Anda pernah makan Megi Ketam ??? Di kelantan makanan ini semakin popular, bermula dengan hanya 2 kedai sahaja di Cherang Ruku, Pasir Puteh dan Pauh Sembilan, Bachok. Dari semasa ke semasa kedai makanan yang menyediakan Megi Ketam semakin banyak, namum begitu bukan senang nak menyediakan makanan ini kerana menu utamanya iaitu Ketam perlulah ada sentiasa bekalan. Jika tiada ketam yang segar susahlah nak menyediakan juadah yang istimewa ini. Kali ini AP akan menceritakan serba sedikit pengalaman makan Megi Ketam di Cherang Ruku, Pasir Puteh beberapa kali sebelum ini.
Perjalanan dari pekan Pasir Puteh dalam 20 minit, menghala ke Tok Bali. So, bila kami sampai di sana,kami pelanggan pertama. Ingatkan cepat servis dia, tapi disebabkan malam itu malam minggu, ramai keluarga lain dan pre order dengan telefon dahulu tokey kedai. Kami tunggu pun dalam 15 minit sahaja untuk menikmati hidangan Maggi Ketam.
Bagaimana resipi ini wujud ? Menurut sumber yang boleh dipercayai, nelayan Kelantan akan bawa bekalan Maggi ke laut untuk bekalan makanan, jadi bila sampai di laut, mereka rebus bersama ketam untuk jadikan sajian utama. Jadi lema-kelamaan, menu ini dikomersialkan untuk santapan orang awam. Begitulah kisahnya.
Bagaimana rasanya ?
Ketamnya mudah nak diratah sebab dah direbus hingga lembut, cuma kena ada skill tangan nak leraikan isi ketam.
Ketammnya memang top class, besar,manis dan segar. Ditambah pula dengan aroma sup Maggi yang telah meresap, memang tak terkata. AP makan ketam dulu, asingkan dengan maggi, ada diberikan pingan besar untuk meratah ketam. Boleh dikatakan, ketamnya segar-segar belaka. Sedang sibuk kami makan, semua meja-meja kiri dan kanan dah dipenuhi orang tempatan. Nasib baik datang awal.
Alamat : No10 Bazar MDPP, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.
Jangan terkejut kedai ini juga mempunyai laman blog tersendiri iaitu di http://www.alemymeggiketam.blogspot.com/
Jadi jika anda nak maklumat lanjut, boleh lah dapatkan di laman blog tersebut.
ps: Selepas 3 kali makan meggi ketam, perut AP Selalu memulas. AP memang allergik dengan Udang. Ketam ni mungkin allergik jugak kot, tp x sekuat allergik makan udang lah. Makanan laut lain yang boleh di makan oleh AP ialah sotong, especially sotong bakar… perghhhh… beshhhh…
Rujukan =>
http://www.alemymeggiketam.blogspot.com/










By suri on May 27, 2011 | Reply
cam sedp jer hee..takat ni bubuh telur ..cili padi jer hii…
haaa..sakit peot tak baca doa sebelum dan seleps makan ar tu hee..
p/s:semoga lekas smbuh ya
[Reply]
Akmal Reply:
May 28th, 2011 at 12:03 am
@suri,
heheheh. dah sembuh da…sedap ni bg org yg suka makan ketam & suka mengopek ketam, bg AP yg pemalas nk kopek… mmg x begitu mengemari la..
[Reply]
By Miss Tira on May 28, 2011 | Reply
Ada alahan sikit dengan makanan laut ni. Tapi teringin betul nak rasa. Hahaha. Nampak penuh satu mangkuk ketam tu.
Miss Tira´s last [type] ..Berita Buat Kawan Ebiet G Ade
[Reply]
Akmal Reply:
June 1st, 2011 at 12:04 am
@Miss Tira,
Ha ah, semangkuk tu mmg penuh la ketam.. tgk atas size juga, dan harga pun ikut size jugak, min RM8 semangkuk
[Reply]
By decrewz on May 28, 2011 | Reply
Pergh… Ketam tu.. Meleleh air lur..ha3. Tepi laut ke bro? Kalau tepi laut rasa ketam lain sikit, fresh lagi..
decrewz´s last [type] ..Download & Tonton Filem Kongsi 2011 Online
[Reply]
Akmal Reply:
June 1st, 2011 at 12:15 am
@decrewz,
Ha ah, kedai dia tepi laut..dekat Tok Bali… mmg fresh aaa…
[Reply]
Jai Reply:
June 1st, 2011 at 12:50 am
@Akmal, Meleleh air liur nih.. Fresh tu.. Kalau kat kg atuk Jai, tepi laut jugak.. Mmg fresh la makanan laut baru naik darat.. Tapi dah duduk KL, mmg x merasa la makanan fresh ni.. Yang fresh pun ayam la..ha3
Jai´s last [type] ..UEFA Champions – Manchester United vs Barcelona Goal Video Highlight
[Reply]
By pantaidalam on May 29, 2011 | Reply
perghhh,..dengar jer pun dah rasa lapar..ermm,.pas ni nak masak meggi kari la
pantaidalam´s last [type] ..Bina Website Anti Islam
[Reply]
Akmal Reply:
June 1st, 2011 at 12:19 am
@pantaidalam,
Hahahaha… lps masak megi, bubuh je ketam dalam tu…
[Reply]
By dnoBiz on May 31, 2011 | Reply
aku tak boleh makan ketam nanti sakit perut..
kalau tak memang aku dah paksa kau tunjuk kat mana tempat tu
dnoBiz´s last [type] ..Takrif Baru Elektrik – Soalan lazim tarif baru elektrik
[Reply]
Akmal Reply:
June 1st, 2011 at 12:20 am
@dnoBiz,
Sama la kita bro… kawe bole makan, tp gak mulas la perut lps tu…
[Reply]
By aimannajmy on Jun 1, 2011 | Reply
wah2 terlioq! jauh sangat le pulak tempatnya huhu, kalo ada kesempatan nak round2 satu kelantan la nanti hehe
[Reply]
Akmal Reply:
June 3rd, 2011 at 9:55 pm
@aimannajmy,
Jom Jom
[Reply]
By MDHAFiZ.NET on Jun 2, 2011 | Reply
terliur membacanya…saya memang suka makan ketam..sotong..dan udang.. tapi x boleh makan byk sangat…terasa nak buat sendiri lepas nih…jauh sangat tempat tu…kali ni nak megi kerang pulak…
MDHAFiZ.NET´s last [type] ..Sultan Tengah- The First Sultan Of Sarawak Darul Hana
[Reply]
Akmal Reply:
June 3rd, 2011 at 10:05 pm
@MDHAFiZ.NET,
Try buat sendiri… rasanya bole kot…masak megi, kemudian masak ketam, campur… setel
[Reply]
By tehr on Jun 4, 2011 | Reply
aku tak suka makan ketam, udang, kerang
payah benar nak makan
haha
tehr´s last [type] ..Terima Kasih Mei
[Reply]
Akmal Reply:
June 4th, 2011 at 10:27 pm
@tehr,
Heheheh sama lah kita, kekadang aku makan tu kerna jaga hati member je..
[Reply]
By TiEyEe688 on Feb 14, 2012 | Reply
urmmm… dh p makan kat dua2 tmpt nie.. Cherang Ruku & pauh sembilan… mmg best dua2 laa…
dh byk kali p, lau p0n jauh, tp dgr jew meggi ketam, berse,angat sgt.. dlu alergi ngn ketam, tp sejak makan meggi ketam( ketam nipah), alhamdulillah, skrg dh b0leh hamtam sumer..
[Reply]