Dunia internet semakin hari semakin berkembang, salah satu perkembangan yang mungkin anda sedari adalah lambakan produk digital yang di jual melalui internet di pasaran tempatan Malaysia. Apakah itu produk digital??? antara contoh produk digital ini ialah ebook, software, audio, video, kartun, potret dan macam-macam lagi yang boleh dibeli melalui internet dan yang pasti ia bukanlah berbentuk fizikal. Dalam post kali ini, aku ingin memperkatakan tentang tips-tips bagaimana membeli ebook atau bahasa melayu e-Buku (panggil je ebook). Dalam 3 tahun aku mengenali dunia pemasaran internet Malaysia ini sejak tahun 2006, jikalau x silap aku, ebook pertama yang aku beli ialah mengenai teknik panduan video marketing My #2 Secret oleh Saudara Syed Ikhwan yang berharga RM49 sahaja pada 26 Disember 2006 (Masih ingat lg tarikh sebab screen shot pembayaran Maybank2u masih lg disimpan).
eBook ini mendedahkan teknik menggunakan video marketing menggunakan laman web video seperti YouTube, Metacafe, Dailymotion DLL menarik trafik pelawat ke blog yang mempunyai iklan adsense. Sumber pendapatan adalah melalui Google Adsense. Alhamdulillah, teknik dan panduan yang ada dalam buku ini memberi pulangan beribu jugak lah dalam RM, kalo dalam Dolar Amerika beratus jugak lah, hehehe. Pada masa itu, teknik ini masih lagi baru dan tengah hangat. Dalam 1 hari paling tinggi aku dapat ialah USD$21. Sekarang ini teknik ini sudah tidak begitu efektif tetapi aku masih lagi menggunakan teknik ini apabila free time sambil2 layan video YouTube
kerana earning masih lagi masyukkkk walaupun sedikit.
Aisehhh… panjang sangat lah plak intro
, Ok. Berbalik kepada tajuk post ini, dalam 3 tahun ini aku ada la membeli lebih kurang 20 buah ebook kot. Daripada pengalaman aku, sebenarnya semua eBook mempunyai kebaikannya & kelebihan tersendiri, cuma yang menjadikan sesebuah eBook itu tidak berguna adalah bergantung kepada pembeli eBook itu sendiri. Kenapa? Kerana sesebuah eBook itu bukan hanya perlu dibaca sahaja, tetapi juga dipraktikkan agar apa yang dibaca itu boleh menjadi kenyataan. Di sini beberapa tips bagaimana untuk membeli sesebuah eBook berdasarkan sedikit pengalaman aku dalam pembelian ebook.
- Apakah Yang Anda Ingin Ketahui/Pelajari (Tips #1)
- Tentukan target atau objektif anda apakah yang ingin pelajari dan ketahui, contohnya anda ingin mempelajari bagaimana membina blog dot com yang menggunakan domain sendiri. Dari segi pengetahuan, katakan anda tidak ada asas langsung dalam membangun sebuah blog dot com. Oleh itu, ebook yang perlu anda beli ialah ebook yang mengajar teknik-teknik dan panduan asas bagaimana membina blog dot com. Ebook ini terbahagi kepada dua konsep iaitu teknik dan panduan. Panduan ini lebih terarah kepada nasihat atau bimbingan manakala teknik lebih fokus kepada tutorial sesuatu perkara. Kebanyakan eBook yang aku beli adalah lebih banyak kepada berbentuk teknik. Contoh eBook Panduan (Rahsia Kerja Kerajaan) dan eBook Tutorial (Panduan Asas Blog). Sesetengah ebook mempunyai kedua-dua konsep iaitu Panduan dan Teknik. jika anda membeli melalui link affiliate saya kedua2 eBook ini yang saya yakin kandungannya amatlah bernilai dan berguna, insya allah dapat support YM bersama saya
terutama untuk eBook konsep Teknik Panduan Asas Blog.
- Tentukan Bajet Anda (Tips #2)
- Ini tips yang penting sekali, duit wooo!!! sape nak buang duit senang-senang. Kalo xde bajet nanti tak bole beli eBook. Ebook ada pelbagai harga, ada yang mahal dan ada juga yang murah. Pasti di fikiran anda berbaloikah anda membeli ebook tersebut. Adakah anda akan dapat manfaat daripada eBook tersebut. Jangan salahkan penulis eBook tersebut jikalau anda tidak mendapat income beribu2 seperti yang dijanjikan, kerana 90% adalah salah pembeli itu sendiri yang tidak mempraktikkan tips #1 tadi. Style aku plak dalam membeli sesebuah eBook itu, aku bajet setiap 3 bulan aku akan membeli sebuah eBook yang berbentuk Panduan/Teknik. Sebelum membeli aku akan mempertimbangkan kesemua aspek dari segi objektif dan harga sesebuah eBook itu adakah berbaloi untuk dibeli, ini ambil masa dalam sebulan kot kecuali eBook yang aku percaya kepada kredibiliti seseorang penulis aku akan membeli terus kerana sudah ada contact dengannya (Sila lihat tips # 3) . Dalam masa 3 bulan itu aku akan membaca beberapa kali content dalam eBook tersebut dan cuba mempraktikkan teknik-teknik yang di pelajari secara slow and steady. Insya Allah dalam masa terdekat ini aku akan postkan Review salah satu eBook konsep Tutorial yang aku beli 3 bulan lepas, alhamdulillah sudah abis baca dan sudah mempraktikkanya. Cuma tunggu hasilnya, penulis eBook itu adalah orang senegeri dengan aku dan sangat low profile. Kesimpulannya, 3 bulan sekali keluarkan sedikit bajet untuk peroleh ilmu-ilmu melalui eBook yang anda pelajari dan ketahui
. Tetapi ingat, rezeki adalah kerja tuhan, kita sebagai manusia hanya boleh berusaha untuk mencari rezeki yang halal, penulis eBook hanyalah adalah seorang manusia yang ingin berkongsi ilmu yang ada padanya dan juga mencari rezeki melalui penjualan eBook (Samalah dengan cikgu Tuisyen untuk UPSR, PMR & SPM yang mengajar, tidak semua anak muridnya mendapat keputusan cemerlang).
