Alhamdulillah, selepas 6 hari down, hari ini blog aktechpage.com kembali pulih online seperti biasa. Nasib baik ada data backup. Cuma hanya 1 post article sahaja yang hilang iaitu Teori McClelland. Ini kali ke-2 dalam sejarah blog aktechpage.com, blog peribadi aku dan tempat aku mengisi masa lapang menulis dan berkongsi pelbagai informasi telah down selama lebih kurang 6 hari sejak awal pagi 26 Mac 2010. Kali pertama ialah pada hujung tahun 2008 iaitu tahun aku malas nak berblog
, boleh rujuk post Welcome to new aktechpage.com .Ini kali ke-3 tak silap aku down dalam masa 2 bulan, selalunya down dalam masa 1 hari je. Apabila aku ke laman 24/7 Support Online di laman web rasmi hosting provider untuk cek status akaun aku kenapa masih lagi down, nampaknya masalah yang sama berlaku lagi iaitu maintenance Intel Modular Server Migration akibat masalah RAID di 4 buah server. Proses ini mengambil masa lebih kurang 24 jam, sabor je la. Aku pun tunggulah sehingga proses ini siap. Dalam masa yang sama aku juga turut menghantar support ticket untuk bertanya khabar mengenai akaun hosting aku dan tidak sampai 2 jam support staff diorang balas memberitahu berkenaan masalah yang di hadapi.
Rupa-rupanya proses Intel Modular Server Migration ini juga tidak berjaya, pihak hosting provider terpaksa melakukan RAID Rebuilding Maintenance for Intel Modular Server pulak. Proses ini mengambil masa lebih kurang 24 jam jugak dan client akan ditunjukkan kemaskini proses ini di setiap server melalui laman 24/7 Support Online. tetapi apabila tahap proses capai 95%, prosesnya terhenti untuk masa yang agak lama. Tanya sekali lagi kenapa terhenti, support hosting mengatakan bahawa hard disk server yang digunakan memang sudah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi. Nak tak nak terpaksalah tukar ke hard disk server baru. Server yang bermasalah ini sudah tidak boleh digunakan lagi.
Nasib baiklah aku buat last backup untuk MySQL database dan theme pada 20 Mac 2010 yang disimpan di laptop. Jadi untuk pertama kali aku buat restoration di blog aktechpage.com ini. Semasa proses restoration ada menghadapi beberapa masalah, tetapi dapat di selesaikan. Cuma masalah plugin sahaja yang mengambil masa lama sedikit untuk setting balik.
Aku harap ini adalah masalah terakhir server down di akaun hosting aku. Lagipun pihak hosting provider memberi jaminan bahawa masalah ini telah di selesaikan permanently. Aku harap apa yang diorang beritahu itu betul. Hosting provider ini aku telah guna sejak tahun 2006 lagi, walaupun harga hosting tidaklah begitu murah dan juga tidak begitu mahal, kira berpatutan la. Tetapi khidmat supportnya memang sungguh tip top, setiap support ticket yang dihantar akan di balas kurang daripada 2 jam. Jadi, untuk sementara waktu ini aku akan menggunakan khidmat hosting provider ini selagi servis sokongan yang diberi relevan dan tip top.
Lagipun, aku dapat ganti rugi iaitu PERCUMA melanjutkan tempoh penggunaan bayaran akaun hosting untuk 3 bulan daripada setahun, kira 15 bulan la daripada 12 bulan bayaran tahunan yang sepatutnya. Sayang jugak untuk bertukar ke hosting provider yang baru terutamanya yang kita belum kenali tahap servisnya macam mana. Lagipun aku ni jenis seorang yang SETIA. Hehehe….bila aku dah sayang sesuatu tu, agak sukar untuk dilepaskan. Tapi tengoklah macam mana khidmat hosting ini hingga hujung tahun. Kalo masih bermasalah lagi, terpaksalah aku tukar kepada yang lain.
Kesimpulannya apa yang penting sekali, setiap blog dan website perlu membuat backup samada setiap hari, seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali. Sebulan sekali tu boleh juga tetapi kalo apa-apa masalah yang berlaku. Anda akan menghadapi banyak kehilangan data-data. Membuat backup tak adalah susah sangat pun, cuma mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja. Banyak cara membuat proses backup ini antaranya ialah menggunakan Tools sedia ada di WordPress ataupun melalui PhpAdmin.
ps: cuma ada beberapa setting lagi yang perlu dilakukan untuk kembali pulih sepenuhnya.
