Adakah aku seorang blogger yang terdesak?? Terdesak macam mana tu… hmmmmm… adalah jugak… Terdesak dari segi monetize blogging . Hasil dari blogging tidak begitu membuahkan hasil sangat. Sekarang ni aku berblogging sekadar mengisi masa lapang, menambah pengetahuan dan juga menambah kenalan baru. Alhamdulillah sudah cukup berjaya, tetapi dari segi monetize blogging. Aku belum mencipta apa-apa lagi kejayaan. Selepas 3 bulan lebih aku menyertai Seminar Blogging di JB, nampaknya masa tidak begitu sesuai lagi untuk aku fokus kerana sedang sibuk dalam proses transformasi kerjaya dari swasta kepada kerajaan (Alahhh.. Alasan je tu
).
Antara Blogging & Kerjaya??
Ada orang kata kerja kerajaan ni relax berbanding kerja swasta, bagi aku sama sahaja berdasarkan pengalaman aku kerja swasta selama hampir 5 tahun sudah. Malahan kerja kerajaan ini lebih banyak protokol dan prosedur kerjanya berbanding swasta yang mana asalkan kerja bereh sudah. Kerajaan tidak, banyak songehnya antaranya seperti protokol dan prosedur kerja perlu ada terutamanya yang membabitkan kertas kerja, proposal, meeting, dokumentasi, mesyuarat, Ahli jawatankuasa, perlaksanaan kerja dan juga kerja-kerja lain selain daripada ICT. Penjawat awam sekarang contohnya pegawai ICT tidak semestinya bekerja dalam ICT sahaja, malahan perlu ada kemahiran bekerja dari segi kepimpinan, pengurusan anak buah, pengurusan pejabat, pengurusan majlis, audit dan lain-lain.
Mungkin dalam bidang ICT kerjanya tidak begitu relax sangat tambah-tambah untuk projek ICT yang baru seperti yang aku lalui sekarang ini. Aku sorang-sorang je dalam Unit ICT di sebuah agensi di sebuah kampung di Kelantan. Agensi lain ada lah juga Penolong Pegawai ataupun Juruteknik, ni aku sorang-sorang je jaga unit ICT dari peringkat bawah hinggalah atasan. Cobaaannnn….
Walaubagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana sekali lagi menjadi perintis ICT tapi kali ini untuk Projek ICT Kerajaan Persekutuan di negeri sendiri selepas berjaya 3 tahun lebih menjadi perintis ICT di sebuah syarikat akhbar swasta yang telahpun mempunyai pasaran di seluruh semenanjung Malaysia dengan membawa moto telus & neutral. Walaubagaimanapun cabaran kerja di sektor kerajaan lebih mencabar daripada yang dahulu kerana bila-bila masa agensi kerajaan lain seperti Jabatan Audit Negara atau MAMPU akan datang memeriksa secara mengejut proses kerja yang sedang aku lakukan sekarang ini. Menurut penjawat awam lama, kerja kerajaan zaman Dato’ Sri Najib lebih ketat berbanding kerja kerajaan zaman Pak Lah dan juga Tun Dr. Mahathir, ini mungkin kerana keadaan politik semasa. Apepun aku akan memberi khidmat yang terbaik untuk negara
.
Jadi antara blogging dan kerjaya? Aku perlu mengutamakan kerjaya dahulu kerana ia merupakan satu amanah yang besar untukku. Buat masa sekarang ni blogging adalah sebagai hobi di masa lapang. Insya Allah, jika ada rezeki melalui blogging tu adalah. Apabila kerjaya aku mula kembali stabil dan projek ICT ini berjalan lancar, mungkin aku akan boleh kembali fokus kepada blogging. Lagipun projek ICT ni baru bermula pada Bulan OGOS 2010 ini, selalunya sistem yang baru mengambil masa dalam tempoh masa 1-2 tahun untuk mencapai kestabilan termasuk dengan latihan kepada pengguna sistem.
