Jun
25th

Acer Iconia Tab A500: Tablet PC dari Acer

Files under Technology | 16 Comments

Jenama ACER adalah salah satu produk teknologi yang AP gemari kerana dari segi kos pembeliannya yang murah dan berkualiti. AP telah pun memiliki 4 jenis laptop sepanjang terlibat dalam karier dan pembelajaran di bidang ICT. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan jenama ACER adalah cepat rosak, namun bagi AP cepat rosak atau tidak adalah bergantung bagaimana kita menjaga dan menggunakan sesuatu peranti. Kali ini AP nak review sebuah gajet yang telah AP sentuh sendiri secara fizikal semasa PIKOM PC Fair di Kota Bharu pada 19-21 Mei 2011 yang lalu iaitu ACER Iconia Tab A500, sebuah tablet PC dari Acer.

(more…)

Jun
17th

Evolusi Diri & Teknologi

AP masih ingat pada tahun 2001 telah membeli sebuah komputer desktop Intel Pentium 3 dengan memori 256MB RAM dan Hard Disk 20GB dengan OS Windows ME. Ketika itu harganya lebih kurang mencecah RM2500. Kini selepas 10 tahun berlalu dengan nilai RM2500 kita boleh dapat sebuah laptop yang sederhana canggih dengan Intel Core i-5, memori 4GB RAM, HDD 500GB, skrin LCD dan kad grafik dengan 1GB GRAM. Amat menarik bukan tetapi itulah evolusi teknologi.

(more…)

Jun
14th

ZikriHusaini.Com: Kemesraan Yang Berkekalan

Files under Blog, Internet | 17 Comments

Janji perlu dikotakan, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini dalam post Penghargaan Kepada Top 3 Pengkomen 2010. Kali ini giliran pengkomen yang ke-3 tertinggi pada tahun 2010 iaitu ZikriHusaini.Com pula untuk di review.

Dengan tagline Kemesraan Yang Berkekalan, menjadikan owner blog ini seorang yang begitu mesra dalam komuniti blogger di Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika nama beliau banyak muncul di kebanyakan blog-blog Malaysia kerana beliau seorang yang mesra dan suka blogwalking (Tak macam AP yang selalu je sibuk dengan kerja-kerja di pejabat :p ). Jika dibaca perihal pemunya blog ZikriHusaini.Com di page About, beliau adalah seorang yang berasal dari Muar, Johor. Sudahpun berkerjaya di tahun 2011 kini tapi rahsia la pulak.

(more…)

Jun
11th

BackLinkWatch.com: Melihat Back Link Blog

Files under Blogging, Tips | 18 Comments

Apa itu Back Link ???

Merujuk kepada Wikipedia

Backlinks are incoming links to a website or web page. Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today their significance lies in search engine optimization (SEO).

Maksudnya ???

Ringkasnya backlink adalah link blog kita yang ada disimpan atau diletakkan di blog orang lain. Contoh paling senang ialah link blog yang ada di blog AP ni di sebelah kanan anda, itulah back link untuk geng2 blog AP yang lain. Begitu juga blog AP yang ada di blog-blog lain. Itu Lah Backlink. Mudah kan…

(more…)

Jun
7th

BlackBerry PlayBook: Sebuah Tablet PC, Bukan Telefon Bimbit

Files under Technology, Video | 10 Comments

Research In Motion(RIM) telah memperlihatkan Tablet PC pertama mereka, BlackBerry PlayBook, kepada umum terutamanya golongan profesional yang inginkan peranti pada saiz kompak. BlackBerry PlayBook dianggarkan bernilai sekitar RM1,499 hingga RM2,099 mengikut kapasiti storan, iaitu 6GB, 32GB dan 64GB. PlayBook juga didatangkan dengan skrin sentuh 7 inci dan kamera berkembar definisi tinggi 5.0 mega piksel pada bahagian belakang dan 3.0 mega piksel di bahagian depan. BlackBerry PlayBook tidak menggunakan sistem operasi BlackBerry 6, sebaliknya menggunakan teknologi QNX Neutrino yang berkuasa tinggi sepadan dengan pemprosesan 1GHz yang dibekalkan.

(more…)

Jun
4th

BookCafe.com.my: Kedai Buku Online PTS

Kemudahan teknologi hari semakin memudahkan kehidupan manusia di seluruh dunia, hari ke hari ada sahaja pembaharuan yang dilakukan di internet demi memudahkan gaya kehidupan seharian kita. Kalau dulu tanpa internet, untuk membeli sesuatu kita perlu keluar rumah dan menhadapi kesesakan jalan raya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya teknologi internet. Kita boleh membeli secara online dan produk yang kita beli akan sampai ke rumah kita melalui pos. Salah satu produk yang dah lama menggunakan gaya pembelian ini ialah pembelian produk buku. Kali ini AP ingin review salah satu laman web jual buku secara online iaitu BookCafe.Com.My: Kedai Buku Online PTS .

(more…)