
Huh… SYABAS pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada Jurulatih K. Rajagopal, pemenang kasut emas Mohd Safee Mohd Sali, penjaga gol terbaik punya Khairul Fahmi, perancang pasukan Nor Shahrul Idlan Talaha dan pertahanan muda 19 tahun Mohamad Fadhli Mohd Shas yang mampu mengawal penyerang import Indonesia Cristian Gonzales. Walaupun pasukan kita banyak menerima provokasi, ancaman, gangguan malahan stadium Gelora Bung Karno pun hanya di penuhi lautan merah penyokong fanatik Indonesia. Akhirnya penyokong setia Indonesia pastinya segan silu melihat pasukan kesayangan mereka yang gah semasa perlawanan kumpulan dan membelasah Malaysia pada perlawanan pertama hanya mampu menjadi Naib Juara sahaja.
(more…)
Posted by Akmal |
10 Comments »

Huh… memang betul-betul tak sangka yang Malaysia boleh mengalahkan Indonesia dengan jaringan yang selesa sebagai bekalan untuk di bawa ke Jakarta. Walaupun begitu perlu di ingat, kita masih lagi belum boleh berpesta meraikan kejayaan ini kerana masih ada lagi 90 minit untuk perjuangan. Diharapkan pasukan kebangsaan kita dapat mengekalkan corak permainan dan tidak sekali-kali memandang rendah pasukan Indonesia yang di lihat ramai pemain luar atau import, kita pulak adalah 100% buatan Malaysia. Apabila kita di Indonesia, diharapkan pemain kita mempunyai ketahanan mental yang tinggi kerana sudah pasti Indonesia akan menyerang atau provokasi kita dari semua sudut sama ada media, padang latihan yang diberi, tempat tinggal, layanan dan lain-lain lagi. Jangan hiraukan semua ini pastikan pasukan kita kekal fokus untuk tidak melepaskan sebarang gol terutamanya penjaga gol kita Khairul Fahmi (Apex), semoga beliau akan terus bertindak cemerlang. Nor Shahrul Idlan Talaha juga di harapkan agar terus bermain dengan baik dengan memberi umpanan-umpanan kepada penyerang kita untuk menjaringkan gol.
(more…)
Posted by Akmal |
11 Comments »
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya.
Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.
Sabda Rasulullah SAW:
” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Akhirnya selepas aku membuat kajian dan pertimbangan sewajarnya dari pelbagai aspek, akhirnya dan akhirnya aku telah nekad membeli sebuat SmartPhone iaitu GARMIN ASUS A10 (nama manja A10) pada 21 November 2010 lalu semasa aku berada di Kuala Lumpur menghadiri Training Oracle selama seminggu di sana. Aku membeli di salah sebuah pengedar rasmi iaitu PDA Expert Mobility Sdn Bhd di aras 4 Low Yat. Itupun aku membelinya selepas round-round Low Yat selama sejam. Dalam masa sejam tu hanya 4 kedai sahaja yang menjual A10 termasuk dengan Digi. Akhirnya aku membeli di PDA Expert Mobility Sdn Bhd selepas menawarkan harga antara yang menarik dengan pakej menarik iaitu percuma kad memori SD 8GB dan diskaun RM100 untuk Car Kit A10.
(more…)
Posted by Akmal |
20 Comments »

Sebagaimana dijanjikan sebelum ini dalam post Kucing2Terbiar.Blogspot.com: Kisah Kucing Yang Terbiar. Kali ini aktechpage.com membuat 1 lagi review berkenaan blog kucing iaitu KakiMotong.Blogspot.com, sebuah blog yang mengisahkan tentang kehidupan seharian seekor kucing jalanan yang bernama HERO di mana ia telah dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Blog picisan ini juga adalah sebagai wadah perjuangan Papa Hero dan para pencinta haiwan yang lain untuk membela nasib haiwan-haiwan yang terbiar. Mengikut apa yang aktechpage.com tahu, kucing yang bernama Hero ini cacat kedua-dua kaki hadapannya akibat di potong oleh seorang tukang masak sebuah restoran akibat daripada Hero mencuri seekor ikan, benar atau tidak cerita ini wallahualam.
(more…)
Posted by Akmal |
9 Comments »

Baiklah, untuk pertama kalinya aktechpage.com mendedahkan rahsia terbesar blog paling popular 2010 ini, iaitu trafik blog sepanjang tahun 2010. Jika dilihat pada statistik yang diberi dalam gambarajah diatas melalui statcounter.com yang dicapture pada hari ini, 10.45 pg 10 Disember 2010. Dari awal tahun hingga sekarang, blog aktechpage.com boleh dikatakan mencapai peningkatan trafik yang baik. Betul tak ???
Apa pendapat anda mengenai statistik blog aktechpage.com ini ??
ps: Ni semua statistik xde edit2 yek, betul2 punya 
Posted by Akmal |
20 Comments »

Salam Maal Hijrah kepada semua pelawat aktechpage.com , semoga tahun baru ini kehidupan kita akan lebih diberkati daripada tahun sebelum ini. Tak sempat nak tulis panjang-panjang pada post entry kali ini kerana otak letih setting networking di rumah selepas menggunakan modem/router wireless yang terbaru. Dari jam 5.30pg hingga pukul 9.20pg setting, jadi idea untuk menulis berkenaan Maal Hijrah tahun ni takde da, hilang akibat ketensionan setting networking di rumah, kat pejabat pun tak abis lagi networking dengan projek sistem ICT yang baru berjalan.
Kat ofis otak duk fikir ICT Prob, kat rumah pun ICT prob… haiyaaa… otakku betul2 lesu dah….Kebiasaannya, pada permulaan menggunakan modem/router baru ni, selalunya line networking masih belum stabil lagi
Jadi jika anda ingin mengetahui apakah itu Maal Hijrah, bolehlah baca di sini => Maal Hijrah: Suntikan Untuk Keunggulan Umat
Akhir sekali, Salam Maal Hijrah 1432H
ps: Apa yek moto untuk Maal Hijrah kali ni ??
Posted by Akmal |
6 Comments »

Selalu review blog yang berilmiah je kadang kala membosankan jugak kan? OK lah, kali ini aku ingin review berkenaan blog yang lebih santai dan meringankan minda. Blog kali ini adalah berkenaan binatang yang aku paling suka belai iaitu kucing. Blog tersebut ialah Kucing2Terbiar.BlogSpot.com . Bagi peminat kucing terutamanya mestilah perempuan kan, bolehlah kunjungi blog ini untuk membaca pelbagai kisah-kisah kucing yang dipelihara oleh pemilik blog iaitu Saudara Al Bakri Isa ataupun lebih dikenali nama pena blog Papa Meow
.
(more…)
Posted by Akmal |
26 Comments »