Jun
30th

Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpage.com

Hari ni tanggal 30 Jun 2010, genaplah blog aktechpage.com ini berusia 4 tahun. Pada tarikh ini lah aku membeli domain dan hosting dalam 1 pakej untuk membina aktechpage.com Alhamdulillah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dari segi hosting down, suspend,  di kritik, di provoke dan juga kesilapan sendiri seperti  kemalasan ownernya sendiri yang malas update sepanjang tahun 2008, kemudian kembali online pada tahun 2009 menggunakan platftorm wordpress selepas mula-mula menggunakan platform Joomla.  Apapun aktechpage.com masih lagi online bernyawa sehingga hari ini dan memberi segala informasi secara PERCUMA untuk di kongsi bersama-sama dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain yang sentiasa memberi sokongan padu.

(more…)

Jun
25th

Michael Jackson: Setahun Kehilangan Pencipta Rekod Industri Muzik Dunia

Hari ini, 25 Jun 2010 genaplah setahun kematian Bintang Pop Lagenda Michael Jackson. Kematiannya yang mengejut di saat-saat sedang bersiap sedia untuk konsertc comebacknya yang dikatakan akan mencipta sejarah antara konsert terbesar dan penggunaan teknologi canggih yang terkini betul-betul mengemparkan dunia sehinggakan internet mengalami kesesakan trafik. aktechpage.com juga adalah salah seorang peminatnya terutama semasa zaman remaja belasan tahun dulu. Apa yang membuatkan aktechpage.com minat pada penyanyi lagenda ini adalah gerak tarinya yang unik dan bertenaga, malahan cara menyanyinya juga sangat hebat di samping muzik yang bertenaga. Boleh dikatakan apabila penyanyi ini melakukan persembahan, dia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan passion sekali. Itulah yang paling dikagumi.

(more…)

Jun
21st

Dunia Baru: Cabaran & Dugaan – Part 2

Files under Personal | 17 Comments

Sambungan dari Dunia Baru: Cabaran & Dugaan Part 1

Selepas turun dari bas, aku masih teringat yang driver bas India tersebut mengatakan bahawa KPKT berada di hujung bangunan sekali. Jam menunjukkan waktu 8.45 am, tak de lah lewat sangat. Aku pun terus ke pintu utama, tanya pada Jaga betul ke bangunan ini dan terus naik ke HR KPKT di tingkat 5. Alhamdulillah sampai jugak di tempat melaporkan diri, bila tiba je tempat menunggu, sudah ada 3 orang staff baru seperti aku, 2 lelaki dan 1 perempuan, jadi kesemuanya 4 orang melaporkan diri di KPKT termasuk ddengan aku. Kami pun saling kenal mengenali antara satu sama lain, jadi yang melaporkan diri pada hari itu adalah 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan seorang Juruteknik Komputer.

Suasana di waktu balik di Ruang Menunggu Komuter KL Sentral, penuh dengan orang ramai apabila komuter delay

Lama jugak la tunggu kt tempat menunggu di hadapan pejabat pentadbiran, nasib baik sofa selesa. Jadi relaks-relaks la sekejap sementara di panggil sambil borak-borak dengan rakan kerja baru.  Selepas 2 jam lebih menunggu, pada jam lebih kurang 11.00 pagi barulah kami dipanggil masuk berjumpa dengan Ketua Jabatan Sumber Manusia.  Kami menunggu lama kerana sedang menunggu adakah ada lagi staff yang datang melaporkan diri. Kami telah diberi penerangan ringkas mengenai KPKT dan di beri 1 fail setiap seorang yang mengandungi pelbagai borang berkaitan sumber manusia untuk di isi. Memang sangat banyak borang-borang di dalam fail tersebut, tak pernah lagi aku melaporkan diri di tempat kerja baru perlu mengisi borang sebanyak ini.

(more…)

Jun
15th

Renungan Untuk Manusia Yang Mengagungkan Logika

Files under Motivasi | 28 Comments

Malas nak tulis blog, jadi aku copy paste kan 2 dialog yang menarik untuk dibaca bersama dari email yang di forwardkan oleh kawan ku untuk renungan bersama.