Laptop ACER 5040 Kesayangan Ku Rosak
Semasa aku pulang ke Kelantan pada akhir Julai 2010 untuk memulakan tugas baru di sini selepas 2 bulan menjalani training dan kursus di Kuala Lumpur. 2 biji laptop ku iaitu laptop office dan personal aku telah di serang oleh Trojan Virus akibat banyak sangat main cucuk2 thumbdrive masa kursus tempohari, virus ini menyebabkan beberapa aplikasi tidak boleh dibuka termasuklah Mozilla Firefox, salah 1 sumber internet aku yg paling penting. Ade la jugak dalam tempoh seminggu try troubleshoot kedua-dua laptop tersebut, dan akhirnya aku format laptop personal aku drive C sahaja dimana menggunakan OS Win XP. Manakala ofis laptop ku pulak aku guna Recovery yang sedia ada di mana menggunakan OS Win Vista Business.
Selepas elok je seminggu menggunakan laptop personal dan semangat blogging & pengaktifan diri di dunia internet semakin pulih selepas 2 bulan berada di perantauan dalam keadaan tidak selesa. 2 hari lepas tetiba laptop personal aku mati dan tidak boleh di ON. Bila cek je, LED Adapter akan berkelip-kelip apabila di sambung di port power di laptop tersebut dan apabila port power di cabut daripada sambungan adapter, lampu LED adapter kembali nyala normal. Menurut beberapa rakan aku yang bekerja dalam bidang teknikal laptop, masalah ini mungkin di sebabkan oleh kerosakan motherboard, aiyakkk…. mahal juga baiki tu, adalah dalam RM700 – RM800.
Petang kelmarin pergi la ACER center di KB, diorang kata x leh baiki dah, sebab xde spare part kerana model laptop aku ni dah berusia 5 tahun lebih iaitu model tahun 2005. Huh… memang rasa sangat frust gila. Kemudian try pergi ke tempat membaiki laptop yang terkenal di Kelantan, EduCOM x silap nama kedainya yang berdekatan dengan pejabat SUK Kelantan. Kedai tu kata dia akan cuba baiki, tinggallah laptop kesayangan aku di situ dan menunggu panggilan telefon daripada kedai itu untuk mengetahui status kerosakan, harap2 lah kerosakan hanya port power sahaja dan bukan motherboard. Insya Allah
Kesimpulan
Nampaknya terpaksalah aku bersabar dalam mempelajari monetize blogging, aku sedar aku bukanlah orang yang bijak pandai yang boleh mempelajari semua perkara dalam masa yang cepat. Tetapi aku tetap bersyukur kerana kerjaya dan hobi aku adalah sama iaitu yang berkaitan ICT. Memang selari dengan zaman sekarang yang di gelar Zaman ICT, ibarat seperti dahulu Zaman Batu di mana batu adalah alat keperluan yang penting untuk meneruskan hidup, begitu juga ICT di zaman sekarang ini. Tanpa ICT susah untuk seseorang menjalani kehidupan. Syukur Alhamdulillah
.
Sekian sahaja 2 kisah terdesak daripada seorang Blogger Yang Terdesak
. (Blogger kah aku ni???)
ps: post entry ini adalah sempena kempen Blogger Yang Terdesak oleh saudara Rohaizad.com , salah seorang blogger yang mempunyai pengaruh besar dalam bidang blogging di Malaysia sekarang ini.
Related posts:
- Aku Blogger Yang Tersepit Demi menyahut seruan dari seorang sahabat merangkap sifu blogging aku iaitu saudara Rohaizad.com mengenai “Blogger Yang Tersepit“, akhirnya aku buat...
- Kawan Blogger Tadi, masa aku masuk kerja dan seperti biasa on laptop ku dan juga YM sekali, aku dapat mesej drpd biz...
- Mencari Semangat Yang Hilang Entah kenapa selepas AkTechPage.Com menyambut ulang tahun yang ke-5 hujung bulan lepas, AP merasa tak de semangat plak untuk kemaskini...










By cikgunormah@klcitizen on Aug 17, 2010 | Reply
laptop anak saya pun rosak, bawa ke kedai, katanya mungkin motherboard juga…
sama seperti aktech…tengah menunggu
cikgunormah@klcitizen´s last [type] ..Blogger Yang Terdesak
[Reply]
Akmal Reply:
August 17th, 2010 at 4:14 pm
@cikgunormah@klcitizen,
Salam Cikgu…
Laptop jenis apa tu?? Saya punya brand Acer.. sama2lah kita menunggu keputusannya, ttp harap2 bukan MotherBoard, hanya port powernya sahaja..
