
Esok Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi, syukur ke hadrat ilahi kerana kita sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2011/ 1432H kali ini dalam suasana yang penuh harmoni dan makmur pada hari kemerdekaan negara kita ke -54. Hampir kesemua perantau pulang ke kampung masing-masing. Kelmarin pun kelihatan banyak kereta hebat dan besar belaka berada di perkarangan rumah-rumah kampung di kelantan ini menunjukkan anak-anak di perantauan sudah selamat tiba untuk menyambut aidilfitri bersama ibu bapa masing-masing.
Jadi di kesempatan ini, AP ingin mengucapkan kepada semua pelawat/pembaca AP dan rakan-rakan blogger sekalian yang merayakan Aidilfitri ini dengan ucapan :-
Ampun & Maaf Andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak terkena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena
ps: Tahun ni meraikan AP meraikan Aidilfitri dengan hati tidak tenang sebab tekanan kerja yang tidak berkesudahan di pejabat.
Posted by Akmal |
10 Comments »

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:
1.Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2.Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama.
(more…)
Posted by Akmal |
4 Comments »
ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak wat camne, FB kan laman sosial utama. Lepas tu barulah AP melayari blog-blog favourtite AP. Kali ini AP ingin berkongsi dengan pembaca blog 5 Blog ICT yang AP selalu singgah untuk mengetahui perkembangan dunia ICT sekitar kita. 5 pilihan blog ICT apa ialah:
1. Amanz.My

Tak perlu dipertikaikan lagi blog ni, , memang selalu dikemaskini dengan berita-berita ICT terkini tempatan. 5 bintang utk blog ini
.
2. SumberTerbuka.Net

Memandangkan AP kerja dalam kerajaan sekarang, dan kebanyakan agensi kerajaan lebih terarah kepada penggunaan Sumber Terbuka berbanding sumber berlesen. Jadi sekali sekala AP kena lah singgah kat blog yang memaparkan berita perihal teknologi sumber terbuka ni seperti linux dan lain-lain. Ap masih lagi dalam proses pembelajaran tentang perihal ini.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Kali ini AP berkongsi satu laman web yang mengumpul koleksi ucapan, temuramah dan artikel salah seorang pemimpin negara kita, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 Malaysia. Anda akan dapat mebaca hampir kesemua koleksi ucapan, temuramah dan artikel mengenai Dr. Mahathir di laman web Mahathir.Com , kesemua koleksi artikel & temuramah ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jadi jika anda ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang salah seorang pemimpin agung Malaysia ini, boleh la ke laman web Mahathir.Com .
AP: Kagum dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Malaysia sekarang.
Posted by Akmal |
5 Comments »

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AP ingin memperkenalkan 2 laman web yang sangat berguna untuk anda gunakan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu SahurBerbuka.Com dan TimeToBuka.Com . Kedua-dua laman web ini memaparkan waktu berbuka dan imsak mengikut lokasi. Ianya boleh di gunakan dalam peranti mobil seperti telefon pintar. Antara 2 laman web ini, AP hanya menggunakan web SahurBerbuka.Com sahaja kerana TimeToBuka.Com tidak dapat memaparkan waktu, asyik Getting Location aje
.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »