Sep
25th

Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia

Files under Isu Semasa | 36 Comments

Bukan kat Malaysia ni je yang ada masalah nak naik train komuter. Sebuah negara Asia Timur yang antara paling maju di dunia, masyarakat yang sangat berdisiplin dan antara mempunyai rangkaian keretapi termaju di dunia, Kat Jepun lagi ganas.

Sampai polis train pun tolong sumbat sekali. Tak tahu la macam mana keadaan dekat dalam tu. Imagine it yourself. Haha. :D

Kalo kat Malaysia sumbat-sumbat macam ni, apakah perasaan anda?

ps: pernah bersesak dalam KTM Komuter semasa mula-mula kerja dalam perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, menghadapinya dengan tabah selama 2 bulan :P

Sep
20th

Duit Raya Daripada HazmanFadzil.com

Files under Blogging | 31 Comments

Semalam, aku agak terkejut apabila menerima 1 sampul surat laju ekspress yang tertera di belakang Daripada Admin HazmanFadzil.com . Baru aku teringat yang aku ada memenangi pertandingan mengomen blog pada hari raya pertama apabila dimaklumkan sendiri oleh Saudara HazmanFadzil.com, nampaknya hadiah sudah sampai.  Iaitu duit raya, walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk aku makan KFC Dinner Plate sorang2. Aku rasa ini adalah kali ke-2 aku memenangi hadiah GIVEAWAY.Syukur di atas kenikmatan hasil daripada hobi berblogging ini.

Akhir sekali aku ingin mengucapkan TQVM kepada HazmanFadzil.com kerana sudi membuat pertandingan ini dan juga kepada Rohaizad.com kerana melalui blognya lah aku tahu mengenai pertandingan DUIT RAYA ini.

Sep
16th

Selamat Hari Malaysia 2010

Files under Special | 14 Comments

Hari ini 16 September tahun 2010, buat kali pertama kita menyambut Hari Malaysia seluruh negara sejak Merdeka dan ia merupakan cuti umum pertama kalinya pada tahun ini. Semoga sambutan Hari Malaysia ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan hubungan silaturrahim antara kita di Malaysia ini.

Apa itu Hari Malaysia?

Dibawah ini adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Hari Malaysia.

(more…)

Sep
14th

DAULAT TUANKU!!!! Pemasyhuran YMM Tg. Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan

Files under Isu Semasa, Kelantan | 1 Comment

KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

(more…)

Sep
10th

Salam Aidilfitri 2010/ 1431H, Maaf Zahir Batin

Files under Special | 6 Comments

Hari ini Hari Raya Aidilfitri lagi, syukur ke hadrat ilahi kerana kita sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2010/ 1431H kali ini dalam suasana yang penuh harmoni dan makmur. Hampir kesemua perantau pulang ke kampung masing-masing. Kelmarin pun kelihatan banyak kereta hebat dan besar belaka berada di perkarangan rumah-rumah kampung di kelantan ini menunjukkan anak-anak di perantauan sudah selamat tiba untuk menyambut aidilfitri bersama ibu bapa masing-masing.

Jadi di kesempatan ini, aktechpage.com ingin mengucapkan kepada semua pelawat/pembaca aktechpage.com dan rakan-rakan blogger sekalian yang merayakan Aidilfitri ini dengan ucapan :-

Ampun & Maaf Andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak terkena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

Semoga di maafkan, kerana YOU lah kawan I dunia Akhirat!!!

ps: Akhir sekali, berhati-hatilah ketika menjamu selera di pagi 1 SYAWAL… jangan melampaui batas, nanti terbabas…heheheh :D

Sep
8th

Berhati-Hati Di Jalan Raya, Selamat Balik Kampung!!!

Keadaan jalan-jalan di kelantan masih lagi seperti biasa sejak hari ahad hingga kelmarin, jalan agak lenggang di waktu pagi sebab cuti sekolah sudah bermula cuma di waktu petang sahaja agak sesak sedikit tapi masih lagi di tahap biasa. Hari ini dan esok mungkin akan menjadi luar biasa kesesakan jalan di Kelantan ini kerana di jangka lebih kurang 600 000 kenderaan perantau akan mula masuk ke kelantan. Lebih setengah juta tu beb!!!!

(more…)

Sep
4th

Makan Dengan Tangan Itu Sunnah

Files under Tips | 7 Comments

Ikuti cerita dibwah ini.. rehat2kan minda sambil melayari internet;

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya……… !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

(more…)