
Post entry kali ini yang diambil daripada email untuk tafsiran anda… just for release tensionn..!!! dont take serious k… 
Khas untuk tatapan kaum hawa dalam mengenali LELAKI
Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis…
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke… Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, “makanan” batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
(more…)
Posted by Akmal |
25 Comments »
Akhirnya setelah berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun setengah di Sinar Harian Kelantan dan Terengganu dan menjadi antara staff yang terawal, aku terpaksa melangkah pergi jua untuk meneruskan cita-cita dan aspirasi peribadi dalam kerjaya. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku perolehi sepanjang berkhidmat sebagai ICT Technical Support di cawangan Sinar Harian Kelantan & Terengganu. Walaupun Sinar Harian bukan lah pekerjaan pertama aku selepas tamat belajar di universiti, tetapi ia merupakan tempat pertama aku berada dalam suasana bekerja dengan orang ramai dan berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain. Sebelum ini aku hanya bekerja di sebuah syarikat yang kecil sahaja di mana staffnya seramai 6 orang sahaja termasuk aku sendiri dan hanya bekerja dengan komputer sahaja.

Aku mula kerja di Sinar Harian pada 12 November 2006, pada masa itu Sinar Harian baru mula bertapak di Malaysia bermula dengan negeri Kelantan dan Terengganu dahulu. Aku ni kira batch yang kedua masuk bekerja kerana sudah ada 2 orang ICT di sini ketika aku masuk, seorang senior lelaki dan seorang perempuan yang 6 bulan awal masuk kerja daripada aku. Pada ketika itu aku adalah staff ICT Sinar yang paling junior. Walaupun 2nd batch tetapi dikira antara perintis juga lah sebab operasi Sinar Harian baru bermula lebih kurang 5 bulan sejak Julai 2006.
(more…)
Posted by Akmal |
28 Comments »

Selain drpd blog biasa seperti wordpress, blogspot.com, joomla dan lain-lain, blog khas untuk memaparkan gambar-gambar sahaja juga ada yang dipanggil PhotoBlog. Salah satu platform PhotoBlog, CMS platform yang percuma ialah Pixelpost. PixelPost lebih kurang sama seperti WordPress juga tetapi yang membezakan PixelPost ialah ianya lebih fokus kepada berbentuk Photoblog. Jika anda seorang yang suka menyimpan gambar dan memaparkan gambar kepada umum, anda bolehlah menggunakan PixelPost sebagai platform Photoblog di internet. PixelPost amat sesuai untuk seseorang yang mempunyai kerjaya dalam fotografi atau grafik memaparkan hasil kerja di internet.
(more…)
Posted by Akmal |
13 Comments »

Pada zaman serba serbi menggunakan gadjet digital kini, mempunyai Al-Quran digital yang sentiasa disisi menjadi satu kelebihan. Dimana jua anda berada anda boleh mendengar bacaan aya-ayat suci Al-Quran, membaca tafsir menerusi terjemahan dalam 20 bahasa dan di ingatkan dengan waktu solat yang akan mengalunkan azan secara automatik apabila masuknya waktu solat yang ditetapkan.
(more…)
Posted by Akmal |
18 Comments »

Satu lagi direktori blogger buatan Malaysia iaitu MyeBuzz.net: from Bloggers for Bloggers. MyEbuzz.net adalah salah satu direktori yang dikenali sebagai “Malaysia Blogger Community Site” untuk kesemua blogger Malaysia yang telah mendaftar submit kesemua post entry daripada blog masing-masing untuk meningkatkan trafik dan backlink. Daripada pandangan peribadi aktechpage.com, fungsi MyEbuzz.net adalah lebih kurang sama sahaja dengan GengBlogger.com. Apa yang membezakan adalah GengBlogger.com adalah lebih menarik dan interaktif daripada MyeBuzz.net .
(more…)
Posted by Akmal |
19 Comments »
Yang mana 1 kah aku??
Sambungan dari Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1
Sampai je ke tempat seminar, berjumpa lagi beberapa otai IM dan blogger yang lain seperti Mijie, Hasbull Aqil, Abang Nara (X tau pun blog dia BeautifulNara.com antara yg paling top dalam entertainment blog skrg ni masa mula2 jumpa), WanMus.com, Nueman, Boss HujanBatu.com dan lain-lain lagi. Sembang2 kejap sambil berkenalan secara tak rasmi dengan peserta-peserta yang lain. Lagipun bukan selalu aku bangun awal pagi, sebab selalunya lepas subuhla aku tido kerana habis kerja selalunya pada jam 1 atau 2 pagi, sampai rumah pun bukannya terus tido.Selalunya akan layan ASTRO atau surf internet ataupun lepak dengan kawan-kawan sampai subuh.
(more…)
Posted by Akmal |
26 Comments »