Acer merupakan antara pengeluar laptop utama di Malaysia dan telah menghasilkan beberapa laptop yang berkualiti dan berkuasa serta memenuhi pelbagai kehendak pengguna tempatan. Kali ini Acer telah mengeluarkan versi terbaru dari keluaraga Timeline yang mempunyai ketipisan kira-kira 1 inci sahaja bersama-sama ciri-ciri mewah. Model tersebut ialah Acer 3810T iaitu model pertama daripada dua model versi Timeline yang dikeluarkan oleh Acer. Model yang satu lagi adalah Acer 4810T dengan skrin 14 inci manakala model 3810T dengan skrin 13.3 inci.
Acer 3810T dilengkapi dengan Windows Vista Home Premium yang dikuasai oleh pemproses Intel Core 2 Duo SU9400 (3MB L2 Cache, 1.4GHz, 800MHz FSB, 10W) dan di sokong oleh Intel Graphics Media Accelerator 4500MHD (Intel GMA 4500MHD) sehingga 732MB memori. Memori RAM adalah 2GB DDR3 dan 500GB cakera keras.
Antara ciri menarik model laptop ini ialah skrin 13.3 inci yang dilengkapi Acer CineCrystal LED LCD dengan resolusi 1366×768 pixel dan nisbah aspk 16:9HD. Ia memberi ketinggian penjelasan gambar dan imej adalah antara yang terbaik . Manakala capaian wayarles mudah diakses pada sebarang rangkaian malah 3180T lebih sensitif dengan WiFi yang ada.
Acer 3180T mempunyai kuasa bateri yang kuat dan mampu bertahan sehingga 8 jam dengan penggunaan ciri-ciri penjimatan tenaga di mana sistem lebih cekap, ringan dan mesra alam. Acer 3180T menggunakan adapter PowerSmart yang menjimatkan tenaga. Ia juga menggunakan teknologi Acer Comfy Touch iaitu teknologi penyejukan Intel Laminar Wall Jet yang mana memberikan suhu 5 celcius lebih sejuk.
Walaupun Acer 3180T kelihatan hampir 99% sempurna tetapi ketiadaan pemacu DVD-ROM dan DVD+RW bersama 3180T yang mungkin untuk mengekalkan ketipisannya agak mengecewakan. Anda perlu menggunakan pemacu luaran DVD+RW bagi memudahkan anda memasang sebarang perisian yang anda mahu. Namun secara peribadi Acer Timeline 3810T adalah sebuah komputer yang memuaskan dan boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
Maklumat Lanjut ==> Acer Malaysia 3180T
Related posts:
- Acer Iconia Tab A500: Tablet PC dari Acer Jenama ACER adalah salah satu produk teknologi yang AP gemari kerana dari segi kos pembeliannya yang murah dan berkualiti. AP...
- Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan...
- 5 NetBook Pilihan aktechpage.com Netbook atau laptop mini semakin diminati dikalangan pengguna yang inginkan mobiliti pengkomputeran yang mudah dan kompak. Pengguna kini lebih gemar...
- MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain...
- Netbook Review: HP Mini 1001TU Laptop mini terbaru daripada HP ini menampilkan papan kekunci terbesar dalam kelasnya iaitu 92% daripada saiz sebenar, memudahkan anda menaip...










By syukran on Feb 18, 2010 | Reply
akmal ko pakai laptop jenis apa? Ke pakai PC ?
Akunyer CQ40 jer…compaq..
[Reply]
Akmal Reply:
February 19th, 2010 at 8:06 am
Aku pkai laptop antik je…Acer Aspire 5040…model 3 thn lalu…
[Reply]
By titan on Feb 20, 2010 | Reply
em..8 jam. kira lama jugak tuh..
.-= titan´s last blog ..Komisen ke 44 dari TNX =-.
[Reply]
Akmal Reply:
February 20th, 2010 at 3:00 am
Yup…lama juga…tp lama2 akan berkurangan juga masanya
[Reply]
By miziology on Mar 1, 2010 | Reply
peminat acer ker? hehe nice review..
bro bila nk tukar laptop baru ni?
[Reply]
Akmal Reply:
March 2nd, 2010 at 2:11 am
Peminat jugaklah…sbb setakat ni dah 4 biji laptop Acer pakai sejak abis sekolah dulu lg…
Laptop baru hujung tahun ni kot…insya allah…
[Reply]