
Alhamdulillah, selepas 6 hari down, hari ini blog aktechpage.com kembali pulih online seperti biasa. Nasib baik ada data backup. Cuma hanya 1 post article sahaja yang hilang iaitu Teori McClelland. Ini kali ke-2 dalam sejarah blog aktechpage.com, blog peribadi aku dan tempat aku mengisi masa lapang menulis dan berkongsi pelbagai informasi telah down selama lebih kurang 6 hari sejak awal pagi 26 Mac 2010. Kali pertama ialah pada hujung tahun 2008 iaitu tahun aku malas nak berblog
, boleh rujuk post Welcome to new aktechpage.com .Ini kali ke-3 tak silap aku down dalam masa 2 bulan, selalunya down dalam masa 1 hari je. Apabila aku ke laman 24/7 Support Online di laman web rasmi hosting provider untuk cek status akaun aku kenapa masih lagi down, nampaknya masalah yang sama berlaku lagi iaitu maintenance Intel Modular Server Migration akibat masalah RAID di 4 buah server. Proses ini mengambil masa lebih kurang 24 jam, sabor je la. Aku pun tunggulah sehingga proses ini siap. Dalam masa yang sama aku juga turut menghantar support ticket untuk bertanya khabar mengenai akaun hosting aku dan tidak sampai 2 jam support staff diorang balas memberitahu berkenaan masalah yang di hadapi.
(more…)
Posted by Akmal |
15 Comments »

Kali ini 1 lagi blog aku ingin review, iaitu blog isuhangat.net: Yang Hangat Sememangnya Disini. Adakah blog ini benar-benar hangat seperti mana tag linenya?? Mula-mula sekali, blog isuhangat.net baru sahaja berumur lebih kurang 3 bulan dan baru berpindah ke hosting yang baru. Blog asalnya ialah di http://isuhangat.blogspot.com .
Daripada pemerhatian, blog isuhangat.net merupakan blog yang memaparkan pelbagai informasi ringan atau hiburan yang lebih menumpukan kepada bacaan santai untuk pengunjung blog ini. Antara isi kandungan blog ini ialah seperti gambar-gambar pelik (bukan gambar lucah yek
) yang jarang di lihat boleh didapati di sini, ada juga cerita-cerita lucu pendek yang menarik untuk di baca, ada juga berita-berita hangat yang berkaitan dan macam-macam lagi. Pendek kata semua jenis informasi yang berkaitan dengan hangat kira ada di dalam blog ini.
(more…)
Posted by Akmal |
7 Comments »

Kali ini aku ingin review satu komuniti portal yang semakin popular dan hangat pada tahun 2010 di dunia internet Malaysia kini, iaitu laman www.GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda. GengBlogger.com atau nama pendeknya GB adalah komuniti portal yang mengumpulkan blogger-blogger di seluruh Malaysia tidak kira tua dan muda yang terdiri daripada pelbagai jenis golongan. Syarat utama untuk menjadi ahli GengBlogger ialah anda mestilah rakyat Malaysia, mempunyai blog dan akaun Facebook (Untuk Pendaftaran).
(more…)
Posted by Akmal |
10 Comments »

Memandangkan kebelakangan ini agak sibuk sikit dengan kerja-kerja teknikal di pejabat. Jadi idea untuk post entry di blog ini agak kekeringan sedikit. Adakah berkaitan dengan musim kemarau yang sedang melanda menyebabkan otak aku juga kekeringan idea? Takdelah
. Cuma otak aku ini tengah kusut sedikit dengan masalah-masalah teknikal di pejabat yanbg perlu diperbaiki akibat beberapa peralatan server yang perlu diganti dan dikemaskini kepada teknologi yang baru. Jadi kadang-kadang tu otak ku sedikit ‘tersumbat’ sebab banyak sangat informasi baru yang di pelajari. Itulah dunia ICT, sentiasa perlu update knowledge dan teknologi tidak kira cabang ICT yang mana satu anda ceburi, sesungguhnya dunia ICT itu sangat luas. Semakin di pelajari di rasakan semakin seronok dan juga pening-pening lalat
.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Solat adalah tiang agama dan tanpa tiang itu nilai-nilai agama dalam diri seseorang itu akan hilang atau runtuh. Dengan itu salah satu cara untuk mengingatkan kita sebagai seorang Muslim tentang waktu solat terutama semasa kita sibuk bekerja di pejabat atau sedang berhadapan dengan komputer adalah melalui perisian PERCUMA Salaat Time.
Salaat Time adalah perisian berunsur Islam yang mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi utama semestinya memberitahu waktu solat dan juga boleh menentukan arah kiblat di mana sahaja kedudukan anda di dunia. Untuk download perisian percuma ini, anda bolehlah ke www.salaattime.com untuk download. Setelah ia di download dan di install pada komputer anda, ia akan berfungsi apabila ikon kaabah tertera di bahagian sudut kanan bawah di taskbar. Apabila tiba waktu solat, azan akan kedengaran menerusi speaker komputer anda. Selain itu, software ini juga menyediakan kalendar Hijrah dan Masihi untuk memudahkan rujukan.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Peluang baik untuk kesemua pelayar internet di Malaysia terutamanya bagi mereka yang suka memberi komen di blog (Bukan komen negatif seperti maki hamun yek). Kini sempena ulang tahun ke-3, blog abooain.com telah menganjurkan satu pertandingan komen terbaik/terbanyak di blog abooain.com. Pertandingan ini hanya sah selama 1 bulan sahaja bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010. Sebelum ini, blog ini telah pun membuat satu review ringkas berkenaan blog Abooain.com ini yang bertajuk www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MLR pada 23 November tahun lalu. Di dalam pertandingan ini, abooain.com telah bermurah hati menawarkan hadiah-hadiah yang agak lumayan untuk pertandingan ‘Komen Terbaik’ di Abooain.com.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Walaupun tajuk post entry kali ini umum sahaja, namun ada juga sesetengah orang yang agak keliru atau ‘tersesat’ di internet. Maklumlah dunia internet sangat luas , tidak tahu bagaimana nak menggunakannya secara optimum. Internet terdiri daripada himpunan laman-laman web yang mengandungi artikel, gambar, blog, komunikasi, forum dan banyak lagi. Jika anda ingin tahu tentang sejarah, ingin berhubung dengan individu lain, ingin menghasilkan diari peribadi dan ingin berniaga, semuanya di tawarkan secara online di internet.
Menggunakan internet adalah mudah jika tahu caranya. Bagi memastikan kegunaan dan pencarian anda lebih berkesan di internet, di sini di senaraikan 6 tip umum penggunaan internet.
(more…)
Posted by Akmal |
11 Comments »