Related posts:
- aktechpage.com di rumah baru: KLServer.biz Huh agak lama juga tak buat post ni, ade lah dekat 13 hari (Dekat 2 minggu tu!!!). Terima kasih kepada...
- Welcome To New AktechPage.Com Setelah hampir 3 bulan aktechpage.com menghadapi masalah hosting. Akhirnya hari ini dapat juga dipulihkan setelah hampir sebulan bertungkus lumus merancang,...
- Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpage.com Hari ni tanggal 30 Jun 2010, genaplah blog aktechpage.com ini berusia 4 tahun. Pada tarikh ini lah aku membeli domain...
- Kembali Dari Bercuti Offline Nampaknya aku betul-betul lama bercuti, sebenarnya agak sukar untuk aku menulis sejak kembali dari kursus pada tempoh hari. Ini kerana...
- Selamat Ulang Tahun ke – 5 AkTechPage.Com Alhamdulillah, pada 30 Jun 2011 lalu. AktechPage.Com telah mencapai usia 5 tahun online di dunia blog Malaysia. Tetapi sayangnya masa...











By hafizmd on Apr 1, 2010 | Reply
wah..lame tuh bro..harap2 ok la lepas nie..baru berdesup berblogging..hehe
[Reply]
Akmal Reply:
April 2nd, 2010 at 2:49 pm
@hafizmd,
Salah 1 dugaan blogging, sabor je ler…
[Reply]
By mancai on Apr 2, 2010 | Reply
peh… tahniah! akhirnya… lama jugak aku refresh baru ari ni ada… ya betul bab membackup tu memang perlu… aku teramatlah sibuknya backup aku tranfer terus melalui email… tapi untuk wp content still manual… semoga pas ni sentiasa ok hosting ko ni…
.-= mancai´s last blog ..Apa yang dikenali sebagai “Paradigma” =-.
[Reply]
Akmal Reply:
April 3rd, 2010 at 3:10 am
@mancai,
Terima kasih sahabat
Harap2 lepas ni xde masalah dah…
[Reply]
By azizan4444 on Apr 3, 2010 | Reply
lps ni ley la blogging dgn aman skit kn..hehe…
.-= azizan4444´s last blog ..Trend Percakapan Masa Kini Versi Cerdik Pandai =-.
[Reply]
Akmal Reply:
April 3rd, 2010 at 2:26 pm
@azizan4444,
Harap2 begitulah… ameennn…
[Reply]
By Johan on Apr 8, 2010 | Reply
Tahniah cz berjaya re-online ur blog..
.-= Johan´s last blog ..How to open multiple Yahoo Messenger on single machine =-.
[Reply]
Akmal Reply:
April 8th, 2010 at 8:11 pm
@Johan,
Terima Kasih Bro
[Reply]
By miziology on Apr 9, 2010 | Reply
Padan la aku xdpt masuk blog bro hehe..
Backup tu penting bro kalu xde backup huhu letih nak mula balik.
.-= miziology´s last blog ..PR Update dan Perkembangan Terkini MizhaClan =-.
[Reply]
Akmal Reply:
April 9th, 2010 at 8:37 pm
@miziology,
Begitulah citernya…backup mmg sangat2 penting bro…aku pernah menghadapi mcm ni dan start drpd zero pada awal tahun 2009…sejarah x mgkn berulang lg…hohoho
[Reply]
By lazaac on Apr 11, 2010 | Reply
nak tanya ckit, bro pakai web hosting apa skrg..?
.-= lazaac´s last blog ..Kisah Terbaru Rawanaz! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
April 11th, 2010 at 5:51 am
@lazaac,
Aku pakai hosting http://www.netonboard.com/
[Reply]
By sangilapi on May 1, 2010 | Reply
perghhh….boleh sawan kalau kena macam ni
…tapi pihak penyedia hosting pandai pulak memujuk tu 
.-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 2nd, 2010 at 2:51 pm
@sangilapi,
Tu la pasal, mmh demam la kalo hosting down…
[Reply]