May
31st

Al-Fatihah Untuk Adik Sahabatku – Allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohamad Yusof

Files under Special | Posted by Akmal

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof iaitu adik kepada sahabat ku iaitu Muhammad Habibullah Bin Mohamad Yusof (ex- Graphic Designer Sinar Harian KEL & TRG). Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.05 pagi 27/5/2009 di Hospital Kuantan pada umur 24 tahun. Menurut abang allahyarham, Saudara Habibullah, allahyarham telah lama mengidap penyakit talasemia sejak drpd kecil lagi. Allahyarham adalah seorang kuat semangat dan tabah, sejak dari kecil lagi allahyarham perlu pergi ke hospital untuk masukkan darah dan pemeriksaan doktor.

Allahyarham Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof

Pada tahun 2001, allahyarham telah selamat menjalani pembedahan membuang limpa dan tidak perlu lagi memasukkan darah setiap bulan. Cuma perlu makan ubat antibodi dan pergi pemeriksaan doktor setiap bulan sahaja. Selepas itu allahyarham menjalani kehidupan seperti biasa dan aktif dalam permainan bola sepak, bowling, jalan-jalan dan lain-lain.Selepas 2 tahun, allahyarham tidak ambil lg ubat antibodi kerana merasa sihat.

Tetapi apakan daya, ajal maut itu di tangan tuhan yang maha kuasa. Pada jam 12 malam 27/05/2009, allahyarham dimasukkan ke hospital Kuantan akibat demam, kemudian pada pagi Subuh allahyarham berada dalam keadaan tidak sedar akibat kuman yang telah merebak ke seluruh organ. Pada jam 11.05 pagi 27/05/2009, allayarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuantan. Jenazah allahyarham telah selamat di kebumikan pada petang itu juga  selepas asar pada jam lebih kurang 5.45ptg di Beserah, Kuantan.

Jadi, utk sesiapa mengenali allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohammad Yusof adik kepada sahabatku ini, Muhammad Habibullah Bin Mohamad Yusof. Marilah kita sama2 Sedekahkan Al-Fatihah dengan membaca video Youtube dibawah ini agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.

ps : Setiap yang hidup pasti akan mati.

Related posts:

  1. Al-Fatihah Untuk Badruzamani Pada pukul 2 pagi tadi, aku dapat YM drpd salah seorang rakan internet aku memberitahu bahawa salah seorang Internet Marketer...
  2. DAULAT TUANKU!!!! Pemasyhuran YMM Tg. Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan...
  3. Muhammad Ali: Legenda Tinju Dunia Terhormat di AS Sebelum ini aku tidak begitu mengenali siapakah Muhammad Ali, selepas mengikuti Kursus ESQ MCB pada 19-20 Dis 2009 yang lalu...
  4. Bagaimana untuk Ban Blogger/blogspot.com Jika anda terjumpa 1 blog yang memaparkan kandungan menyentuh sentimen perkauman atau agama anda anuti, pasti anda terasa marah dan...
  5. A'ptus Net, Broadband untuk org Kelantan!!! Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz...


7 Responses to “Al-Fatihah Untuk Adik Sahabatku – Allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohamad Yusof”

  1. By habibullah on May 31, 2009 | Reply

    assalamualaikum wbt..terima kasih bro… semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin…aminnn

    [Reply]

  2. By Syed Ikhwan on May 31, 2009 | Reply

    Assalamualaikum, massyaAllah, saya baru maklum tentang perihal ni.

    Baru je jumpa keluarga diorg baru-baru ni. Sempat bercakap dan bersembang.

    Al-fatihah untuk Hafiz

    [Reply]

  3. By L.O.V.E lyn on Jun 1, 2009 | Reply

    al-fatihah dan takziah pada keluarga hafiz

    [Reply]

  4. By old_code on Jun 1, 2009 | Reply

    Al- Fatihah….

    [Reply]

  5. By eyeman on Jun 1, 2009 | Reply

    alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    [Reply]

  6. By Mohd Sufian on Jun 2, 2009 | Reply

    Alfatihah buat arwah.

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. May 31, 2009: Syed Ikhwan Tells Something » Al-Fatihah: Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof

Post a Comment

CommentLuv badge