Pada pukul 2 pagi tadi, aku dapat YM drpd salah seorang rakan internet aku memberitahu bahawa salah seorang Internet Marketer tempatan iaitu Saudara Badruzamani telah meninggal dunia ke Rahmatullah pada hari Sabtu lepas, 14 Feb 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah arwah selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam. Aku tidak pernah berjumpa dan bercakap dengannya, tetapi aku pernah mengikuti blog dan kisahnya serta postnya di forum wangcyber.com. Aku amat mengkaguminya kerana arwah seorang yang sangat tabah dan kuat menghadapi rintangan hidup serta mempunyai matlamat dan wawasan. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Amiiin

AL-FATIHAH – Allahyarham Badruzamani Bin Azmi
Jika anda semua ingin melawat blog arwah dan mengenalinya, sila la ke
http://www.badruzamani.org/news/?page_id=2

Arwah (Dalam Kotak Putih) Semasa Gathering WangCyber.com 2008
Sedikit latar belakang beliau dipetik drpd blognya iaitu www.badruzamani.org
Sumber : WangCyber.com, CariGold.com, Saudara Ahib0205 hanis
Related posts:
- Al-Fatihah Untuk Adik Sahabatku – Allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohamad Yusof Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof iaitu adik kepada sahabat ku iaitu Muhammad Habibullah Bin...
- A'ptus Net, Broadband untuk org Kelantan!!! Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz...
- Bagaimana untuk Ban Blogger/blogspot.com Jika anda terjumpa 1 blog yang memaparkan kandungan menyentuh sentimen perkauman atau agama anda anuti, pasti anda terasa marah dan...









By corallinkz on Feb 18, 2009 | Reply
Al-Fatihah.
Moga rohnya dicucuri rahmat. aminn..
kejap je hidup kat dunia ni.
[Reply]
By Shaffik on Feb 19, 2009 | Reply
Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat
[Reply]