- Kenali Penulis eBook (Tips #3)
- Apa yang unik apabila anda membeli eBook adalah anda akan dapat mengenali dan berkomunikasi secara langsung dengan penulis eBook itu sendiri samada melalui YM, e-mail, private forum, telefon, blog personal DLL. Jikalau anda membeli Buku secara konvesional, adakah anda dapat berkomunikasi dengan penulis itu sendiri? Kemungkinan itu ada tetapi sangat-sangat terhad. Tetapi dalam penjualan eBook, salah satu khidmat selain eBook yang di jual adalah kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan penulis itu sendiri untuk bertanyakan apakah yang anda tidak fahami dalam kandungan eBook itu. Selalunya dalam khidmat nasihat dan penerangan yang lebih jelas lagi. Anda juga boleh mengenali penulis eBook dahulu sebelum membeli eBook yang ditulisnya, anda boleh bertanyakan sesuatu dengannya melalui email atau YM yang boleh diperoleh melalui web jualan eBooknya. Stye aku plak selalunya mengenali penulis itu melalui forum terlebih dahulu. Selalunya forum yang menjadi lubuk penulis eBook sekarang ini adalah forum WangCyber.com (WC.com) dan aku selalu menjadikan forum komuniti ini sebagai salah satu platform sumber ilmu pengetahuan perniagaan internet.
- Bolehkah Aku Memahami Kandungan/Teknik Dalam eBook ini (Tips #4)
- Perkara ini berkait rapat dengan tips #1 dan Tips #3, iaitu apakah peringkat pengetahuan dalam sesuatu bidang dan keyakinan anda terhadap penulis ebook. Contohnya anda sudah mempunyai pengetahuan dalam pembinaan blog dot com dan sudah mempunyai blog dot com berserta dengan domain sendiri. Jadi pasti lah selepas ini anda ingin menjadikan blog anda itu mempunyai ramai pelawat (traffik) dan seterusnya akan dapat faedah daripada blog yang telah di dibangunkan. Jadi semestinya anda ingin mengetahui bagaimanakah cara-cara atau teknik untuk menjadikan blog anda popular. Oleh sebab itu eBook yang sesuai adalah eBook yang mengajar teknik SEO, cara tarik traffik, teknik pemasaran internet, video marketing DLL. Kesimpulannya, sebelum membeli eBook, pastikan apakah tahap pengetahuan anda dalam sesuatu perkara dan teliti satu persatu apakah kandungan eBook di web jualannya.
- Bantuan Sokongan (Tips #5)
- Selalu ebook yang dijual juga akan metawarkan perkhidmatan percuma iaitu Bantuan Sokongan oleh penulis itu sendiri agar pembeli dapat menguasai teknik atau panduan yang terkandungan dalam eBook dengan lebih cepat dan efektif. Selalunya bantuan sokongan ini berbentuk seperti mana dalam tips #3 (Kenali Penulis), tetapi 3 bentuk bantuan sokongan yang selalu digunakan oleh kebanyakan penulis eBook ialah YM, email dan Private Forum. Setiap jenis bantuan sokongan ini ada pro dan kontranya. Bagi anda yang ingin membeli eBook, pastikan eBook tersebut mempunyai salah satu daripada 3 jenis bantuan sokongan ini. Aku pulak lebih suka membeli eBook yang mempunyai bantuan sokongan YM dan Private Forum. Melalui YM, secara langsung pembeli boleh terus berkomunikasi dengan penulis malah mungkin boleh menjadi rakan karib jika kena pada caranya. Mana tau kan!!! Manakala bantuan sokongan private forum pulak anda boleh berdiskusi secara maya dengan penulis malah dengan pembeli-pembeli lain, ia seperti forum komunti WangCyber.com tetapi hanya utk ahli-ahli yang membeli sesebuah ebook itu sahaja. Contohnya Private Forum F2R, hanya untuk pembeli eBook F2R sahaja.
Aku rasa itu lah sahaja secebis perkongsian ilmu pengetahuan mengenai tips pembelian eBook di internet. Malahan eBook panduan untuk membeli eBook ini ada juga di pasaran internet, iaitu Panduan Beli eBook.
Akhir sekali, jika ada salah silap, harap dapat beri komen dan perbetulkan.
ps: fuhhh…2 minggu amik masa nak tulis artikel ini






