Selepas 8 bulan menghadiri Kursus ESQ Basic Training pada 3-5 April 2009 yang lalu di Flamingo Hotel, Ampang. Aku sekali lg dipanggil oleh pihak pentadbiran majikan untuk pergi ke kursus peringkat ke-2 pulak pada 19-20 Dis 2009 yang lalu bertempat di Sheraton Hotel & Tower di Subang Jaya. Nama kursus kali ini adalah Kursus ESQ Mission Statement & Character Building (MCB). Kursus ini terbahagi kepada 2 iaitu pada hari pertama (19 Dis 2009) berkenaan Mission Statement iaitu mebantu peserta dalam menentukan apakah visi & misi peribadi, keluarga dan organisasi yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Manakala hari kedua pula (20 Dis 2009) pulak peserta akan diajak untuk membentuk paradigma baru dalam melihat masalah dalam kehidupan seharian sebagai cabaran dan medium untuk membentuk diri melalui modul Character Building. Hasil gabungan kedua-dua modul Mission Statement & Character Building diharap akan dapat membentuk peribadi peserta agar lebih kuat dan kental ibarat berlian yang tidak mudah retak. Tidak ada lagi rasa kecewa dan putus asa yang boleh memusnahkan masa depan setiap insan.
Pada kali ini hanya 6 org sahaja yg pergi secara berkonvoi dengan menaiki 2 buah kenderaan syarikat, semua lelaki yg terdiri drpd pelbagai Jabatan. Pada kursus kali ini kami akan menetap bersama-sama staff yang lain daripada cawangan Kelantan, Terengganu & Pahang. Sebanyak 2 buah apartmen di sewa utk 3 hari 2 malam yang setiap satu untuk lelaki dan perempuan di Seksyen 3 Shah Alam, iaitu bangunan Wisma MAIS. Harga pun murah, RM180 untuk semalaman, keadaan pun selesa untuk di duduki oleh 9 org setiap apartment.
Dari hari ke hari perkembangan teknologi internet semakin maju dan mudah untuk pengguna internet seluruh dunia. Contohnya dalam penyuntingan imej, jika dahulu pengguna perlu install perisian penyuntingan imej ke dalam komputer sendiri, tetapi sekarang penyuntingan imej boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Dengan adanya kemudahan ini anda boleh menyunting gambar dan lakukan pelbagai jenis efek dan manipulasi. Berikut adalah 5 penyunting imej online yang popular untuk masa sekarang,
Adobe Photoshop Express adalah versi ringan penyunting imej utama Photoshop kerana ia ada beberapa menu gaya Photoshop dan Photoshop Elements. Anda boleh sunting imej dan gunakan imej yang disunting untuk Facebook, Photobucket dan Picasa.
Baru-baru ini WordPress telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerahOverall Best Open source CMS Award 2009 dalam pertandingan Open Source CMS Awards. Pertandingan ini telah di anjurkan olehPACKT Publishing, iaitu sebuah syarikat menjual buku ICT yang berasaskan Open Source secara online yang berpangkalan di Birmingham, England. PACKT Publishing telah menganjurkan pertandingan Open Source CMS Awards sejak tahun 2006. Keputusan pertandingan di tentukan oleh undian pengguna CMS dari seluruh dunia yang diselia oleh pakar-pakar CMS yang terpilih.
Akhirnya segala teka-teki siapakah pemandu-pemandu untuk pasukan 1Malaysia F1 Team (1MF1T) atau akan dikenali di dalam Kalendar F1 2010 sebagai Lotus F1 Racing Team telahpun terjawab semalam. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak telahpun mengumumkan 3 pemandu iaitu Pemandu Utama Jarno Trulli (seorang pemandu F1 yang sangat berpengalaman bersama Jordan, Renault & Toyota), pemandu kedua Heikki Kovaleinen (Seorang pemandu warga Finland yang berbakat besar pernah bersama Renault dan Mclaren) dan pemandu ketiga yg bertindak sebagai pemandu simpanan merangkap pemandu uji Fairuz Fauzy (Pemandu Malaysia yg paling berbakat setakat ini yang pernah menyertai A1GP, GP2 dan naib Juara World Renault Series).
Bagi yang suka memberi komen di Friendster, Tagged dan MySpace pasti akan teringat grafik komen-komen daripadaTestiiluvislam.com trademark yang terletak di dalam setiap grafik comment yang digunakan. Itu adalah salah satu cara promosi yang digunakaniluvislam.com untuk mendekatkan diri dengan pengguna internet yang kebanyakan orang muda. Sebenarnya iLuvislam.com bukanlah setakat menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk di gunakan di dalam Social Networking, tetapi lebih daripada itu.
