Feb
21st

MyFriends2u.com: Laman Sosial Menarik Buatan Malaysia

Files under Laman Web, Review | 23 Comments

Adakah kita rakyat Malaysia mempunyai laman sosial sendiri seperti FaceBook ?

Jawapannya ialah YA. Kita ada iaitu MyFriends2u.Com yang dibangunkan oleh syarikat tempatan NetXpert Sdn Bhd yang dilancarkan pada Mei 2010 lalu. Laman sosial ini boleh dijadikan alternatif kepada FaceBook dan ia merupakan produk Malaysia yang perlu dibanggakan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NetXpert Sdn Bhd, Che Onn Ismail, laman sosial ini dibina berdasarkan kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan platform setempat mudah, yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung malah boleh melakukan lebih daripada itu menerusi satu akses.

(more…)

Feb
19th

Penghargaan Kepada Top 3 Pengkomen 2010

Files under aktechpage.com | 11 Comments

Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini dalam post Sejuta Penghargaan Kepada Top 10 Pengkomen 2010. Salah 1 janji telah aku tunaikan iaitu meletakkan Top 3 Pengkomen 2010 iaitu Saudara Mancai (HairilHazlan.Com), Saudara Sangilapi (RezekiMurah.Com) dan Saudara Zik (ZikriHusaini.Com). Ketiga-tiga banner blog mereka ini telah pun di letakkan di bahagian sisi kanan blog ini dibahagian Top Blogger sejak beberapa hari yang lalu. Cuma banner blog Saudara Sangilapi je saya design sendiri kerana masih lagi belum dapat feedback daripadanya walaupun telah menghantar mesej melalui blognya, mungkin sibuk kot.

(more…)

Feb
15th

Salam Maulidur Rasul 1432H/ 2011

Files under Special | 19 Comments

Hari ini 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 adalah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Sempena hari kebesaran kekasih ALLAH SWT marilah kita sama-sama berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Tidak perlu mengadakan majlis makan ataupun secara ramai-ramai, malahan kita juga boleh berselawat setiap masa dalam pelbagai cara, malahan bukan hari ini sahaja tetapi juga hari lain. Sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan telah diwartakan sebagai cuti umum dalam kalendar tahunan negara, jadi hari cuti ini marilah kita merenung & membaca kembali kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai mengenang jasa baginda dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia.

ps: Tulisan ini juga pedoman & peringatan untuk penulis sendiri :)

Feb
12th

HairilHazlan.Com: Break The Rules, Think Out of The Box

Files under Blog, Review | 15 Comments

Antara jenis blog kegemaran aku ialah semestinya berkenaan ICT, dan salah satunya ialah blog HairilHazlan.com , kepunyaan Bro Mancai. Blog HairilHazlan.Com ini banyak memaparkan maklumat mengenai ICT seperti berita-berita ICT, tutorial ICT, perniagaan, sains dan teknologi, kreatif dan inovatif. Mungkin kerana kerjayanya sama dengan kerjaya aku iaitu dalam bidang ICT profesional. Banyak yang dapat aku pelajari dalam blognya terutama berkenaan teknologi Open Source dan Networking. Lagipun rasanya Saudara Mancai ni lebih pro drpd aku dalam bidang ICT ni.

(more…)

Feb
11th

Video: Kompilasi Malaysia AFF Suzuki 2010, Sound Track Lagu Beshhh

Files under Video | 10 Comments

Hari ni hari Jumaat cuti so saje duk rumah merehatkan otak selepas 5 hari menggunakan otak sepenuhnya dalam menjalankan projek ICT kerajaan pertama ku yang x setel2 lagi ni. Jadi cuti-cuti ni duk rumah je rehat-rehat sambil melayari internet, buat apa yang patut especially blogwalking :D . Jadi terjumpa lah 1 video kompilasi Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010 yang agak menarik dengan sound track lagu yang beshh dan boleh membuatkan bulu tengkuk dan kepala anda membesar apabila mendengar lagu ini sambil menonton aksi-aksi kompilasi pemain Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 yang kelihatan lebih agresif dan begitu bersemangat untuk menjaringkan gol.

(more…)

Feb
6th

JomLinux.com: Forum Komuniti Linux Malaysia

Files under Internet, Laman Web | 15 Comments

Anda ingin belajar linux daripada A – Z ??? Anda ingin mendalami ilmu linux dengan lebih mendalam lagi ?? Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana sudah ada 1 laman web bahasa Melayu yang membolehkan anda mempelajari perihal Linux iaitu JomLinux.com . JomLinux.com memaparkan berita-berita terkini mengenai dunia Linux tempatan dan juga antarabangsa. Di sini anda akan dapat mebaca pelbagai rencana, tutorial, reviu dan aktiviti yang semuanya berkaitan linux.

Apakah Ciri-Ciri JomLinux.Com ??

(more…)

Feb
2nd

Komentar Daripada Penyokong Indonesia Yang Waras

Files under Isu Semasa | 20 Comments

Masih releven lagi kah jika aku menyentuh soal pertembungan bola sepak di antara Malaysia – Indonesia di akhir tahun 2010 lalu? Sebenarnya draf post di awal tahun 2011, tetapi disebabkan oleh kesibukan melaksanakan my 1st government projek, tetiba tersadai je post ini di dalam draf. Jadi sementara otak ku ni selalu lesu akibat memerah otak di siang hari di pejabat. Jadi aku publishkan post ini hari ini untuk tatapan umum sebagai satu wadah perbincangan secara rasional dan waras dalam membincangkan isu ini.

Dalam cuti-cuti minggu ni sambil merehatkan otak yang agak tension di bulan Januari 2011 akibat tekanan launching projek sistem baru. Aku pun saje godek2lah internet di beberapa forum indonesia untuk melihat isu hangat Final Piala AFF Suzuki antara Indonesia dan Malaysia. Aku ingin mengetahui apakah pendapat kebanyakan rakyat Indonesia mengenai kekalahan mereka di tangan Malaysia, negara yang serumpun yang selalu mereka rendah2kan. Sebenarnya sentimen kebencian Malaysia ni bukan sahaja dalam bola sepak, tetapi juga dalam badminton turut terjadi di mana beberapa pemain badminton kita pernah di ludah oleh penyokong fanatik indonesia  di pintu masuk kawasan gelanggang. Dalam banyak-banyak survey aku, aku terpaut dengan 1 komen yang ikhlas drpd seorang peminat bola sepak Indonesia yg waras dan rasional.

(more…)