula, jagalah kehormatan anda dan peliharalah mahkota kesucian anda……. (more…)

Oct
22nd

5 Tips Membeli eBook Style aktechpage.com

Files under Tips | Leave a Comment

Dunia internet semakin hari semakin berkembang, salah satu perkembangan yang mungkin anda sedari adalah lambakan produk digital yang di jual melalui internet di pasaran tempatan Malaysia. Apakah itu produk digital??? antara contoh produk digital ini ialah ebook, software, audio, video, kartun, potret dan macam-macam lagi yang boleh dibeli melalui internet dan yang pasti ia bukanlah berbentuk fizikal. Dalam post kali ini, aku ingin memperkatakan tentang tips-tips bagaimana membeli ebook atau bahasa melayu e-Buku (panggil je ebook). Dalam 3 tahun aku mengenali dunia pemasaran internet Malaysia ini sejak tahun 2006, jikalau x silap aku, ebook pertama yang aku beli ialah mengenai teknik panduan video marketing My #2 Secret oleh Saudara Syed Ikhwan yang berharga RM49 sahaja pada 26 Disember 2006 (Masih ingat lg tarikh sebab screen shot pembayaran Maybank2u masih lg disimpan).

eBook ini mendedahkan teknik menggunakan video marketing menggunakan laman web video seperti YouTube, Metacafe, Dailymotion DLL menarik trafik pelawat ke blog yang mempunyai iklan adsense. Sumber pendapatan adalah melalui Google Adsense. Alhamdulillah, teknik dan panduan yang ada dalam buku ini memberi pulangan beribu jugak lah dalam RM, kalo dalam Dolar Amerika beratus jugak lah, hehehe. Pada masa itu, teknik ini masih lagi baru dan tengah hangat. Dalam 1 hari paling tinggi aku dapat ialah USD$21. Sekarang ini teknik ini sudah tidak begitu efektif tetapi aku masih lagi menggunakan teknik ini apabila free time sambil2 layan video YouTube :) kerana earning masih lagi masyukkkk walaupun sedikit. (more…)

Oct
15th

Animasi Superhero 3D GomoMan

Ade Idea dah menulis, cuma masih dalam proses editing. Jadi demi memenuhi permintaan pelawat aktechpage.com :-) . Aku postkan 1 video YouTube yang agak menarik khasnya untuk warga Kelantan. Ini kerana video ini memaparkan siri animasi 3D yang mempunyai dialog dalam loghat kelate tetapi orang bukan kelate pun boleh layan jugak sebab ada subtitle bahasa inggeris. Animasi 3D ini dipecayai dibangunkan oleh sekumpulan anak muda warga Kelantan yang menggelarkan diri mereka GomoSoft berdasarkan laman blog mereka di www.gomoman.blogspot.com (Entah kenapa laman rasmi www.gomoman.com sudah tidak available). (more…)

Oct
12th

Pencapaian Luar Biasa Oleh Seorang Wanita Muda

Takde idea menulis, jadi aku baca kosmo online kelmarin ade artikel menarik perihal kejayaan seorang wanita muda dalam perniagaan internet. Jadi di sini aku post full artikel ini untuk tatapan bersama pelawat aktechpage.com. Selamat membaca!!!

BELIAU sering ditempelak dan dicemuh tatkala menghulurkan kad perniagaannya dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eonenet.com pada majlis-majlis korporat beberapa tahun lalu.

Disebabkan usia muda, baru tamat pengajian di universiti, bertubuh kecil dan berasal dari negara Asia, ramai yang menyangka beliau hanya seorang setiausaha dan tidak layak mendapat layanan kelas pertama seperti CEO.

Fione bernilai RM20,000 sejam

Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut dan 10 Usahawanita Berjaya adalah sebahagian gelaran yang diraih Fione Tan.

Namun, Fione Tan, 31, tidak mudah melatah. Malah beliau berusaha gigih menyusun strategi dalam perniagaan Internetnya dan kini dikenali sebagai Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut.

“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat insurans. Dengan komitmen kerja yang tidak mengenal waktu, jadual kerja yang padat ditambah pula dengan gaji rendah, saya mula bosan dengan kerja.

“Waktu itu saya mengimpikan kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya untuk bangun awal pagi!,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) ini. (more…)

Oct
8th

MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya

Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain saiznya yang nipis & ringan, ia turut menampilkan skrin lebar 16:9 bagi paparan lebih besar dan jelas. X340 juga boleh memainkan video HD, dilengkapi teknologi lampu LED belakang dengan ciri penjimatan tenaga dan port I/O penuh untuk penyambungan yang diperlukan. (more…)

Oct
5th

Jom Sertai Pertandingan Blog 4 FT Sekarang!!!

Files under Internet | 3 Comments

Kementerian Wilayah Persekutuan melalui laman  www.Blog4ft.com (Blogging For Federal Territories) menganjurkan satu pertandingan blogingg untuk menggalakkan orang ramai untuk berblog secara positif berkenaan sebarang aspek tentang Wilayah Persekutuan. Blog tentang kehidupan, warisan, sejarah, senibina, masyarakat, acara atau sebarang perkara yang menarik minat anda. Pertandingan ini bermula hari ini iaitu tepat jam 12.00 tghr 5 Oktober 2009 sehingga tarikh tutup iaitu pada 5 Januari 2010.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk menggalak orang ramai blogging secara positif tentang Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan).

Antara Objektif Pertandingan ini di adakan ialah :

  • Mewujudkan keterujaan dikalangan pengguna internet tentang Wilayah Persekutuan (WP) dan terutamanya Malaysia secara amnya.
  • Mempromosi semangat 1Malaysia sejajar dengan kempen ini yang mempromosikan perpaduan, menaikkan semangat dan menggalakkan rasa kekitaan.
  • Menggunakan kaedah web 2.0 sebagai medium pemasaran/promosi untuk KL, Putrajaya & Labuan.
  • Menggambarkan Kerajaan Malaysia secara global sebagai Kerajaan dengan idea inovatif dalam internet dengan program Blog untuk WP sebagai contoh.

(more…)

Oct
1st

MyJodoh.net : Portal Mencari Jodoh Popular di Malaysia

Files under Internet | 18 Comments

Anda masih lagi mencari jodoh? Tetapi tiada masa untuk bersosial dan kadangkala amat sibuk dengan kerja menyebabkan sehingga kini masih lagi mencari-cari teman untuk berumah tangga. Malahan anda juga selalu gagal dalam percintaan kerana belum berjumpa lagi yang serasi. Kali ini aku ingin memperkenalkan 1 portal online yang memudahkan anda untuk mecari jodoh secara maya iaitu melalui www.MyJodoh.net: Portal Mencari Jodoh di Malaysia. Tujuan utama portal ini diadakan adalah untuk mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Sesuai untuk yang bujang, janda dan duda yang merasakan mereka bersedia dari segi kewangan, mental, fizikal, ilmu dan sebagainya. (more…)