Kebiasaanya pengguna internet membayangkan laman web keagamaan akan menjadi laman web yang serius, kurang menarik dan informasi hanya fokus kepada soal-soal keagamaan semata-mata. tetapi, di www.iluvislam.commenjadikan laman web yang dibina oleh lima anak muda ini menjadikan pengguna internet mendekati Islam dengan cara lebih interaktif dan menarik. Ia membawa Islam dari perspektif tempatan dan global serta di perkukuhkan lagi dengan isi kandungan berkualiti yang boleh dimanfaatkan. Tidak hairanlah iluvislam.com kini dilawati lebih 13 juta orang sejak tahun 2007 malahan sekarang ini sudah diterbitkan dalam bentuk fizikal iaitu Akhbar Majalah ILuvIslam.com
Anda ingin dapatkan 16 buah eBookyang berkualiti secara PERCUMA daripada penulis yang NEWBIE untuk semua golongan??!!!…. PERCUMA beb, xde kena bayar 1 sen pun….Selalunya sebuah eBook yang di jual sekurang-kurangnya berharga RM30. Ini pula 16 buah eBook dari pelbagai kategori seperti panduan kewangan, teknik buat duit di internet, panduan perniagaan internet, tutorial, kesihatan, automotif dan malahan juga pendidikan kanak-kanak. Semuanya sekali gus anda dapat dengan hanya mendaftar nama dan email di GempakNewbie.com. Mudah je kan…
Senarai 16 buah ebook yang anda akan dapat secara PERCUMA ialah:
Teknik Buat Duit Part Time RM1000 Sebulan (Cyza Zakaria)
Teknik Rahsia Pakar IM Meletupkan Trafik Website Anda (Abdul Mutalib)
Panduan Menguruskan RM Anda (Al-Fairuz)
Panduan AutoViral Perniagaan Internet (Rosli Shafiee)
Rahsia Bebas Hutang (Yusof Rejab)
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda (Mat Borhan)
Panduan Membeli di eBay (Farel Iskandar)
Tips Meningkatkan Pendapatan AFD (Mohd Khairul Nizam)
Twitter Infiniti (Fahdi Ghazali)
10 Tips Beriklan Di Radio (DJ Senja)
Contact Order Form (Iskandar Jaafar)
Panduan Mengurangkan Kegemukan (Jabin Pidin)
Tips Sihat Ceria (Azlina Mustafa)
Tips Kesihatan & Kecantikan (Nomel Cute)
Tips Jimatkan Kos Selenggara Kereta Anda (Azman Said)
Bagaimana Membaca Pemikiran Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Atas (Ummi Sofea)
Kejadian di KB Mall kelmarin amatlah mengejutkan seluruh negeri Kelantan dan Negara, sebuah kereta telah terjatuh dari tingkat 3 KB Mall hingga ke bawah dan menghempap 3 orang pelajar Masterskill yang sedang menaiki escalator. Kemalangan ini menyebabkan 2 mangsa mati dan seorang lagi cedera parah. Kejadian ini dikatakan terjadi pada sekitar jam 3 petang. Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar dan video kejadian bolehlah ke Weblog Salam Pantai Timur
Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog masing2. Walaubagaimanapun aku sangat gembira kerana berjaya juga menghadiri perjumpaan IM & Blogger Kelantan bagi kali ke-2 yang di anjurkan oleh Saudara Adly aka Labanon pada 29 November 2009 lalu, Hari Raya ke-3 Aidiladha bertempat di D’Klasik Cafe, Kubang Kerian bermula pada jam 10.00pg hingga 1 ptg. Nasib baiklah aku 2/3 minggu kebelakangan ini kembali aktif dalam WangCyber.com (WC), dapat juga mengetahui perihal perjumpaan ini.
Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali pertama di adakan adalah pada 7 Julai 2007 bertempat di A&W, KB Mall juga rasanya di anjurkan oleh Saudara Labanon tetapi beliau tidak dapat hadir kerana kena tahan oleh cikgu Warden semasa ingin lompat pagar sekolah kot (Ye ke??? ). Perjumpaan kali ke-2 di Noodle Station. KB Mall pada tahun 2008 plak tidak ketahuan oleh aku plak. Pada perjumpaan kali ini, aku tiba agak lewat sedikit iaitu jam 10.30pg, bila masuk je cafe aku dah ternampak Saudara Abu Hanis yg berkopiah dgn baju merah (Seperti mana yg telah diberitahu dalam WC) dan juga Saudara Ringgit Hit yang pernah aku jumpa 2 tahun yang lalu dan juga Otai IM Saudara Alang serta yang lain2 yang tidak berapa ku kenali. (more…)
Peluang keemasan akhir tahun 2009 untuk kesemua blogger seluruh Malaysia. Salah satu blog yang tengah top sekarang dan oleh besh bagi aku dan selalu jugalah aku baca posting2nya iaitu Rohaizad.com telah mengadakan satu peraduan yang agak mudah tetapi susah sedikit iaitu Peraduan Teka Jumlah Komen di blog Rohaizad.com. Hadiahnya sangatlah menarik dan lumayan bagi seorang blogger part time seperti aku malahan untuk blogger full time. Hadiah untuk pemenang bagi peraduan ini amat menarik kerana 3 PEMENANG pertama akan mendapat SATU DOMAIN dan SATU AKAUN HOSTING PERCUMA setiap seorang.
Di bawah adalah butir-butir untuk bakal pemenang:
Setiap seorang pemenang akan mendapat satu domain yang akan di sediakan oleh rohaizad dot com. Pilihan domain adalah terdiri dari .com, .net, .org, .info dan .biz sahaja dan ia akan di taja sepenuhnya selama 1 TAHUN.
Salah satu domain itu pula nanti akan di hadiahkan bersama dengan satu akan hosting dari JomHosting.net berkapasiti 1GIGABYTE selama 1 TAHUN PERCUMA. Jadi bagi sesiapa yang belum mempunyai blog berdotcom sendiri, maka ini pasti menguntungkan.
Walaubagaimanapun, tidak semestinya domain itu mesti di beli bersama di Jomhosting. Pilihan boleh di buat sama ada domain itu hendak di simpan di Godaddy.com atau Name.com kemudian barulah di hostkan ke JomHosting.net.
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.