[Reply]
By Zuraidi Zainol on Aug 17, 2010 | Reply
Baru tau kerja gomen pun bkn rilek dah skg. Dah setaraf malah sesetengah jabatan lebih bz dari swasta lagi.. Prosedur jgn cakaplah.
Apa2 pun, gud luck repair laptop, & keja gomen. hehe
[Reply]
Akmal Reply:
August 17th, 2010 at 11:36 pm
@Zuraidi Zainol,
Ha ah, betul tu… x semua kerja gomen relax.. bergantung kepada Jabatan dan tugasan anda.. ICT selalunya skrg memainkan peranan utama dalam merealisasikan eGoverment…
Thx bro 4 wish.. harap2 laptop ok & tidak rosak yg memerlukan kos yg tinggi.. ameen…
[Reply]
By aimannajmy on Aug 17, 2010 | Reply
Salu dgr org dok cerita keja gomen la paling rilek..sat2 pegi minum..buat keja sat..sat2 pegi minum lg huhu..maybe dah berubah huhu…
[Reply]
Akmal Reply:
August 17th, 2010 at 11:47 pm
@aimannajmy,
Skrg ni xde dahh.. sape2 yg selalu kuar minum… akan dikenakan tindakan tatatertib… kalo dulu bole aaa… tp x semua tempat laa…
[Reply]
By noreed on Aug 18, 2010 | Reply
cobaan dan dugaan menjadikan kita terdesak…
noreed´s last [type] ..Blogger Yang Terdesak
[Reply]
Akmal Reply:
August 18th, 2010 at 10:22 pm
@noreed,
Ye betul tu..
Tp kadang2 bagus juga terdesak ni, kita dapat mempelajari sesuatu perkara yg baru kan.
[Reply]
By indra on Aug 18, 2010 | Reply
huh parah tu laptop rosak..
laptop aku dah pernah rosak motherboard dier
acer aspire 4520..
RM700 tu replace new motherboard..
indra´s last [type] ..Blogger Yang Terdesak
[Reply]
Akmal Reply:
August 18th, 2010 at 10:41 pm
@indra,
Tu la pasal…sama gak dgn aku harga replace motherboard.. tp sayangnya…spare part tu dah xde, sebab laptop ku model lama…huhuhu
[Reply]
By Eizil on Aug 18, 2010 | Reply
Aku kalau laptop rosak memang merana aa hidup, huhuhu, itu jer satu-satunya medium untuk aku menyiapkan semua kerja-kerja aku…
Eizil´s last [type] ..Blogger yang terdesak
[Reply]
Akmal Reply:
August 18th, 2010 at 10:49 pm
@Eizil,
Samalah kita, tp nasib baik aku ade laptop ofis sbg spare…bole jugak wat kerja.
[Reply]
By madlut on Aug 18, 2010 | Reply
hehe..jangka hayat laptop memang sepatutnya 5 thun je..lepas tue memang biasa la kalau dia buat perangai..
apapun..harap2 laptop ko tu Ok…
[Reply]
Akmal Reply:
August 18th, 2010 at 11:59 pm
@madlut,
Aku baru je nak jual laptop yg rosak tu, mmg pun kalo beli laptop, setiap 4-5 tahun kita perlu tukar kpd laptop baru agar mengikuti teknologi semasa tambah bg aku ni yg bekerja dlm bidang ICT.
Nampaknya mmg konfem la kena beli laptop baru 1 lepas raya ni…huhuhu… sabor je la…
[Reply]
By mummynana on Aug 18, 2010 | Reply
ooh pjg nye. hehe. tp begitula resam dunia. semoga sihat kembali laptop anda yer.
mummynana´s last [type] ..Blogger Yang Terdesak
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 12:10 am
@mummynana,
Panjang ke???
