Jul
30th

5 NetBook Pilihan aktechpage.com

Files under Laptop/Notebook, Technology | Posted by Akmal

Netbook atau laptop mini semakin diminati dikalangan pengguna yang inginkan mobiliti pengkomputeran yang mudah dan kompak. Pengguna kini lebih gemar membawa komputer bersaiz kecil untuk ke sana dan ke mari. Dengan itu netbook/laptop mini adalah pilihan yang sesuai di samping nampak lebih bergaya dan mudah digunakan. Apapun sebab, netbook/laptop mini adalah satu keperluan dan lebih menyerupai gajet kerana saiz dan keupayaannya tersendiri.

1. Acer Aspire One

Acer Aspire One memang menarik dari segi warna, terutama warna coklat keemasan atau maroon, nampak eksklusif. Ia dilengkapi WiFi 802.11 b/g yang ditambah dengan Acer Signal UP, bagi membantu anda cari signal wayarles lebih baik. Netbook ini juga tawarkan gabungan beberapa akaun email pada satu tempat, nenudahkan akses email anda di Yahoo!, GMail, Outlook, Hotmail dan sebagainya. Aspire One juga mempunyai pembaca kad 5-dalam-1, perisian antivirus tersedia dan simpanan boleh dibuat menerusi kad Flash 8GB atau HDD sehingga 120GB. Harga lebih kurang RM1399.00 :)

2. Asus EEE PC

Asus EEE PC versi awal (antara terawal yang boleh di lihat di pasaran) mempunyai beberapa kelemahan. Paling ketara adalah tempoh bateri. Dalam 2 jam penggunaan anda perlu cas semula. Ketahanan juga kurang jika dibandingkan dengan versi 901/1000. Versi 701 cepat panas, manakala versi baru 901/1000 boleh bertahan sehingga 7 jam, memori lebih luas dan mempunyai ciri tambahan seperti tahan impak (bagus untuk komputer mobiliti) dan tahan lasak. Jika anda ingin dapatkan EEE PC, belilah model terkini yang turut menawarkan resolusi kamera web lebih tinggi. Malah setelah dimodified, anda boleh jadikan EEE PC anda mempunyai skrin sentuh. Canggih!!! :P

3. Mini-Note HP

Boleh disifatkan sebagai komputer riba saiz kecil sebab pertama kali anda memegangnya, anda tak perasan yang anda sedang mengguna komputer kecil. Terdapat memori 80GB, kamera web, menjalankan Windows (ada juga pasang Vista), warna perak dan lebih lasak. Jika inginkan Netbook ‘ala-ala’ komputer riba, boleh dapatkan yang ini. Tetapi seperti mana Betbook lain, Mini-Note juga tidak mempunyai slot cakera optikal. Tetapi, anda boleh sahaja dapatkan cakera optikal luaran, kemudian guna juga di mana-mana PC. Settle problem!!

4. Lenovo IdeaPad S9/S10

Lenovo S9 dan Lenovo S10 mempunyai kemudahan untuk pengguna berhubung secara mudah dengan internet, emel, mendengar muzik dan menjalankan aplikasi asas lain. Ia bersaiz kira-kira satu inci dan berat cuma 0.9 kilogram. Ideapad S9 memnampilkan skrin 8.9 inci manakala S10 pula 10.2 inci. Ia boleh didapati dalam pilihan warna biru, merah jambu, merah, hitam, dan puih berkilat. Keyboardnya pula 85 peratus saiz keyboard biasa sementara skrin pula dilengkapi lampu belakang LED untuk paparan jelas dan tempoh bateri lebih lama. Antara ciri yang ditawarkan ialah Bluetooth (pilihan), slot kad ekspres dan pembaca kad 4-dalam-1 terbina. Harga bermula RM1,999(S10)
5. VIA OpenBook Mini-Note

VIA memperkenalkan OpenBook Mini-Note, komputer mini yang dilengkapi skrin WXGA 8.9 inci pada resolusi 1024×600. Ia turut disokong ciri hebat lain seperti pemproses VIA C7-M ULV, set chip Media Digital VIA VX800, kad grafik VIA Chrome9 DirectX 9.0 3D dan sehingga 2GB RAM serta 80GB HDD. Anda juga boleh memilih salah satu antara dua modul sambungan dalaman sama ada dengan bluetooth, WiFi, AGPS atau WiMAX, HSDPA, EVDO/W-CDMA. OpenBook turut menawarkan 3 port USB dan pembaca kad SD, SDIO, MMC serta kamera web 2 megapiksel, memang sesuai untuk mereka yang gemar komputer mini mudah alih pelbagai fungsi.

Related posts:

  1. Netbook Review: HP Mini 1001TU Laptop mini terbaru daripada HP ini menampilkan papan kekunci terbesar dalam kelasnya iaitu 92% daripada saiz sebenar, memudahkan anda menaip...
  2. eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia??? Ya, ini adalah netbook yang yermurah di dunia dengan harga yang sangat mengejutkan iaitu hanya USD$98 ataupun dalam mata wang...
  3. 6 Blog ICT Pilihan AkTechPage.Com ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak...


2 Responses to “5 NetBook Pilihan aktechpage.com”

  1. By palihapiz on Aug 2, 2009 | Reply

    lepas raya ni dapatlah aku sambar sebijik acer aspire mini.

    [Reply]

  2. By Akmal on Aug 2, 2009 | Reply

    heheheh….
    palihapiz….jenama acer adalah kegemaran saya…setakat ni 4 biji laptop Acer saya guna…
    Alhamdulillah…lasak dan murah.. :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge