Demi menyahut seruan dari seorang sahabat merangkap sifu blogging aku iaitu saudara Rohaizad.com mengenai “Blogger Yang Tersepit“, akhirnya aku buat juga post entry yang bertajuk “Aku Blogger Yang Tersepit” ini, macam tau-tau je yang aku sekarang berada dalam keadaan tersepit antara masa, kerjaya dan hobi blogging dalam masa 2-3 bulan ini. Mungkin ianya sudah terlambat dari date line, tapi takpe lah, hentam saja lah labu, buat untuk suka-suki je.
Kisah 1
Sejak aku memulakan kerjaya baru dalam sektor kerajaan ini pada akhir bulan MEI 2010 lalu, banyak dugaan dan cabaran terpaksa aku tempuhi lalu. Selepas selesa bekerja dengan sebuah syarikat akhbar swasta selama lebih 3 tahun setengah, agak sukar untuk aku menukar kerjaya. Tetapi disebabkan peluang ini hanya datang sekali sahaja dalam kehidupan, selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan bertanya pendapat daripada keluarga dan kawan-kawan rapat selama 3-4 hari selepas mendapat surat tawaran termasuk daripada boss aku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima tawaran kerjaya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada mulanya melaporkan diri di Putrajaya dan kemudiannya melaporkan diri di Kementerian adalah cabaran permulaan yang dihadapi. Kemudian lebih kurang 2-3 minggu pulak aku terpaksa pula menyesuaikan diri dengan kehidupan di ibu kota yang sentiasa memerlukan kepantasan dan kesesakan. Bukan tidak biasa cuma sudah meninggalkan Kuala Lumpur lebih kurang 5 tahun sudah, jadi nak tak nak perlu menyesuaikan diri kembali, pergi balik kerja kena naik komuter, lrt dan bas. Terpaksa bersesak-sesak dan mengambil masa yang lama. Malahan rumah sewa ku juga banyak kekurangan seperti tiada katil, hanya tilam toto sahaja buat hamparan tidur. TV tiada apatah lagi ASTRO dan sofa kusyen yang enak, memang serba kekurangan betullah rumah sewaku ini. Tetapi nasib baiklah ada internet P1 WiMax, memang betul-betul laju dan konsisten sekali. Dengan internet, macam-macam ada
, cuma aku tak cukup masa untuk menulis kerana pemikiran kreatif aku digunakan untuk sementara waktu mempelajari perkara baru dan keletihan pergi balik bersesak-sesak di Kuala Lumpur. Memang sukar untuk berblogging.
Alhamdulillah, selepas hampir 2 bulan berada di Kuala Lumpur dan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai seorang penjawat awam, akhirnya aku kembali semula ke kampung halaman Kelantan. Macam mimpilah pulak aku boleh kembali bertugas semula di bumi Kelantan yang bertuah ini. Sekarang ini semuanya sudah kembali normal seperti dahulu, cuma ada sedikit perbezaan sahaja iaitu dari segi kerjaya, dahulu aku kerja di waktu luar biasa yakni masuk kerja tengahari balik di awal pagi, sekarang aku kembali kerja di waktu normal yakni di pagi hari hingga petang hari. Cuti pun sama iaitu Jumaat dan Sabtu sama seperti kebanyakan pekerja yang lain. Alhamdulillah sangat2. Walaupun begitu di awal tempat baru ini, banyak pulak tugasan yang perlu aku lakukan. Amanah yang diberi perlu diutamakan dahulu.
Kisah 2
Berkenaan nama domain aku iaitu aktechpage.com, kebanyakan blogger sekarang semakin ramai menggunakan nama sendiri. Aku pulak menggunakan nama orang putih, sesuai ke??? entah lah aku pun tak tau, lagipun nama domain blog ini sudah aku gunakan sejak tahun 2006 lagi. Masa itu blogging masih belum terkenal lagi, tetapi sejak tahun 2009 – 2010 ni pulak, semakin bercambah-cambah pulak blog baru tidak kira yang menggunakan blogspot ataupun blog .com sendiri. Apapun blogging semakin menjadi salah satu trend kehidupan di masa kini yang mana di panggil Zaman IT.
Adakah aku perlu menukar nama domain kepada kemelayuan???
ps: kerja ICT, hobi pun ICT …. kehidupan sukar tanpa ICT
Related posts:
- Aku Blogger Yang Terdesak??? Adakah aku seorang blogger yang terdesak?? Terdesak macam mana tu… hmmmmm… adalah jugak… Terdesak dari segi monetize blogging . Hasil...
