Just nak sharing 1 artikel yg menarik berkaitan dendam untuk renungan bersama. Ini adalah artikel yang di ambil daripada Keiroro.com. Lagipun kali ni aku sedikit malas nak tulis posting kerana sedang membuat sesuatu kajian

Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.
(more…)
Posted by Akmal |
14 Comments »

Semalam aku dapat berita gumbira yang menarik daripada rakan blog aku iaitu Lazaac’s Blog.
Kenapa??
Kerana tanpa disangka aku telah memenangi cabutan bertuah untuk Virtual Private Server(VPS) Giveway. Kira aku ni seorang yang bertuah juga lah
. Bagi aku setiap hadiah pemberian yang diberi perlu dihargai walau sekecil manapun kerana ia adalah pemberian rezeki dari yang Maha Esa. Jadi sekali lagi inilah salah satu faedah daripada blogging, dapat kawan dan juga dapat hadiah, heheheheh….
TQVM bro Lazaac
.
Posted by Akmal |
14 Comments »

Adakah anda pernah mendengar radio internet? Adakah radio internet ni sama dengan radio-radio terkenal yang lain seperti Radio ERA, Hot FM, Mix FM, THR dan lain-lain? Sebenarnya radio internet adalah salah satu cara komunikasi menyalurkan siaran radio dari konti melalui medium internet. Memandangkan sekarang ini hampir kesemua syarikat radio sudahpun mempunyai radio internet tersendiri kerana ia sekarang adalah salah satu keperluan asas di zaman serba serbi menggunakan internet. Sebenarnya membuat radio internet tidaklah begitu susah dan kosnya adalah murah sedikit berbanding radio popular yang lain. Anda hanya perlukan beberapa peralatan dan perisian untuk membuat radio internet. Namun begitu bukan perkara mudah untuk menyelenggara sebuah radio internet terutama yang beroperasi 24 jam tanpa henti dan menjadikannya sebuah radio yang memenuhi selera pendengar. Komitmen setiap ahli dan penyusunan strategi yang teratur diperlukan untuk menjayakan sesatu radio internet beroperasi dengan baik dan memenuhi permintaan pendengar.
FuhyooFM Dot Com adalah radio internet pertama di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mengcungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran.
(more…)
Posted by Akmal |
10 Comments »

Buat julung-julung kalinya Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan internet masing-masing. Antara 12 orang pakar pemasaran internet yang dilantik panel penceramah ialah Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Gobala Krishnan, SaifulSham, Ammar Zahar, Labanon Flarebiz, Amirol, Sifu Lan, Zaki Yusof dan Puan Ann. Kesemua 12 panel ini adalah sebahagian nama-nama besar di persada pemasaran internet Malaysia.
(more…)
Posted by Akmal |
10 Comments »

Kali ini sebenarnya tiada ada idea nak post update kat blog, lagipun aku sekarang sedang blur sedikit sebab baru pulih dari demam yang agak teruk juga minggu lepas. Ketika sedang mencari-cari bahan dan check email, Terjumpa plak 5 tips berpasangan yang dihantar oleh member dalam email. Jadi nak share lah bersama dengan pelawat blog ini. Tips kali ini bukanlah yang berkaitan ICT ataupun penggunaan internet, cuma lari topik ckit iaitu yang lebih menarik, 5 Tips ringkas Untuk Pasangan yang sedang bercinta ataupun yang sudahpun berkahwin. Menarik kan
, jadi kliklah more tu, hehehehe
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan dengan skrin yang agak besar daripada biasa iaitu 16 inci serta berwarna hitam jingga berkilat memberikan gaya eksklusif tersendiri kepada pemiliknya. Laptop ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga dan individu di mana panel skrin resolusi 16:9, teknologi terkini grafik, memori DDR3 dan mempunyai pensijilan Dolby Home Theatre serta speaker JBL adalah bersesuain untuk tugasan kerja dan juga sebagai alat hiburan. Terdapat button akses segera bagi menukarkan daripada bunyi normal kepada muvi serta teknologi pengesan cahaya yang secara automatik mengesan perubahan cahaya persekitaran untuk diselaraskan pada laptop ini (Jarang ada pengesan cahaya pada sesatu laptop ni).
(more…)
Posted by Akmal |
4 Comments »
Bagi peminat sukan F1 dan juga sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan pasukan F1 Malaysia iaitu Lotus F1 Racing team bolehlah mengunjungi laman web rasmi iaitu www.LotusF1Racing.my

Menurut sumber tidak rasmi, laman web ini tidak siap sepenuhnya lagi. Laman web ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Mungkin bulan Mac 2010 barulah siap sepenuhnya. Dalam laman web ini tidak banyak maklumat yang dipaparkan, hanya memaparkan berita perkembangan semasa, kalendar f1 2010, kereta (belum ada lagi), biodata personaliti penting dalam pasukan, partner, bahagian extra pula memaparkan koleksi gambar dan video. Manakala bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dalam pasukan F1 ini bolehlah menghantar CV di Recruitment.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Selepas memenangi Pertandingan Review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1 pada bulan Julai 2009 yang lalu dengan memenangi hadiah bonus iaitu 1 unit percuma Produk Pakej DVD Raja Grafik Malaya dan 1 slot iklan selama 3 bulan di blog Balootisme.com yang di anjurkan oleh Balootisme.com. Pada sambutan tahun baru 2010 sekali lagi aku dihadiahkan kemenangan dalam Peraduan Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad.com. Alhamdulillah, rezeki tahun baru. Kali ini aku menjadi salah seorang pemenang daripada 3 pemenang yang berjaya meneka jumlah keseluruhan komen yang ada di Blog Rohaizad.com yang paling hampir atau tepat. Kali ini hadiahnya amat lumayan bagi seorang blogger part-time seperti aku iaitu memenangi 1 domain dan 1 hosting percuma selama setahun yang ditaja oleh JomHosting.net.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »
Di zaman dunia sekarang yang bergelar Zaman ICT ataupun Dunia internet. Semua sumber informasi seperti berita sangat cepat tersebar, contohnya kematian Raja Pop Dunia Michael Jackson menyebabkan traffik internet sangat sibuk hingga beberapa server down pada satu ketika yang melibatkan Google, Twitter, CNN, Wikipedia dan lain-lain. Sekarang berita bukan sahaja boleh diperoleh di TV, radio atau surat khabar, di zaman milennium sekarang sudah menjadi trend bahawa berita lebih mudah di dapati menerusi internet. Malah kini berita internet lebih pantas disebarkan berbanding media-media lain.
Di sini disenaraikan 5 laman web berita internet yang popular pilihan aktechpage.com .
1. INTERNET NEWS
www.internetnews.com

Menyediakan berita semasa untuk pengurus ICT dan mereka yang berminat tentang perniagaan ICT, isu semasa ICT dan teknologi berasaskan internet.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa drive dr awal pagi hingga ke petang kerana berkursus di KL. Jadi tundalah ke hari ini je. Kali ini aku hanya ingin menyentuh perihal azam penglibatan aku dalam dunia online sahaja terutama blogging.
(more…)
Posted by Akmal |
4 Comments »