Jul
31st

Salam Ramadhan 2011 / 1432H

Files under Special, Video | 20 Comments

Esok 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H, insya allah kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat sekali lagi berpuasa di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. Setiap kali Ramadhan tiba, AP paling suka mendengar dan berkongsi lagu di atas, setiap tahun AP akan menghantar ucapan Salam Ramadhan kepada kawan-kawan  bersama lagu di atas kerana lagu diatas mendendangkan lirik yang penuh makna dan nasihat apabila mendengarnya.

Insya allah, sepanjang bulan Ramadhan ni AP akan cuba menguruskan masa antara masa kerja, masa peribadi dan masa blogging. Akibat tidak aktif blogging menyebabkan Page rank Blog ni telah jatuh daripada Page Rank 3 kepada Page Rank 2, sekejap je memegang title Page Rank 3. Akhir sekali AP  mengucapkan selamat berpuasa dan beramal ibadat di Bulan Ramadhan tahun ini, anggap tahun ini Ramadhan terakhir untuk kita. Insya Allah

AP: Sama-sama karaoke dengan lagu di atas :)

Jul
24th

Kali ke – 4 Tukar Ganti Modem AZTECH ADSL 1000w

Files under Technology | 13 Comments

Pada cuti Jumaat dan Sabtu minggu ni sekali lagi tidak terisi dengan perkara faedah. Pada awalnya AP nak kemaskini blog dan menulis beberapa draf, tapi sayangnya modem internet di rumah buat hal la plak. Seminggu lepas dah tukar dengan yang baru apabila adik AP komplen tidak bole WiFi akses. Bila je tukar selepas 2-3 hari pakai iaitu hari Khamis lepas, internet pulak terus tak boleh langsung. Haiyaaa… Mula-mula ingatkan takkanlah modem rosak lagi, baru je tukar yang baru. Hissshhh.. AP pun buat la report kepada TM. Tengahari kelmarin Technician TM datang dan periksa line kt rumah memang ok, test dgn modem TM yang diorang bawah pun ok. Memang sah modem AzTech ADSL 1000w rosak lagi walaupun selepas 5 hari je guna tukar kerana WiFi rosak.

(more…)

Jul
16th

Mencari Semangat Yang Hilang

Files under Personal | 12 Comments

Entah kenapa selepas AkTechPage.Com menyambut ulang tahun yang ke-5 hujung bulan lepas, AP merasa tak de semangat plak untuk kemaskini blog dan juga bekerja di pejabat. Dulu bersemangat je buat kerja dan update blog serta blogwalking. Sekarang ni plak sangatlah malas. Waktu 5 hari bekerja AP betul2 bekerja dari awal pagi sampai lewat malam bertungkus lumus nak siapkan projek sistem ni agar berjalan lancar, sapa kata kerja kerajaan relaks. Huhuhuhu penat2 kerja gomen ni terutama untuk projek perintis ICT di sesebuah agensi. Kita lah yang kena handle dari segi pengurusan dan teknikal sorang2. Masuk tahun ni adalah tahun ke-5 juga AP bekerja seorang diri lagi. Bila lah akan dapat pembantu. Tak tau la. Nasib badan.

(more…)

Jul
11th

DabbleBoard.Com: Whiteboard Online ???!!!

Files under Internet | 8 Comments

Penggunaan whiteboard online pada zaman serba pantas ini memang bertepatan pada masanya. Selain meningkatkan kreativiti, ia juga mampu menjanan produktiviti dengan memudahkan urusan kerja seperti perbincangan, pemerahan idea, visual, perkongsian fail serta banyak lagi.

Bayangkan semua kerja-kerja ini boleh dilakukan pada sekeping kanvas kosong (atau dalam hal ini sebuah skrin putih komputer). Anda memulakan sebuah idea secara spontan, melukis atau melakarkanya di talian, dan kemudian di sambung pula oleh rakan anda, semua dalam masa sebenar meskipun anda dan rakan berada di lokasi berbeza. Semua ini boleh dilakukan di DabbleBoard.Com .

(more…)

Jul
3rd

Selamat Ulang Tahun ke – 5 AkTechPage.Com

Alhamdulillah, pada 30 Jun 2011 lalu. AktechPage.Com telah mencapai usia 5 tahun online di dunia blog Malaysia. Tetapi sayangnya masa itu blog ini di suspended sekejap oleh pihak pembekal hosting dan domain kerana AP tidak membayar untuk tahun ni, pada 1 Julai 2011 baru dibayar selepas AP balik dari berkursus di Port Dickson. AP tiba di rumah pada malam 30 Jun 2011, jadi masa nak publishkan post  Pengkomen Terbanyak Bulanan tidak boleh pulak sebab tidak dapat akses. Jadi malam tu tak dapat lah tekan butang Publish :P . Nak tak nak tunggu esok hari 1 Julai 2011 lepas membuat pembayaran baru la dapat post, tetapi tak dapat jugak post kerana tak dapat screen shot pengkomen untuk bulan Jun 2011 :( .

(more…)