Feb
10th

Adsense USD550: Income Kali ke-4

Files under Internet Money | Posted by Akmal

Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu Google Adsense. Meh aku terangkan sedikit, Google Adsense atau lebih dikenali Adsense sahaja adalah satu sistem pengiklanan untuk website/blogger owner seluruh dunia yang disediakan oleh Google Inc. Hampir 90% laman web diseluruh dunia mempunyai Google Adsense walaupun hanya 1 iklan Adsense sahaja. Begitu kuat sekali pengaruh Adsense dalam dunia internet di seluruh dunia. Aku mula mengenali Adsense pada akhir tahun 2006, ketika mengikuti seminar perniagaan internet 3dalam1 yang dianjurkan oleh Saudara Osman Affan. Di seminar itu juga aku bertemu Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia), orangnya kecil molek. Pemalu jugak orangnya masa itu. Selepas itu aku pun mulalah daftar Google Adsense dan letak kod iklan didalam website aku www.aktechpage.com yang dibangunkan dengan CMS Joomla pada ketika itu. Masa ini aku masih lagi peringkat awal belajar perniagaan internet dan Adsense earning tidak begitu memberangsangkan.

Kemudian aku mengenali seorang sifu Adsense yang terhangat pada tahun 2007/08 dengan teknik pemasaran yang menakjub. Sifu Adsense pertama aku ialah saudara Syed Ikhwan, aku membeli 2 ebook dengannya dan dia ajar aku satu persatu bagaimana untuk meningkatkan adsense earning. Teknik pemasaran tersebut ialah Rekabentuk Adsense di Blog dan teknik video marketing. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dprdnya, pada pertengahan 2007 hingga awal 2008 pendapatan Adsense aku meningkat dengan setiap hari aku mendapat lebih kurang USD4-USD3. Jumlah yang tertinggi dalam sehari ialah USD21. Sebanyak 3 kali aku mendapat cek google adsense dengan menggunakan teknik video marketing yang diajar oleh saudara Syed Ikhwan. Terima kasih Syed.

Cek Pertama(May 2007)          = USD128
Cek Ke- 2        (Sept 2007)        = USD297
Cek Ke-3          (Jan 2008  )       = USD488
Jumlah                                             = USD913

Jumlah dalam RM = USD913*3.3(Gunakan nilai tukar matawang masa kini)
= RM3012

Ps: Cek Adsense yg ke-3 scan hilang masa laptop kena virus hujung tahun lepas.

Inilah kaedah pendapatan pertama aku melalui internet dalam tempoh pertengahan 2007 hingga awal 2008. Selepas hampir setahun peram Adsense, sekarang aku sedang menunggu cek kali ke-4 iaitu bila cukup earning aku USD550. Setakat hari ini, jumlah earning aku adalah seperti gambar diatas sekali, USD547.61. Lagi USD3 untuk cukup USD550, aku akan release cek untuk dihantar ke rumah. Sebulan jugaklah nak sampai cek dari California(USA)/Switzerland. Tapi buat masa sekarang sejak dari Ogos 2008 hingga sekarang, earning Adsense aku semakin jatuh dari sehari ke sehari walaupun masih lagi menggunakan teknik Video Marketing, ini mungkin kerana blog Adsense aku sudah tidak menarik. Insya Allah aku akan menjalankan CSI (Computer Scene Investigation) bagaimana untuk meningkatkan earning adsense kembali. Januari 2009 Adsense aku hanya dapat earning USD1.49 sahaja, huyooo susah la ni macam, mau 3 bulan lg la nak cukup USD550. huhuhuhuhu…

Setakat inilah cerita pengalaman aku dalam buat duit melalui internet dalam bidang Adsense. Lain kali aku akan cerita lagi bagaimana mencari duit melalui internet dengan ilmu yang tidak seberapa di dada. Insya Allah.

Related posts:

  1. Akhirnya Adsense Aku USD550.60 Selepas 14 hari aku post tentang Adsense USD550: Income Kali Ke-4, malam tadi aku telah cek dalam akaun Adsense, jumlahnya...
  2. Cek Adsense Ke – 4: USD551.61 Akhirnya setelah 1 bulan menunggu kedatangan cek adsense aku kali ke-4,ahirnya pada 23 April lepas, aku dapat jugak cek yang...
  3. Cara Tunaikan Adsense Melalui Western Union Salam eBiz semua, Memandangkan aku tak pandai mcm mana nak tunaikan adsense melalui Western Union yang terbukti lebih cepat dan...
  4. Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali Ke-2 Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog...
  5. Pertama Kali Kena Tag. TQVM Miziology Memandangkan kebelakangan ini agak sibuk sikit dengan kerja-kerja teknikal di pejabat. Jadi idea untuk post entry di blog ini agak...


