Nov
28th

I LUV ISLAM: Akhbar Majalah Mingguan Islamik Terbaru

Files under Review | 5 Comments

Produk terkini, Kumpulan Karangkraf – I LUV ISLAMakhbar majalah mingguan Islamik edisi pengenalan (November/Disember 2009) dijual dengan harga promosi RM1.00 mulai minggu ini.

Bersaiz tabloid, berkonsep akhbar majalah, 40 halaman warna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam & bukan Islam perlu tahu. (more…)

Nov
25th

www.ebanjir.kelantan.gov.my: Portal Online Info Semasa Banjir di Kelantan

Files under Internet, Kelantan | 2 Comments

Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban akan menjelma. Perayaan ini semestinya meriah di sambut di negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Ramai jugaklah member2 aku yang berada di perantauan bertanyakan tentang keadaan banjir di Kelantan dan juga bertanyakan adakah jalan utama dari KL ke Kelatan di tutup atau tidak. Aku pun tidak pasti kerana aku bukanlah bekerja di Jabatan Penerangan bencana alam. heheheh…

Nasib baik semasa aku surf FaceBook aku, salah seorang member aku berkongsi   1 portal info banjir dalam statusnya iaitu Portal eBanjir Negeri Kelantan (www.ebanjir.kelantan.gov.my).  Pelbagai maklumat terkini mengenai banjir yang dikemaskini  24 jam oleh  pegawai bertugas yang memantau keadaan semasa. Bagi perantauan yang berada di luar Kelantan yang ingin pulang menyambut Hari Raya Korban bolehlah merujuk kepada portal ini untuk melihat jalan-jalan manakah yang ditutup atau jalan alternatif  yang boleh dilalui di Laporan Lalulintas Yang Di Tutup.

(more…)

Nov
23rd

www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MRR

Anda ingin mencari apakah laman web yang mempunyai pelbagai informasi berkenaan perniagaan internet, ingin membeli ebook yang diperlukan untuk menambahkan ilmu peniagaan internet anda? atau anda ingin mengetahui pelbagai produk jualan internet yang baru berada di pasaran. Kini terdapat 1 laman web yang boleh menjawab pelbagai persoalan ini dengan adanya laman web www.abooain.com (abooain.com).  Laman web ini adalah kepunyaan usahawan internet kelahiran negeri Kelantan yang mempnyai kepakaran dalam bidang penjualan produk Private Label Rights (PLR), Resell Rights (RR) dan Master Resell Rights (MRR) yang dikenali nick name abooain. Apakah maksud PLR, RR dan MRR ini? Kalau nak tahu, sila download MajalahIM edisi yang ke-14 di sini >> MajalahIM (more…)

Nov
20th

Sebuah Drama Pendek Tanpa Dialog

Files under Entertainment | 2 Comments

1 drama pendek tanpa dialog yang pertama kali aku tonton, memang beshh tapi jiwang sedikit. Sedikit detail pasal video ini yang di dapati dalam YouTube adalah seperti di bawah:

One of the 2009 Cannes Lions winners!
More info: http://work.canneslions.com/cyber/ent…

A simple short film about communication.
Created by Publicis Mojo and @RadicalMedia
Director: Patrick Hughes

ps: Tiada modal nak tulis blog, bedal letak video je..hehehe

Nov
17th

1Malaysia F1 Team With Tony Fernandes

Files under Isu Semasa | Leave a Comment

Formula One (F1) is one of my favourite sport team since Malaysia organise the first Petronas F1 Grand Prix in 1999 during my SPM’s Year.  Since that time I learn step by step what is Formula One. Learn about their high technology, their technical of car, race strategy, passion of the  F1 driver, the rules of race, the quicky pit stop, the money spent every team (But now FIA are reducing the budget of F1 by introduced new rules like no more testing car on private track during of the race season since this year 2009), the sexiest of Pit Girls :-D , the glamorous and last but not least, the millions of Dollars Sport (F1 is the most expensive sport in the World).

