Setelah ACER mengeluarkan ACER Iconia Ta A500, dan SAMSUNG dengan Galaxy Tab 10.0, LENOVO juga tidak mahu ketinggalan dalam persaingan Tablet PC dunia dengan memperkenalkan tablet Android HoneyComb, iaitu LENOVO IdeaPad K1. Video di atas adalah review Tablet LENOVO IdeaPad K1, anda bole tonton video ini untuk melihat sendiri apakah kelebihan tablet PC ini daripada yang lain.
Tablet LENOVO IdeaPad K1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA Tegra 2 sepantas 1GHz, Android 3.1 Honeycomb, kamera belakang 5 mega piksel dan juga kamera hadapan 2 mega piksel untuk panggilan video.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :”Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :”Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku“..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):”Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Perjasa.Org.My adalah sebuah laman web untuk Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA), iaitu sebuah persatuan khas untuk penjawat awam yang memegang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) seperti AP. AP belum pun daftar lagi disebabkan kesibukan kerja yang amat sangat menyiapkan projek ICT kerajaan yang pertama . AP baru je menjadi PTM sejak Mei 2010 yang lalu dan masih lagi belajar selok belok bekerja sebagai PTM.
Di kesempatan ini sementara AP bercuti hari raya dan mempunyai masa untuk menulis di blog yang semakin sepi ini dek kerana kesibukan kerja-kerja di pejabat (Tension wooo keje ICT esp dalam bidang Gomen yg masih jauh ketinggalan berbanding swasta), jadi AP di sini ingin menyenarai kan 10 orang pengkomen terbanyak sejak Januari 2011 hinggalah Ogos 2011 yang telah banyak memberi komen yang bernas dan memeriahkan blog AP ini. Sebagai membalas jasa, 3 pengkomen terbanyak AP telah senaraikan di sebelah kanan blog ini dibahagian TOP BLOGGERS manakala yang lain AP senaraikan link di post ini sebagai memberi kredit . Insya Allah, jika tiada aral melintang AP akan senaraikan plak pengkomen terbanyak untuk SEPTEMBER 2011 plak bulan hadapan.
Kepada semua senarai pengkomen di atas, AP mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberi komen yang bernas dan idea di blog ini. Semoga budaya komen-mengkomen dan juga kunjung mengunjungi melalui blogging ini menjadikan kita kawan di alam realiti dan juga meluaskan network.
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.