Apr
29th

Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1


Seminar Smart Blogging 25 April 2010 UTM Skudai

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menyertai seminar Smart Blogging anjuran Rohaizad Dot Com dengan kerjasama Wan Mus Technologies Enterprise ini pada 25 April 2010 lalu bertempat di CICT, UTM Skudai, Johor Bahru. Ini adalah seminar kali ke-2 yang aku sertai berkenaan dunia perniagaan internet selepas kali pertama menyertai seminar Perniagaan Internet 3-in-1 anjuran saudara Osman Bin Affan pada September tahun 2006 yang lalu. Agak lama juga aku tidak menyertai seminar seperti ini, hampir 4 tahun juga.  Jadi sekali sekala apa salahnya menyertai seminar Smart Blogging pada kali ini walaupun jauh tempatnya nun hujung di selatan semenanjung dan bayarannya agak mahal sedikit (x lah mahal sangat, lebih kurang sama je dengan harga2 seminar yang lain) sambil-sambil berjalan makan angin mengenali tempat orang dan juga dapat berkenalan dengan kawan baru yang semestinya blogger tegar.

(more…)

Apr
25th

Balootisme.com: Sumber Tutorial Online Grafik, WordPress & Joomla

Files under Internet, Review | 14 Comments

Blog Balootisme.com adalah merupakan salah satu blog kegemaran yang aku selalu lawati. Kenapa yek? Ini kerana blog Balootisme.com adalah merupakan salah satu blog sumber rujukan berkenaan tutorial dan informasi tentang grafik design, wordpress, Joomla, adobe photoshop dan e-commerce. Apa yang paling beshh adalah tutorial yang terdapat di post entrynya sangat lengkap dan mudah di fahami. Jika aku ingin membuat sesuatu seperti membangunkan laman web dengan fungsi tertentu, aku akan rujuk dahulu tutorial yang ada di Balootisme.com jika ada.

(more…)

Apr
22nd

(MyStory) Kembali Fokus & Konsisten

Files under Personal | 12 Comments

Aku mula mengenali dunia perniagaan internet pada tahun 2005 melalui buku tulisan jutawan internet Dr. Irfan Khairi iaitu Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar.  Aku mula belajar perlahan-lahan mengenai perniagaan internet melalui buku tersebut. Kemudian aku menyertai seminar pertama mengenai perniagaan internet yang di anjurkan oleh saudara Osman Affan pada tahun 2006 iaitu seminar 3 in 1. Masa seminar tu dapat jugak jumpa Dr. Irfan Khairi secara live. Daripada situlah aku mendalami lebih sedikit mengenai dunia perniagaan internet dan juga mula mengenali forum komuniti terhangat berkenaan perniagaan internet iaitu wangcyber.com . Sebelum itu aku aktif berforum di forum Jiwang.org untuk suka-suka. Aku mula mengenali apakah itu perniagaan internet yang sebenarnya melalui forum wangcyber.com . Pada tahun 2006-2007 agak aktif jugaklah pada masa itu, sebab tengah bersemangat beb :) .

Alhamdulillah, daripada forum komuniti inilah aku mengenali apa itu Google Adsense.  Pada tahun 2006 juga aku mula bekerja di sebuah syarikat akhbar yang baru bertapak di Semenanjung Malaysia. Pada permulaan agak sukar untuk aku menyesuaikan masa kerja dengan masa mempelajari perniagaan internet. Walaupun begitu, aku telah membeli salah satu produk yang terhangat pada masa itu untuk menarik trafik ke Website yang mempunyai Iklan Adsense iaitu Video Marketing.  Akhirnya aku dapat juga menerima 3 kali bayaran cek Adsense antara akhir tahun 2006 hingga awal tahun 2007. Masa tu memang bersemangat buat Internet Marketing (IM).  Tetapi kemudian fokus aku mula lari apabila aku perlu memberi perhatian serius kepada kerjaya selepas diberi tanggungjawab menguruskan operasi ICT seorang diri di Kelantan dan Terengganu apabila terdapat sedikit perubahan di syarikat aku bekerja bagi mengembangkan lagi pasaran akhbar ke seluruh Malaysia.

(more…)

Apr
18th

(Video) Achik Spin Meninggal Dunia Kemalangan Maut

Files under Isu Semasa | 3 Comments

Satu lagi berita yang mengejutkan  industri hiburan tanah air Malaysia selepas pemergian Pelawak Terkenal Din Beramboi iaitu Vokalis Kumpulan Spin Abdillah Murad Md. Shari ataupun lebih dikenali Achik Spin telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan maut di kilometer 14.7 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) pada jam lebih kurang 6.15 petang semalam. Kemalangan maut ini melibatkan sebuah kereta MPV yang dinaiki oleh Allahyarham yang dipercayai terbabas lalu terbakar dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian apabila tercampak keluar 5 meter dari kenderaan yang dinaikinya terbakar.

