Mar
3rd

6 Tips Umum Guna Internet

Files under Tips | Posted by Akmal


Walaupun tajuk post entry kali ini umum sahaja, namun ada juga sesetengah orang yang agak keliru atau ‘tersesat’ di internet. Maklumlah dunia internet sangat luas , tidak tahu bagaimana nak menggunakannya secara optimum. Internet terdiri daripada himpunan laman-laman web yang mengandungi artikel, gambar, blog, komunikasi, forum dan banyak lagi. Jika anda ingin tahu tentang sejarah, ingin berhubung dengan individu lain, ingin menghasilkan diari peribadi dan ingin berniaga, semuanya di tawarkan secara online di internet.

Menggunakan internet adalah mudah jika tahu caranya. Bagi memastikan kegunaan dan pencarian anda lebih berkesan di internet, di sini di senaraikan 6 tip umum penggunaan internet.

1. Internet explorer vs Mozilla Firefox

Ini isu yang seringkali timbul. Nak guna Internet Explorer (IE) atau Mozilla Firefox (Firefox). Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Namun bagi mereka yang selalu menggunakan internet akan menyatakan Mozilla Firefox adalah lebih baik berbanding Internet Explore kerana menawarkan carian yang lebih pantas dan interface yang lebih friendly. Tetapi sekarang sudah banyak banyak browser yang boleh di gunakan selain daripada Internet Explorer dan Mozilla Firefox seperti Google Chrome, Safari dan Opera. Pilih je yang mana satu anda suka :) .

2. Enjin Carian

Terdapat banyak enjin carian tetapi yang paling popular semestinya ialah Google dan Yahoo!. Kedua-dua enjin carian ini menawarkan maklumat ke laman web yang anda cari melalui kata kunci (keyword) . Jika memngikut trend di internet sekarang,  carian Google adalah lebih meluas dan lebih tepat serta cepat berbanding Yahoo!. Namun enjin carian yang mana sekalipun yang anda gunakan akan memberi apa yang anda ingin cari jika kena pada caranya.

3. Mencari

Tips untuk mencari dengan lebih baik adalah memasukkan tanda ‘+’ atau ‘ “” ‘. Misalnya anda ingin cari lagu Beyonce, Hello. Taip Beyonce+Hello dan enjin carian akan menyenaraikan laman web berkaitan lebih pantas dan tepat. Jika anda ingin mencari sesuatu berdasarkan 1 perkataan yang ada di dalam mana-mana laman web, cuba guna ” “, contohnya “Apa itu negara Gabon“. Hasil carian yang keluar adalah laman web yang mempunyai perkataan “Apa itu negara Gabon”.

Untuk cari imej, adalah lebih mudah menggunakan butang imej yang disediakan. Hanya imej sahaja akan terpapar dan bukannya laman web.

Untuk mencari definisi atau makna di internet mudah sahaja. Taipkan define:perkataan  yang anda ingin cari. Contoh define:blog, maka akan keluarlah definisi makna yang berkaitan dengannya.

4. Bookmark

Bookmark pada bahagian menu Internet Explorer(IE) atau Mozilla Firefox itu banyak kegunaannya. Jika anda mempunyai laman web yang sering dilawati, dan akan lawati lagi, amat berminat dengan laman web tersebut. Adalah lebih baik anda simpan ke Bookmark (Firefox) atau Favourite(IE). Jika perlu, sila backup bookmark dan Favourite anda. Takut nanti hilang pulak laman web kesayangan anda.

5. History

Jika anda terlupa untuk menyimpan di Bookmark, anda masih boleh melihat laman web yang pernah dilawati di History. Klik pada pautan yang anda mahu daripada senarai History. Satu tip untuk keselamatan ialah sila padam atau Delete pautan ke laman web penting atau peribadi di bahagian History. Ini bagi mengelak orang lain mengaksesnya, Mana tahu anda membenarkan komputer simpan kata laluan, senang-senang je maklumat anda digunakan.

6. Jangan klik sesuka hati

Seperti sedia maklum, klik sesuka hati di internet boleh menyebabkan kemusnahan yang ‘menyakitkan’ . Anda boleh terkena serangan Spam, Malware atau Virus yang di muat turun ke komputer anda secara automatik dan sebagainya. Jadi elakkan klik sesuka hati. Jika ada keluar pop up, sila guna pintasan Alt+F4 untuk menutupnya.

Itulah sahaja 6 tips umum dan ringkas dalam penggunaan internet.


11 Responses to “6 Tips Umum Guna Internet”

  1. By hafizmd on Mar 4, 2010 | Reply

    Memang tip bagus nie..yg no 6 tu kenkadang terklik..sbb tgh tunggu load tu..main tekan2 sebab lambat..sekali sudah terklik..adeh..

    [Reply]

    Akmal Reply:

    TQVM bro…tips2 umum je ni..

    Biasalah tu…kalo lama sgt tunggu..mesti terklik punya..

    [Reply]

  2. By lazaac on Mar 5, 2010 | Reply

    haha, mmg no 6 tu paling bahaya… kalo sekali terkena, jawabnya bye2… format baru… kekeke…
    lazaac´s last blog ..Selamat Tinggal DISQUS COMMENTS. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu…jd berhati2 lah di internet

    [Reply]

  3. By mancai on Mar 5, 2010 | Reply

    huhuhu memang betul2 umum… semua diatas aku penah tau cuma lama tak guna sebab… aku lupa… tq banyak2 remindkan otak aku ni balik…
    mancai´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Sama2 bro…biasalah….Melayu mudah lupa :P

    [Reply]

  4. By JHafiz on Mar 13, 2010 | Reply

    GOOGLE lagi tepat dan meluas??? betul ke fakta ni bro? nak pastikan. mane tahu ni eh?

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Ramai pendapat pakar2 internet menyatakan carian Google lebih meluas berbanding Yahoo!…banyak sumber2 di internet ni..cuba taip keyword Google vs Yahoo…mesti byk keluar fakta2 berkenaan ini.

    [Reply]

  5. By bdk_SkemA on Mar 18, 2010 | Reply

    ha ah bgus tip2 ny…ada lagi tip2 yg pnting…
    bdk_SkemA´s last blog ..Tukar Latar Belakang ‘Logon’ Windows 7 Anda Dengan TweakLogon My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @bdk_SkemA,

    Insya Allah, tips2 yg baik punya akan datang :D

    [Reply]

  6. By sangilapi on May 9, 2010 | Reply

    kalau baca macam perkara remeh tetapi sebenarnya cukup membantu :)
    sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku My ComLuv Profile

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled