Setelah hampir 3 bulan aktechpage.com menghadapi masalah hosting. Akhirnya hari ini dapat juga dipulihkan setelah hampir sebulan bertungkus lumus merancang, testing, backup content aktechpage.com yang lama, dan study tentang wordpress, wamp server dan lain-lain yang berkenaan pembangunan blog@website. Jika dulu aktechpage.com dibangunkan dengan Joomla, tapi kali ini aktechpage.com dibangunkan dengan tool blogging yg paling popular di dunia iaitu wordpress 2.7. Ini disebabkan Joomla agak sukar untuk maintenance dan terlalu besar aplikasinya, tetapi Joomla amat sesuai untuk hosting yang mempunyai kapasiti besar dan juga untuk website syarikat korporat atau perniagaan.
Manakala wordpress amat sesuai untuk blogging atau diuruskan oleh seorang individu. Lagipun aku lihat ramai Internet Marketer tempatan menggunakan wordpress sebagai tool blogging diorang. Seperti kata Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi, jika tiada produk yang ingin dijual, jual sahaja produk yang telah ada di pasaran, lama-kelamaan akan menjadikan kita kebiasaan dan idea kreatif itu akan datang dengan sendirinya. Oleh itu, mulai tahun baru ini, 2009 aku akan aktif kembali dalam dunia blogging terutama dalam dunia teknologi maklumat dan perniagaan internet (Jana Duit Daripada internet). Insya Allah.
Related posts:
- Quote : Learn, Unlearn & RelearnAfter my website in version Joomla suspended by hosting server cause by violation of AUP and Term Of Service for 3 Months. On the 2nd January 2009 I’ve upload a new version of my website/Blog. Hmmm… Let call it blog, cause wordpress is a blogging tool, Joomla more suitable for dynamic website. This time I [...]...
- Salam Aidilfitri 1430/2009, Maaf Zahir Batin Esok, 1 Syawal 1430 tiba menandakan semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri 1430/2009. Di kesempatan ini aktechpage.com ingin mengucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf zahir & batin kepada pengunjung blog ini jika ada post-post yang menyinggung perasaan secara x sengaja ataupun disengajakan yang tidak disedari. Kepada perantauan yang akan pulang ke [...]...





By sharimi
on Jan 27, 2009 | Reply
samalah kita menggunakan wordpress………….
[Reply]
By Akmal
on Jan 28, 2009 | Reply
Tq Mi…bilo nk jupo?? lamo doh x jupo demo…
[Reply]