Salah satu syarikat percetakan bumiputera terbesar di Malaysia iaitu Ultimate Print Sdn Bhd telah menyediakan satu perkhidmatan percetakan online kepada seluruh rakyat Malaysia melalui laman web www.u-print.com.my (U-Print) . Perkhidmatan online ini sudah sedia ada sejak tahun 2009 lagi tetapi sejak masuk tahun 2010, pembaikan interface dan perkhidmatan melalui laman web U-Print telah dipertingkatkan lagi demi untuk memudahkan pelawat membuat tempahan dan bayaran atas produk-produk yang di tawarkan.
Aku sebenarnya malas nak tulis pasal post entry kali ini, tetapi disebabkan oleh seorang forumers tua terlampau yang masih berdendam dengan aku sehingga menulis pasal aku di blognya yang tak boleh nak bagi komen sebab menggunakan blogspot, lepas tu pulak letak di signature salah 1 forum lagi. Ikutkan hati sebenarnya malas nak balas balik kerana aku tidak suka sangat mengeruhkan lagi keadaan dengan menceritakan hal-hal remeh seperti ini dan lebih suka post entry pasal pelbagai informasi sepertimana di tulis di bahagaian Hotz Welcome sebelah kanan blog ini, tetapi kerana ingin memperbetulkan keadaan dan mempertahankan diri, nak tak nak terpaksalah meluahkan perasaan sedikit di blog ini selepas di fitnah dalam salah 1 thread forum komuniti internet tersebut.
Di dalam forum sepatutnya kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, pertelingkahan kecil di dalam forum itu biasalah, adat berforum. Lepas tu lupakan je lah. Orang yang lebih tua daripada kita sepatutnya di hormati, begitu juga orang tua juga perlu menghormati orang muda. Tetapi bagaimana pulak jika forumers tua itu tidak menghormati forumers muda dan tidak sedar diri serta suka pulak menggelarkan orang lain dengan gelaran-gelaran yang mengjengkelkan di internet terutamanya di forum komuniti.
Bak kata pepatah, masuk kandang lembu menglembu, masuk kandang kambing mengembek. Ni tidak masuk kandang kambing tetap juga nak menglembu. Itulah yang terjadi apabila forumers tua berdiskusi dalam satu forum di internet dengan tidak menggunakan pendekatan secara hikmah. Walaupun forumers tua ini sesetengah pendapatnya memang boleh pakai dan ada betulnya, tetapi dari segi pendekatan yang di gunakan olehnya membuatkan aku dah hilang rasa hormat kepada forumers tua yang hebat ini.
Akibat daripada perselisihan faham kecil di dalam satu thread di forum komuniti internet tersebut, dendamnya terhadap aku tak habis-habis lagi walaupun sudah saling bermaafan di dalam thread terhangat tersebut di penghujung akhir tahun 2009 yang lalu. Bagi aku forumers tua ini sudah melampau dan sudah tidak boleh lagi nak dinasihatkan lagi, semua apa yang dilakukan oleh forumers tua ni sahajalah yang betul je , orang lain semua salah jika tidak sehaluan dengannya termasuklah aku.
Acer merupakan antara pengeluar laptop utama di Malaysia dan telah menghasilkan beberapa laptop yang berkualiti dan berkuasa serta memenuhi pelbagai kehendak pengguna tempatan. Kali ini Acer telah mengeluarkan versi terbaru dari keluaraga Timeline yang mempunyai ketipisan kira-kira 1 inci sahaja bersama-sama ciri-ciri mewah. Model tersebut ialah Acer 3810T iaitu model pertama daripada dua model versi Timeline yang dikeluarkan oleh Acer. Model yang satu lagi adalah Acer 4810T dengan skrin 14 inci manakala model 3810T dengan skrin 13.3 inci.
Setelah mengalami proses pembangunan dan penyelidikan yang singkat untuk menghasilkan kereta lumba F1, akhirnya pada 12 Februari 2010 lepas, pasukan 1Malaysia Lotus F1 Racing memperkenalkan jentera F1 yang di reka bentuk oleh jurutera F1 berpengalaman Mike Gascoyne yang dinamakan Lotus T127 di London’s Royal Horticultural Hall untuk kali pertama selepas 16 tahun tidak aktif dalam arena F1. Jentera tersebut yang diwarnakan tradisional pasukan Lotus iaitu hijau kuning (Macam pasukan bola Kedah plak) diperkenalkan bersama-sama dengan barisan pemandu dan juga pengurusan pasukan F1. Jentera Lotus T127 akan diuji sepenuhnya di atas trek pada sesi ujian kedua di litar Jerez, Sepanyol pada 18 Februari.
Jika anda ingin memeriksa SEO dan informasi berkenaan sesuatu laman web, anda bolehlah mencuba RankBuzz.com . RankBuzz.com ialah salah tu tool SEO dan Informasi Domain yang terdapat di internet. Tool ini dibangunkan oleh Fadzli.net. Secara ringkasnya anda boleh menggunakan Tool ini untuk mengetahui informasi berkenaan sesuatu laman web/blog seperti ranking di Alexa, google pagerank, index pages, image laman web/blog dan lain-lain lagi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah masukkan alamat laman web/blog, contohnya blog ini aktechpage.com dalam textbox yang disediakan seperti gambar di atas.
Sebelum ini aku tidak begitu mengenali siapakah Muhammad Ali, selepas mengikuti Kursus ESQ MCB pada 19-20 Dis 2009 yang lalu barulah aku mengenali dengan lebih dekat lagi siapakah Muhammad Ali apabila salah satu slot dalam kursus tersebut menjadikan kisah hidup Muhammad Ali sebagai salah satu modul kursus tersebut. Nama Muhammad Ali sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau adalah seorang lagenda tinju dunia yang terkenal di dunia yang dikenali sebagai The Greatest Boxer. Muhammad Ali menjadi terkenal kerana karakternya yang tegas, berpegang teguh pada prinsip, percaya pada diri sendiri dan lantang menyatakan sesuatu apa yang difikirkan benar olehnya. Karakter-karakter inilah menjadikan beliau seorang Muslim yang berkulit hitam di Amerika Syarikat sehingga amat di hormati oleh semua golongan rakyat daripada yang rendah sehinggalah yang tertinggi iaitu Presiden Amerika Syarikat sendiri. Perjalanan kehidupan Muhammad Ali penuh dengan ranjau dan duri hingga boleh dijadikan sebagai teladan sebagai seorang rakyat kulit hitam dan juga seorang Islam yang berpegang teguh kepada kepercayaan agamanya di sebuah negara yang terkuat di dunia yang dikuasai oleh orang putih dan bukan sebuah negara Islam.
Rasanya blog ini tidak perlu lagi diperkenalkan lagi kerana hampir kesemua blogger dan pelayar-pelayar internet di Malaysia sudah mengenali blog amanz.my. Walaupun begitu aku mahu juga review blog ini kerana nak tambah koleksi review laman web atau blog yang best dan berguna dalam kategori internet di blog aktechpage.com ini.
Blog amanz.my ini ditadbir oleh seorang anak muda Melayu yang masih lagi belajar di sebuah universiti swasta tempatan. Dengan tagline iaitu “Informasi Komputer dan Teknologi Semasa“, sememang sudah di akui segala maklumat berkenaan informasi dan teknologi menjadi isi utama untuk blog ini yang mana disampaikan dengan begitu cepat, ringkas dan padat oleh amanz.my .
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.