Below is the interview with Datuk Seri Tony Fernandes about Lotus F1 Racing (Official Team Name) which I got from Tony Fernandez personal Blog. The interviewed by the Star Online. Watch it and listen care fully 3 parts of YouTube Video what he explain the 1 Malaysia F1 Team.

(more…)

Nov
14th

ICT Team Building@Agrotek Garden Resort

Files under Personal | Leave a Comment

Dalam akhir 2 minggu ini aku agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja pejabat terutamanya masalah server, house keeping data dan membantu  menyelesaikan masalah-masalah ICT yang dihadapi oleh rakan sekerja di pejabat (Sibuk sokmo). Walaubagaimanapun aku sempat menghadiri team building yang dianjurkan oleh majikan aku untuk kali ke-2. Sebelum ini team building di adakan di Genting View Resort, Genting Higland, tetapi kali ini hanya Jabatan ICT sahaja yang terlibat dan di adakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat pada 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009. Aku bertolak ke sana pada malam 5 Nov 2009 dengan menaiki Bas Ekspress.

Team Building kali ini agak berlainan sedikit kerana ia di adakan khas untuk Jabatan ICT sahaja, malahan ramai jugak staff baru yang tidak begitu aku kenali kerana ramai jugak staff yang lama berhenti. Perasaan hari pertama kursus agak berdebar-debar dan ketahuan sedikit kerana aku ingin berjumpa beberapa staff baru seperti Chief Technical, technical staff, admin ICT staff dan lain-lain lagi. Jadi hari pertama aku agak kekok sedikit la. Lagipun selama ini sebagai wakil ICT di Kelantan & Terengganu yang bekerja seorang diri tetapi jika ada masalah-masalah ICT kritikal barulah aku akan inform kpd otai2 ICT Engineer di HQ, Shah Alam untuk membantu menyelesaikan masalah ICT. (more…)

Nov
5th

Semangat Membara The Red Warriors

Files under Kelantan, Special | 3 Comments

Selepas 39 Tahun menunggu untuk ke Final Piala Malaysia, akhirnya pada 7 November 2009 ini pasukan bola sepak negeri kelantan atau lebih dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” berjaya juga melangkah ke Final dan berpeluang untuk merangkul buat pertama kalinya Piala Malaysia jika dapat mengalahkan seteru utama iaitu pasukan Negeri Sembilan. Pertemuan ini bagaikan buku bertemu ruas. Walaupun dari segi rekod pertemuan banyak memihak kepada Negeri Sembilan sebelum ini tetapi aku yakin, pertemuan di Bukit Jalil ini The Red Warriors pasti tidak akan mudah mengalah dan akan berjuang habis-habisan untuk mencatatkan nama sebagai salah satu pasukan bola sepak di Malaysia yang merangkul Piala Malaysia yang berprestij ini.

Hari ini kepada semua warga Kelantan, harap anda semua dapat membeli Sinar Harian edisi Kelantan kerana komen aku di kawasan Pasir Mas muka surat K8 sebagai salah seorang penyokong setia The Red Warriors keluar hari ini…heheheheh….glamour gitu….(perasan seyhhhh :P )…

Pertandingan ini merupakan satu sejarah kepada Kelantan kerana ia buat pertama kalinya dapat beraksi di Final Piala Malaysia selepas 39 tahun menunggu peluang tersebut. Apa yang kami harapkan sudah tentulah kemenangan!!

Tapi sayang, aku tidak dapat ke Bukit Jalil bersama rakan-rakan lain kerana terpaksa mengikuti kursus Team Building di Agrotek Resort, Hulu Langat dari 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009 anjuran daripada majikan aku. huhuhhu.. :( . Malam ni dah bertolak dengan menaiki bas ke Shah Alam, harap2 aku dapat menonton perlawanan melalui Siaran Langsung di kaca TV. Tapi tengok kepada jadual kursus, sangat padat juga lah, harap2 dapat menonton.