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:

OK: Kenapa kamu wudhuk?
OM: Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut
OK:  Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: Ini arahan Tuhanku, aku taat saja
OK: Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali
OM: Kebenaran itu tidak semestinya logik
OK:  Apa buktinya?
OM: Jom ikut aku

(more…)

Jun
10th

Demam ‘World Cup’ Sudah Bermula (Waka Waka)

Files under Isu Semasa | 35 Comments

Besok, 11 Jun 2010 maka bermulalah demam yang hanya berlaku 4 tahun sekali sehaja dan demam ini hanya melanda peminat bola sepak seluruh dunia selama sebulan sahaja iaitu Demam Bola Piala Dunia Bola Sepak 2010 ataupun lebih dikenali Word Cup dengan perlawanan pembukaan membabitkan Afrika Selatan lawan Mexico. Piala Dunia kali ini seperti sudah semua sedia maklum akan di adakan di Afrika Selatan yang bermula dari 11 Jun 2010 hinggalah perlawanan akhir pada 11 Julai 2010. Cukup-cukup 1 bulan tu demam bola ni :P . Aku ni nak kata gila bola x de lah sangat, sebab aku ni x pandai sangat main bola. Aku hanya tengok bola pada waktu yg betul-betul aku xde aktiviti langsung ataupun special matches macam Final Champion League, Final Match, World Cup dan juga EPL match yang membabitkan team favourite aku Arsenal FC.

(more…)

Jun
6th

Dunia Baru: Cabaran & Dugaan Part 1

Files under Personal | 24 Comments

Ini bukannya cerita pasal drama remaja popular di TV3 tu ye, Dunia Baru. Tapi ni kisah aku di dunia yang serba baru selepas menerima tawaran kerja daripada kerajaan Malaysia. Sejak 24 Mei 2010, kehidupan aku telah berubah 100 peratus selepas datang ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri berkhidmat dalam sektor awam di Putrajaya. Sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan Ibu Kota negara ini sejak tahun 2005 lalu. Betullah kata orang-orang tua, hidup ini bagaikan roda, kita akan sentiasa kembali ke tempat asal kembali walaupun sudah jauh kita pergi. Sekarang ni aku kembali semula berada di Kuala Lumpur, jikalau dahulu untuk belajar dan mencari kerja, tetapi sekarang berkhidmat untuk negara pulak.

Pada awalnya aku datang dengan bas ekspress untuk melaporkan diri di Putrajaya pada pagi 24 Mei 2010, aku menaiki bas pada malam 23 Mei 2010 bersama dengan kawan yang telahpun bekerja dahulu sebelum aku walaupun aku dan dia sama-sama kena interview di Kota Bharu pada Jun 2009 yang lalu, sekarang ni kawan aku berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara. Tiba di hentian Putra pada jam 5 pagi dan terus ke  rumah sewa yang terletak di Desa Sri Serdang. Tiba di rumah pada jam 5.30pagi, sempat lagi berehat-rehat dan melelapkan mata sekejap kerana lapor diri bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Auditorium, Jabatan Perdana Menteri.

(more…)

Jun
1st

WitnessGaza.com & LifeLine4Gaza.org: Informasi Terkini Konvoi keamanan Freedom Flotilla Ke Palestin

Files under Internet, Isu Semasa | 8 Comments

Seperti yang dimaklumkan bahawa sekarang ini satu konvoi bantuan kemanusian iaitu Konvoi Bantuan Antarabangsa Flotilla sedang dalam perjalanan ke Palestin untuk membekalkan bahan bangunan dan bekalan perubatan dalam perjalanan ke Tebing Gaza melalui jalan laut. Maklumat terkini bahawa konvoi keamanan tersebut telah di serang oleh sekumpulan komando Israel pada waktu pagi waktu tempatan dan dipercayai 16 orang terkorban dan lebih 50 orang cedera. Malahan beberapa buah kapal konvoi tersebut telah dirampas.

(more…)