Apr
27th

Fungsi Bercakap

Files under Tips | 17 Comments


Apabila kita bercakap-cakap dan berbual-bual kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri. Apabila kita bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain.

Aktiviti bercakap-cakap dan berbual mempunyai banyak fungsi, antara fungsi-fungsinya ialah :
(more…)

Apr
23rd

5 Blog Paling Kerap Di Lawati 2011

Files under Blogging | 19 Comments

Demi menyahut sapaan daripada rakan blogger iaitu Saudara Mancai dari HairilHazlan.Com yang telah menyenaraikan AP dalam 5 Blog Paling Kerap Di Lawati 2011. Dan juga selepas membaca salah 1 entry di blog Suri(CahayaCinta.Com). AP rasa perlu turut juga dalam kempen menyenaraikan 5 Blog Paling Kerap Di Lawati 2011 yang di anjurkan oleh DenaiHati.Com . Lagipun kempen ini dapat merapatkan silaturrahim secara online antara blogger-blogger di Malaysia dengan cara mudah dan murah. Lagipun ini lah masanya untuk kita menghargai Blog yang selalu kita lawati sepanjang 3 bulan lebih pada tahun 2011 ini.

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti “Bantu Blogger jadi No 1“  – Denaihati.com

Antara 5 blog AP yang selalu lawati ialah:

1. Amanz.my (Informasi Komputer dan Teknologi Semasa)
Suka melawat blog ini kerana mengandungi informasi berita komputer dan teknologi maklumat tempatan berbahasa Melayu. Banyak berita-berita ICT yang terkini boleh di dapati di blog ini. Jenis blog seperti ini lah yang AP suka kerana ia memberi banyak info kepada AP yang berkerjaya sebagai seorang Pegawai ICT Gomen yang perlu sentiasa update dengan berita-berita ICT terkini :P .

(more…)

Apr
19th

Apa itu Android OS ???

Files under Technology | 31 Comments

Android OS itu robotkah??? Masih ramai yang tertanya-tanya apakah Sistem Operasi Mobil Android sebenarnya? Ia sebenarnya adalah sebuah sistem operasi yang dijalankan pada telefon pintar. Ia dibangunkan oleh Android Inc sebelum diambil alih oleh Google pada tahun 2005. Android di reka berasaskan versi Linux Kernel yang telah mengalami perubahan mengikut kesesuai sesebuah operasi telefon. Menurut NPD Group, sebuah badan pengkaji aliran pasaran luar negara mendapati unit jualan telefon pintar berasaskan Android OS berada di tangga pertama berbanding semua telefon pintar lain yang di jual di Amerika Syarikat.

(more…)

Apr
16th

RezekiMurah.Com: Sangilapi Punya Blog

Files under Blog, Blogging | 26 Comments

Pada khamis malam yang lalu iaitu pada 7 April 2011 lalu. Saudara DnoBiz.Com telah menelefon AP mengajak berjumpa dengan Saudara Bro Joe atau lebih dikenali dengan Sangilapi (Tuan Punya Blog RezekiMurah.Com) pada malam itu. Walaupun badan keletihan sangat kerana terpaksa bekerja keras untuk 2 hari berturut-turut sebelum itu menyediakan dokumentasi sambil memantau sistem kerana pada 7 April 2011 tersebut satu pasukan inspektorat dari kementerian datang ke PBT untuk menentukan ranking berapa bintang yang akan diperolehi di tempat aku bertugas sekarang. Namun hati AP amat teruja kerana akan dapat berjumpa salah seorang blogger yang penuh pengalaman dalam kehidupan dan abang daripada AP.

(more…)

Apr
11th

AdamFazi.com: Blog Pelakon Jahat Taiko

Files under Blog, Blogging | 23 Comments

Kali ni AP  memperkenal blog salah seorang Blogger yang juga penggiat seni tanah air. Jika anda melihat wajahnya pasti anda akan mengenalinya kerana beliau selalu muncul di kaca TV dan juga wayang dengan wataknya yang selalu Jahat. Dianugerahkan dengan muka yang ganas dan kelihatan samseng, tetapi dengan wajahnya tersebut yang ganas dan bengis menyebabkan beliau selalu memegang watak samseng dan jahat dalam banyak filem dan drama tempatan. Beliau berketurunan Cina tetapi telah pun memeluk Islam pada tahun 2007. Kalau dalam filem,beliau selalu di panggil ‘Taiko:D iaitu ketua jahat dan kadang-kadang orang kanan ketua jahat. Di sebalik wajahnya yang bengis dan selalu memegang watak jahat dalam filem/drama tempatan, personaliti sebenarnya beliau adalah seorang yang penyayang dan baik hati.

(more…)

Apr
8th

Komen MAC 2011: Sejuta Penghargaan Terima Kasih

Post entry ini ditujukan kas kepada 10 Pengkomen yang sudi memberi komen yang Ikhlas dan bernas di blog ini sepanjang bulan MAC 2011. Walaupun jumlah komen sedikit x pe, mmg lah komen ckit kan sbb post entry kat blog ni pun sikit je. Jadi pengkomen pun xde modal nak komen banyak2 :D . Takpe yg penting perkongsian idea dan komunikasi anda dengan blog AP ini amatlah dihargai. Sebagai sedikit hadiah saya senaraikan link blog anda di post ini sebagai utk SEO ke atau tambahan linking blog ini, kira bg linking drpd blog ini lah. Senarai pengkomen tersebut ialah : -

  1. Miss Tira (http://www.ceritatira.blogspot.com/)
  2. Suri (http://cahayacinta.com/)
  3. DeCrewz (http://www.decrewz.com/)
  4. Dno Biz (http://dnobiz.com/)
  5. Mancai (http://hairilhazlan.com/)
  6. Pakar Buah Pinggang (http://buahpinggangsihat.com/)
  7. Haru (http://cdiqlife.com/)
  8. AimanNajmy.Com (http://www.aimannajmy.com/)
  9. Daus (http://ohdaus.blogspot.com/)
  10. MdHafiz.Net (http://www.mdhafiz.net/)

AP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi melawat blog AP dan juga memberi komen yang bernas.

ps: Org berbudi Kita Berbahasa :D

 

Apr
3rd

Apa itu iPad ??? Part 3: Kelebihan dan Kekurangan iPad

Files under Technology | 16 Comments


Selepas 2 bahagian post kali ini menceritakan Apa itu iPad??? Anda semua sedikit bosan dan mungkin tak nak komen dah pasal iPad kt blog ini lagi. Xpe :D . Ini adalah sebahagian tanggungjawab AP untuk memberi maklumat berkenaan apa yang ingin AP kongsikan terutama yang memberi faedah kepada diri AP dan juga pembaca blog. Lagipun ini blog AP punya jadi suka hati AP lah nak post apa kan :D … heheheh…. just kidding.  Sekarang ni masuk part yang ke-3 pula iaitu mengenai kelebihan dan kekurangan iPad. Ehhh iPad pun ada kekurangan ke??? Ishhh mesti ada … kalo tengok iklan memang diorang tunjuk yang bagus-bagus je. Jadi Apakah kelebihan dan kekurangan iPad ? J0m tengok apakah kelebihan dan kelemahan iPad di bawah:

(more…)