- ZikriHusaini.Com: Kemesraan Yang Berkekalan Janji perlu dikotakan, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini dalam post Penghargaan Kepada Top 3 Pengkomen 2010. Kali ini giliran pengkomen...
- Mencari Semangat Yang Hilang Entah kenapa selepas AkTechPage.Com menyambut ulang tahun yang ke-5 hujung bulan lepas, AP merasa tak de semangat plak untuk kemaskini...
- Anugerah Terhormat Top Blogger 2010 Mula-mula sekali aku ingin mohon maaf kepada saudara Mancai dari hairilhazlan.com kerana lambat balas anugerah terhormat ini dan juga mengucapkan...










By suri on Aug 9, 2010 | Reply
janganlah tersepit bro karang sush nak berfnafas heeee..
hurm ikutlah citara rasa masa kini mana tau ya bisa menarik ramai pelawat utk dtg ke blog ini heee
[Reply]
Akmal Reply:
August 10th, 2010 at 7:41 am
@suri,
Heheheh… jangan tersepit mcm gambar di atas sudah… tersepit yg tu mmg betul2 susah nak bernafas….
[Reply]
By zik on Aug 10, 2010 | Reply
internet memang kadang prob la…guna broadband nie .hadoila.. okla nie bro guna domain nie dah cantik nie.. lagi pun dah lama…usia domain lama..lagi bernilai…
zik´s last [type] ..Daun Stevia kawal gula dalam darah
[Reply]
Akmal Reply:
August 10th, 2010 at 7:42 am
@zik,
Ooooo ye ke, semakin berusia domain semakin bernilai ek… baru eden tahu…
[Reply]
By mijie on Aug 10, 2010 | Reply
dah habis dah tu tersepit, dah balik kelate, tak yah runsing pasal balik rayo, hahaha
mijie´s last [type] ..Klinik Putrajaya again
[Reply]
hafizmd Reply:
August 10th, 2010 at 4:11 pm
@mijie, betullah mijie..tapi bro akmal kene carik orang rumah kelate juge kalau nk senang..
ke dah berpunye ni?hehehe
hafizmd´s last [type] ..Prestasi blog setakat ni
[Reply]
Akmal Reply:
August 11th, 2010 at 5:43 am
@hafizmd,
Uiksss… Insya Allah… kalo ada jodoh x kemana…pohon doa2kanlah selalu..
[Reply]
By hafizmd on Aug 10, 2010 | Reply
tahniah bro dah balik menyumbang bakti di negeri sendiri..mmg seronok tuh..bila pulak aku bleh balik ganu..huhhu..
aku rase, domain name ni dah cukup serasi ngn bro..kalau nk ade jugak yg lainlah kot..hehee
hafizmd´s last [type] ..Prestasi blog setakat ni
[Reply]
Akmal Reply:
August 11th, 2010 at 5:44 am
@hafizmd,
Terima Kasih… Alhamdulillah…
Kalo dah serasi nama domain ini, mungkin saya akan terus kekalkan…
[Reply]
By sangilapi on Aug 10, 2010 | Reply
mal,jangan sampai terlepas entry blogger terdesak untuk dipublish pada hari selasa sebelum 12 tengahahri pada 17 ogos nanti
….ni pun ijad punya projek jugak !
sangilapi´s last [type] ..usia domain dan blog
[Reply]
Akmal Reply:
August 11th, 2010 at 5:45 am
@sangilapi,
TQ bro for remind me… x tau pun ada blogger erdesak plak… heheheh..
[Reply]
By mancai on Aug 13, 2010 | Reply
huhuhu… tak pe bro pengobanan tu..
[Reply]
Akmal Reply:
August 14th, 2010 at 10:02 pm
@mancai,
Biasalah tu… hidup tanpa pengorbanan nanti x best la pulak kan…
[Reply]
By lazaac on Aug 14, 2010 | Reply
nice post bro…
rasanya tak perlu la bro tukar nama Melayu, dah ok nama skrg.. lagipun byk kenangan suka duka domain lama ni kan..
[Reply]
Akmal Reply:
August 14th, 2010 at 10:02 pm
@lazaac,
TQVM bro…
Nampaknya kalo dah byk suruh kekalkan, insya allah aku kan kekalkan
[Reply]