X sihat dah… tunggu nak dikebumikan je…huhuhuh…sedih2…
[Reply]
By Dila.13 on Aug 18, 2010 | Reply
Saya setuju dengan Mad Lut.. lepas 5 tahun saya pakai compaq (sejak tahun pertama Uni sampai kerja), saya jual murah kat second hand dealer dan buat modal beli laptop baru terus. lagi puas hati sebab time tu kebetulan PC Fair & harga pun menarik
Dila.13´s last [type] ..Perihal Blogger Yang Terdesak
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 12:12 am
@Dila.13,
Saya pun setuju jugak… cuma saya x sempat nak jual je
Laptop Acer ni adalah generasi yg ke-2 saya… yg pertama sempat jual…jadi nak tak nak terpaksalah membeli laptop Acer yg baru utk generasi ke-3…huhuhu
[Reply]
By ladfe amir on Aug 18, 2010 | Reply
saya lebih suka guna desktop berbanding laptop.
laptop cuma netbook yg diberikan kepada org rumah, ttp tidak digemarinya kerana berwarna biru muda.
saya juga terdesak dgn suasana kerja dgn blogging. kerja shift 12jam membataskan keinginan utk berblogging. tp InsyaAllah tetap akan ruang masa utk menulis entri.
ladfe amir´s last [type] ..Blogger Yang Terdesak Disakat Hantu
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 9:46 am
@ladfe amir,
Penggunaan jenis komputer tu bergantung kpd keadaan/situasi seseorang dalam melakukan kerja…mcm kerja saya yg kadang2 perlu travel..penggunaan laptop adalah sangat penting.
Kerjaya dan blogging…sama lah kita…apapun kita perlu mengutamakan kerjaya dahulu sbb ia merupakan amanah kpd kita.
[Reply]
By zik on Aug 19, 2010 | Reply
kesian kat laptop tuh..huhu
zik´s last [type] ..Komunikasi yang berkesan
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 9:47 am
@zik,
Aku sedih sangat, banyak jasa laptop tu kpd aku sejak 5 tahun yg lalu..huhuhu
[Reply]
By mancai on Aug 19, 2010 | Reply
peh kalau latptop rosak memang betul2 aku mati kutu… serba serbi tak kena… semoga selamat kembali dengan cepat laptop tu bro…
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 3:10 pm
@mancai,
Tu la pasal, ni dah mati kutu. X selamat dah laptop ku…sudah tidak boleh dibaiki lg…
Nasib baiklah ada laptop ofis, terpaksalah pinjam sekejap utk kerja2 online.
[Reply]
By etomyam on Aug 19, 2010 | Reply
kisah yg menarik dan mempunyai keunikan tersendiri bila dihayati..lepas ni boleh sambar macbook pro terus
etomyam´s last [type] ..Dinar dan Dirham Kelantan Dapat Sambutan
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 3:11 pm
@etomyam,
Terima kasih
MacBook?? hmmmm x de bajet lg ni…
[Reply]
By hafizmd on Aug 19, 2010 | Reply
Nasib baik..bro ade jgak pengalaman jadik perintis ek.
Betullah..keje swasta ni..janji beres..kalau tak beres..rebeh kite..hehe..
Offline tu penting tuh bro..yg online tu..kalau dah tenang nnti..lehla start balik..akupun same macam bro juge..hehe
hafizmd´s last [type] ..Buah mahkota dewa
[Reply]
Akmal Reply:
August 19th, 2010 at 10:56 pm
@hafizmd,
ha ah, adalah ckit..tp yg kerja kerajaan ni mmg start drpd kosong…swasta dulu structure ICT ada dah..tu yg mencabar ckit…
Aku tetap online, tp pinjam laptop ofis la sekejap…
[Reply]
By khairolghani on Aug 23, 2010 | Reply
aku sokong kenyataan ko yg kerja kerajaan ni agak leceh sikit sebab kena ikut protokol..
aku pakai PC je setakat ni,tak de badget banyak nak beli laptop lagi..
khairolghani´s last [type] ..Nilai 10 sen bagi seorang peniaga
[Reply]
Akmal Reply:
August 23rd, 2010 at 6:27 pm
@khairolghani,
Terima Kasih bro… siapa kata kerja gomen relax…mmg cerewet woo… byk sgt protokol & prosedurnya…
Pkai PC xpe, yg penting bleh online kan..
[Reply]