16 Responses to “Adsense USD550: Income Kali ke-4”

  1. By Shaffik on Feb 10, 2009 | Reply

    Semangat bro tgk income ko kat adsense..pakai blog english ke melayu?

    [Reply]

  2. By Akmal on Feb 11, 2009 | Reply

    Shaffik,
    Adsense aku pakai blog english…
    Tp skrg susahla….1 hari 1 sen je…
    huhuhuu…
    USD547 ni yg aku peram sejak 1 tahun lalu…

    [Reply]

  3. By Syed Ikhwan on Feb 12, 2009 | Reply

    Uiks, terima kasih for the credit. Apa yang rahsianya di sini adalah focus kan? Hehehehe… Semoga lebih berjaya dalam adsense! Much better than me. :)

    Syed Ikhwan

    [Reply]

  4. By hafiz zawawi on Feb 12, 2009 | Reply

    tahniah bro.

    [Reply]

  5. By Nuraishah on Feb 12, 2009 | Reply

    Boleh tahan income tu bro…tapi nape mesti guna cek,kan lambat..lebih baik guna western union,sepantas kilat boleh dapat duit…hu..huu..Pendapat aku bro..tak perlu hold payment tu sampai banyak2,kalau nasib tak baik akaun kena bend,putih mata…rugi woooo…

    [Reply]

  6. By Akmal on Feb 13, 2009 | Reply

    Syed,Rahsia disini adalah fokus…jangan nak buat semua sekaligus, 1 by 1, bila adsense dh ok, kemudian fokus pd affiliate plak dlm CJ/CB.

    Hafiz,
    TQ, biasa2 aje…awk pun bole wat jgk..

    Nuraishah,
    TQ, guna cek, biarpun lambat, nnt duit lambat ckit abis guna..heheheh…jimat cermat…

    [Reply]

  7. By azim87 on Feb 14, 2009 | Reply

    Tahniah bro..saya pn wat adsense gak..tp earning tak brape nak menarik mcm bro punye.sifu syed ada jual ebook ke?nak blaja la.

    [Reply]

  8. By Akmal on Feb 16, 2009 | Reply

    Azim, try demo tanya Sifu Syed dia ada jual ebook lg ke pasal adsense…cuba pergi ke blog dia. http://www.syed-ikhwan.com

    [Reply]

  9. By pedagangIT on Feb 18, 2009 | Reply

    tahniah.. income makin naik..
    memang ramai tau adsense boleh buat duit… tapi caranak dapat income tu yang buat orang kita x panai… TQ tip yang sangat bagus

    [Reply]

  10. By nuaeman on Feb 19, 2009 | Reply

    Tahniah.. kalau betul-betul buat insya_Allah berhasil punya..

    [Reply]

  11. By Akmal on Mar 9, 2009 | Reply

    Tq nueman & pedagangIT :)

    [Reply]

  12. By wan on Nov 3, 2010 | Reply

    salam,saya pun berminat jugak nak cari pendapatan dengan adsense ni tapi tak pandai.adsense saya dah lama approved tapi sampai sekarang belum ada orang klik(dalam blog saya).camne nak buat supaya orang klik adsense saya ni?harap saudara sudi membantu.
    saya pun tinggal di kota bharu jugak.
    demo dok area mano??

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @wan,

    Adsense skrg semakin susah nak earning money skrg, x mcm dulu. Kalau nak dapat klik, kebiasannya blog yg mengandungi adsense perlu mempunyai content yg niche dan trafik yg tinggi…

    Benda ini kena amik masa utk belajar dan juga mesti mempunyai minat yg tinggi, bukan hanya setakat hangat2 taik ayam sahaja… :D

    [Reply]

  13. By janny on Mar 22, 2011 | Reply

    saya sangat berminat adsense…tapi da 1bulan sy ada akaun adsense..tapi erning dia masih lg 0.12…..adui….ini yg sy putus asa ni….so kwn2..ada tips2 ka?….. http://travel-insurance-for-backpackers.blogspot.com/……http://kotakinabaluresorts.blogspot.com/
    janny´s last [type] ..Saving Your Holiday with Travel Insurance

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @janny,

    Aku pun ambik masa lebih kurang setahun masa tahun 2006 dulu.. skrg ni adsense semakin susah utk earning krn banyak teknik2 menipu.. perlu menggunakan teknik SEO paling kure skrg ni, lambat tp selamat…

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 5, 2010: aktechpage.com » Akhirnya Adsense Aku USD550.60

Post a Comment

CommentLuv badge