Kelmarin, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku menangis kerana seorang perempuan. Cinta yang dipupuk selama hampir 1 tahun setengah menyebabkan aku kelu dan keliru apabila si dia memberitahu status dirinya yang sebenarnya pada petang kelmarin. Aku sudah mula sayang kepadanya walaupun dia tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik. Tetapi kerana yakin dengan kasih sayang aku kepadanya, mungkin aku akan dapat mengubah dirinya kepada ke arah kejayaan. Baru ku tau bagaimana rasa bila cinta itu tidak dapat direalisasikan dan mungkin akan terputus di tengah jalan kerana perkara ini.
Walaupun begitu, aku masih sangat sayang kepadanya selepas dia memberitahu status dirinya padaku. Aku amat menghormatinya kerana berani memberitahu kebenarannya kepada ku secara face to face. Tetapi aku perlu memikirkan beberapa perkara lain, terutama penerimaan kepada keluarga aku. Lagipun aku hanyalah anak angkat dalam keluarga sekarang. Aku perlu menghormati keluarga angkat aku sebelum membuat apa-apa keputusan/tindakan. Apatah lagi dengan si dialah aku pertama kali dapat keluar dating, berpegangan tangan, berkongsi impian hidup bersama dan lain2. Cinta pertama susah untuk dilupai. Sekarang aku akui pepatah itu ada benarnya. Betullah kata orang, cinta pertama itu susah untuk dilupakan.Malamtadi adalah malam paling sukar untuk aku tidur dan tanpa aku sedari mata ku bergenang kerana CINTA. Bila aku teringat kepadanya, aku akan menangis.
Aku bersyukur kerana mempunyai 2 orang sahabat yang aku anggap sebagai adik sedia mendengar luahan perasaan sedih ini dan memberi pendapat kepada ku tentang masalah ini. Buat masa sekarang, aku akan tenangkan fikiran dan fikir segala alternatif untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak melukai hati mana-mana pihak, keluarga aku dan si dia dan diriku ini. Aku harap, apa yang aku hadapi ini mungkin ada hikmah disebaliknya.
Related posts:
- 30 Perkara Perempuan Lelaki Tidak Tahu Dahsyat sungguh pompuan ni…banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca. 1....
- Pencapaian Luar Biasa Oleh Seorang Wanita Muda Takde idea menulis, jadi aku baca kosmo online kelmarin ade artikel menarik perihal kejayaan seorang wanita muda dalam perniagaan internet....
- Cdiqlife.com: Kisah Seorang Graphic Designer Kali ni AP nak review pasal seorang blogger yang sama negeri dengan AP iaitu Cdiqlife.com, seorang blogger yang aktif dalam...










By unwanted on Feb 17, 2009 | Reply
kata jujur dari aku.
tidak mengapa kalau menangis.
tp jangan bersedih terlalu lama..
jangan biar menjadi barah.
mmg susah untuk putus cinta.
lagi2 cinta pertama.
tapi selepas ini banyak lagi cabaran yang berlaku dalam hidup.
kita akn lebih tahu apabila lebih banyak kesusahan yang kita lalui..
semoga ko lebih tabah dan lebih memahami hidup…
[Reply]
By Akmal on Feb 18, 2009 | Reply
Terima kasih Unwanted…
Kata-kata drpd anda amatlah saya hargai…:D
Skrg ni alhamdulillah, saya dh boleh hadapinya dgn tenang…
[Reply]
By code7 on Feb 23, 2009 | Reply
cinta pertama mmg sukar dilupakan.. namun usah putus asa pada rahmat tuhan.. mungkin yang berlaku ada hikmahnya mungkin ada pengganti yang lebih baik nanti.. jodoh itu di tgn tuhan, bbyklah berdoa padaNya.. mana la tau yg ganti nanti 4 sekaligus.. bukan satu saja.. hehe.. just kidding..
[Reply]
By Akmal on Mar 2, 2009 | Reply
TQ code7, salah seorang Ful time IM ni…apesal x masukkan link Blog sekali…ye la, dh famouskan..heheheh
Aku dan dia masih lg berhubungan skrg…cuma masa depan x tahulah..aku x nak hubungan kitaorang atas dasar simpati….skrg ni biarlah masa yg menentukan…ape2 hal…yang penting dapatkan restu family dulu…
[Reply]
By miss chah on Mar 19, 2009 | Reply
salam…banyakkan sabar yer abg akmal.. itu bukan noktah hidup abg…insyaallah Tuhan nak bagi yg lebih baik dari itu… ada himkat disebalik apa yg berlaku..
[Reply]
By Akmal on Mar 20, 2009 | Reply
Tq miss chah…
Nak mintak kaunseling dgn miss chah bole??
[Reply]
By budok jahat on Sep 16, 2010 | Reply
demo okey lg lgu tu..kawe dulu kna maen prasae jah…nate suguh la..ado gewe xoyak molek..lpas clash 2 3 bln tu dio msj kawe mtok maaf skali lg(pelik gk kawe)..kawe oyk dio jgn wt g2 kokre kkg kto plok kna..loni teman tp mesra dh..bguh la dr jd musuh..
[Reply]
By fanny on Nov 29, 2010 | Reply
jangan lupa dulu, juga waktu bayi pernah nangis
untung ada kata sahabat di tengah-tegah kata2 cinta yang sulit dan rumit
[Reply]