(more…)

Apr
17th

Apa Itu Teori McClelland?

Files under Motivasi | 9 Comments


Teori McClelland sudah digunakan dengan meluasnya oleh ahli-ahli psikologi lain ntuk mengkaji ciri-ciri personaliti pejaya, iaitu individu-individu yg sangat berkehendak kepada kejayaan . Antara hasil daripada kajian mereka ialah:

  1. Individu-individu itu sengaja mencari tugas-tugas yg banyak memberi cabaran.
  2. Mereka mahu supaya diberikan tanggungjawab yg menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan.
  3. Mereka mahu supaya tugas-tugas yg mereka jalankan itu diberi penilaian demi mencapai kemajuan.
  4. Mereka akan melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi penilaian dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya individu-individu yg bukan pejaya tidak menunjukkan hasil yg lebih baik apabila mereka diberi tugas-tugas yg memiliki ciri-ciri seperti itu.
  5. Individu-individu pejaya cenderung menjadi usahawan.
  6. Mereka memiliki dorongan yg kuat untuk memajukan diri mereka dengan daya usaha sendiri.

(more…)

Apr
13th

eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia???

Ya, ini adalah netbook yang yermurah di dunia dengan harga yang sangat mengejutkan iaitu hanya USD$98 ataupun dalam mata wang Malaysia hanya lebih kurang RM323.00 ++. Pembuat netbook ini ialah sebuah syarikat dari China iaitu LANYA yang berpangkalan di Shenzen. Jika di lihat pada nama syarikat, LANYA, ianya sudah pasti tidak begitu dikenali tetapi syarikat LANYA ini dikatakan telah mengeluarkan  netbook yang termurah di dunia iaitu eBook LY-EB01.

Apakah spesifikasi Netbook termurah di dunia yang dinamakan e-book LY-EB01 ini?

(more…)

Apr
10th

Anugerah Terhormat Top Blogger 2010

Mula-mula sekali aku ingin mohon maaf kepada saudara Mancai dari hairilhazlan.com kerana lambat balas anugerah terhormat ini dan juga mengucapkan terima kasih kerana sudi mencalonkan blog aktechpage.com Anugerah Top Blogger 2010. Pada ketika menerima anugerah ini blog tersayang aku ni down akibat masalah hosting. Tetapi akhirnya pada 31 Mac 2010 lalu, aktechpage.com kembali pulih online selepas 6 hari down.Aku pun tak tahu apakah erti anugerah ini sebenarnya, apa pun dah orang bagi, kita terima je lah :) …bukan senang orang nak bagi sesuatu kepada kita free-free je kan..hehehe.

(more…)

Apr
7th

25 Forum Komuniti Internet Berkualiti di Malaysia

Files under Internet | 30 Comments

Forum komuniti adalah salah satu penggunaan internet yang semakin popular selain daripada rangkaian sosial. Forum komuniti adalah tempat di mana satu perbincangan tentang sesuatu topik  secara maya dilakukan di internet. Contohnya jika anda ingin membincangkan sesuatu topik seperti perniagaan internet, cuba anda search di Google dan Yahoo dengan kata kunci “forum komuniti perniagaan internet“, pasti akan keluar hasil carian tentang forum komuniti internet berkaitan dengan perniagaan internet. Salah satu forum komuniti perniagaan internet ialah wangcyber.com . Tetapi bukan sahaja wangcyber.com sahaja forum komuniti perniaagaan internet di Malaysia. Tetapi ada banyak lagi yang lain.

(more…)

Apr
3rd

NiagaKit: Sistem e-Dagang Terhangat Buatan Malaysia

Files under Review, Software | 6 Comments

Sistem e-Dagang merupakan salah satu teknologi internet yang berkembang pesat seiring dengan dunia tanpa sempadan  di persekitaran kita. Sistem e-Dagang yang juga dikenali sebagai sistem e-Commerce dalam Bahasa Inggeris adalah sistem laman web jual beli di internet yang melakukan penyebaran, pembelian, penjualan dan pemasaran melalui saluran internet. Sekarang ni terdapat pelbagai jenis sistem e-commerce di pasaran internet semasa sama ada yang percuma ataupun berbayar. Setiap sistem e-commerce ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Malaysia juga mempunyai beberapa sistem e-commerce tersendiri ciptaan rakyat tempatan dan salah satunya ialah Sistem e-Dagang NiagaKit.

(more…)