
Kalau cuti daripada Online, itu bermakna aku Offline la kan??…
Rasanya X pernah lagi bercuti daripada Dunia Online, sama ada di Facebook, YM, dunia forum komuniti internet atau blog. Nampaknya aktechpage.com akan bercuti yakni offline sebentar buat pertama kali daripada Dunia Online untuk merehatkan minda sekejap. Lagipun owner blog ini juga akan menhadiri satu Kursus pada 19 – 29 Julai 2010 (11 Hari). Perghhh… 11 hari tu kursus, x pernah lagi kursus selama ini… Apa pun kena hadiri jugak kerana ianya adalah salah satu syarat untuk pengesahan jawatan. Lagipun bukan selalu, sekali sekala je kan. Kira sambil kursus sambil bercuti dari kerja dan have fun bersama kenalan baru.
(more…)
Posted by Akmal |
26 Comments »

Sesetengah orang mungkin dah tahu cara menggunakan Google Maps secara optimum. Walaupun dah tahu, aku tetap nak post entry pasal Google Map ini hanya untuk orang yang belum tahu lagi. Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman penggunaan Google Map sejak bertugas sementara waktu di Kuala Lumpur (KL) ini. Sejak aku mula bertugas di KL boleh dikatakan setiap hari aku membuka Google Map untuk tahu jalan yang mana 1 perlu dilalui untuk pergi dan pulang dari pejabat. Pejabat aku pulak ni memang betul-betul berada di tengah kota metropolitan KL. Lagipun aku memang buta pasal tempat-tempat di sekitar KL kerana tidak tahu di manakah terletaknya Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Cheras dan lain-lain tempat.
(more…)
Posted by Akmal |
13 Comments »

Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah dengan bantal atau kopi tongkat Ali keesokan harinya di pejabat bagi sesiapa yang bekerja termasuklah aku. Untuk persediaan yang lebih rapi, tido lah awal-awal dan bila bangun nanti sembahyang sunat dulu seperti sembahyang tahajud ke, hajat ke, lepas tu layanlah Final World Cup 2010 ini
.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Lagi 3 perlawanan lagi yang tinggal dalam World Cup ini, 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir. Sememangnya Demam World Cup sudah sampai kemuncaknya. Empat pasukan yang bakal menjadi Juara Dunia ialah Sepanyol, German, Belanda dan Uruguay. Jika dirujuk pada Demam World Cup Sudah Bermula (Waka Waka), Antara 4 pasukan tersebut, salah satu team favourite aku ada iaitu Sepanyol telah layak ke Separuh Akhir. Perancis terkandas di peringkat kumpulan lagi, manakala Korea Selatan dan Jepun terkandas pada peringkat pusingan ke-2 kalah mati. Walaupun begitu, peningkatan yang ditunjukkan oleh Korea Selatan dan Jepun sangat mengujakan, walaupun tewas tetapi mereka tewas dengan bermaruah.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »