May
27th

Alemy Meggi Ketam di Cherang Ruku, Sedapppp

Files under Kelantan | 18 Comments

Anda pernah makan Megi Ketam ??? Di kelantan makanan ini semakin popular, bermula dengan hanya 2 kedai sahaja di Cherang Ruku, Pasir Puteh dan Pauh Sembilan, Bachok. Dari semasa ke semasa kedai makanan yang menyediakan Megi Ketam semakin banyak, namum begitu bukan senang nak menyediakan makanan ini kerana menu utamanya iaitu Ketam perlulah ada sentiasa bekalan. Jika tiada ketam yang segar susahlah nak menyediakan juadah yang istimewa ini. Kali ini AP akan menceritakan serba sedikit pengalaman makan Megi Ketam di Cherang Ruku, Pasir Puteh beberapa kali sebelum ini.

(more…)

May
24th

HP Slate: Saingan Apple iPad ???

Files under Technology, Video | 14 Comments

Apa itu HP Slate ?? HP Slate adalah sejenis peranti Tablet PC sepertimana iPad. HP Slate adalah produk keluaran Hewlet Packard(HP). Hebat sangatkah HP Slate ini berbanding dengan iPad? Sebenarnya bagi AP, HP Slate adalah lebih baik dari iPad. Kenapa ??? Ini adalah disebabkan 3 perkara sahaja iaitu:

  1. HP Slate mempunyai sokongan Adobe Flash, iPad tiada sokongan aplikasi Adobe Flash.
    Kebanyakan laman web dunia sekarang mempunyai Flash Player, hampir 85 peratus keseluruhannya.
  2. HP Slate mempunyai port USB, iPad tiada USB port.
    Susah nak transfer data jika tiada USB Port untuk Thumbdrive atau External Hard Disk. Memang menyusahkan.
  3. Sama seperti port USB, HP Slate mempunyai slot SDXC Card Reader, iPad tiada.
    Transfer data amat penting dari 1 peranti ke peranti lain, contohnya untuk cetak dokumen. Memerlukan pemindahan data.

(more…)

May
21st

DocStoc.com: Sumber Rujukan Profesional Anda

Files under Internet, Laman Web | 20 Comments

Adakah anda sedang mencari bahan rujukan seperti kertas kerja? tesis? tutorial? atau apa-apa dokumen rujukan. Anda boleh cuba mencari di DocStoc.Com. DocStoc.Com adalah sebuah laman web yang menyediakan platform kepada pengguna internet seluruh dunia untuk berkongsi segala jenis dokumen secara online. Di sini anda boleh mencari bermacam-macam jenis dokumen seperti kewangan, pendidikan, perniagaan, undang-undang, teknikal dan lain-lain lagi. DocStoc.Com ibarat seperti Google, enjin carian tetapi khas untuk dokumen sahaja.

(more…)

May
10th

Pengkomen APRIL 2011: Sejuta Penghargaan Terima Kasih :D

Post entry ini ditujukan kas kepada 10 Pengkomen yang sudi memberi komen yang Ikhlas dan bernas di blog ini sepanjang bulan APRIL 2011. Walaupun jumlah komen sedikit x pe, mmg lah komen ckit kan sbb post entry kat blog ni pun sikit je. Jadi pengkomen pun xde modal nak komen banyak2 :D . Takpe yg penting perkongsian idea dan komunikasi anda dengan blog AP ini amatlah dihargai. Sebagai sedikit hadiah saya senaraikan link blog anda di post ini sebagai utk SEO ke atau tambahan linking blog ini, kira bg linking drpd blog ini lah. Senarai pengkomen tersebut ialah : -

1. dnoBizhttp://dnobiz.com/
2. haruhttp://cdiqlife.com/
3. decrewzhttp://www.decrewz.com/
4. MDHAFiz.NEThttp://www.mdhafiz.net/
5. Miss Tirahttp://www.ceritatira.blogspot.com/
6. surihttp://cahayacinta.com/
7. mancai - http://hairilhazlan.com/
8. tehrhttp://www.tehramuan.com/
9. benjyhttp://www.benjystanis.co.cc/
10. aimannajmyhttp://www.aimannajmy.com/

AP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi melawat blog AP dan juga memberi komen yang bernas.

ps: Post entry sama untuk Pengkomen MAC 2011. xde idea dah nak olah ayat :D

 

May
6th

Selamatkan Data Anda Yang Ada di Friendster

Files under Internet | 21 Comments

Sebelum kewujudan rangkaian laman sosial FaceBook dan Twitter, ramai di antara pengguna internet tahu bahawa Friendster adalah antara laman sosial pertama yang mengajar konsep rangkaian laman sosial serta pernah menjadi antara yang diminati. Baru-baru ini, laman friendster mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan pembaharuan terhadap laman sosial tersebut, namun segala data dan maklumat seperti gambar, artikel, testimonial, ‘shoutout’, blog dan grup yang diikuti tidak akan dapat dipindahkan melainkan hanya kata kunci dan kata laluan sahaja.

(more…)

May
1st

Bangga Kawe Jadi Orang Pasir Mas

Files under Kelantan | 22 Comments

Pasir Mas ‘Kilang’ Jelitawan

Sumber: Harian Metro

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

(more…)