Dimanakah anda ingin cari dokumen rujukan untuk rujukan anda dalam menyediakan kertas kerja, assigment kuliah dan pelbagai tugasan yang lain, selain daripada menggunakan Search Engine internet anda boleh menggunakan 1 laman web di mana kesemua dokumen ilmiah dikumpulkan iaitu Scribd.com . Scribd.com adalah sebuah laman web perkongsian setempat pelbagai jenis dokumen yang boleh anda jadikan rujukan. Jika YouTube sebagai tempat perkongsian video, flickr atau picasa pulak adalah tempat perkongsian gambar, Scribd.com juga sama konsep seperti YouTube, Flickr atau Picasa tetapi sebagai 1 tempat perkongsian dokumen.
Itu lah persoalan aku kira-kira 6 bulan yang lalu ketika mula-mula masuk sektor kerja kerajaan. Ini kerana sebelum ini kerja aku di sebuah syarikat akhbar lebih tertumpu kepada teknologi Microsoft dan bukannya sumber terbuka seperti Linux. Apabila dah masuk sektor kerja kerajaan nak tak nak terpaksa juga aku mempelajari cabang baru ICT sekali lagi iaitu sumber terbuka (open sources) memandangkan kerajaan lebih menekankan kepada penggunaan teknologi ini dalam sektor kerajaan.
Hari ini, 10 Zulhijjah 1431H bersamaan dengan 17 November 2010. Seluruh umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidiladha / Korban. Sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk merayakan hari yang mulia ini dan membuat ibadat korban.
Salam Aidiladha untuk semua pelawat blog aktechpage.com .
Satu lagi community blogging iaitu Blogged.my yang membolehkan para blogger ping kan post untuk SEO blog masing-masing. Blogged.my juga mengumpulkan pelbagai jenis blog dalam satu komuniti. Anda hanya perlu daftar sahaja dan memasukkan alamat blog anda, setkan blog anda ping secara automatik setiap kali ada post terbaru. Di Blogged.my anda akan dapat melihat beberapa post terbaru daripada ahli komuniti yang terkini, yang popular minggu ini, yang popular bulan ini dan juga yang popular tahun ini. Cuma 1 je yang takde iaitu kategori blog. Walaupun begitu ianya masih lagi boleh dikategorikan mengikut tag untuk melihat pelbagai jenis post melalui menu Browse Tags.
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.