Selepas memenangi Pertandingan Review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1 pada bulan Julai 2009 yang lalu dengan memenangi hadiah bonus iaitu 1 unit percuma Produk Pakej DVD Raja Grafik Malaya dan 1 slot iklan selama 3 bulan di blog Balootisme.com yang di anjurkan oleh Balootisme.com. Pada sambutan tahun baru 2010 sekali lagi aku dihadiahkan kemenangan dalam Peraduan Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad.com. Alhamdulillah, rezeki tahun baru. Kali ini aku menjadi salah seorang pemenang daripada 3 pemenang yang berjaya meneka jumlah keseluruhan komen yang ada di Blog Rohaizad.com yang paling hampir atau tepat. Kali ini hadiahnya amat lumayan bagi seorang blogger part-time seperti aku iaitu memenangi 1 domain dan 1 hosting percuma selama setahun yang ditaja oleh JomHosting.net.
Itulah kelebihan blogging, tak semena-mena anda perolehi hadiah percuma daripada blogging. Siapa kata blogging itu merugikan dan membuang masa sahaja? Sebenarnya tidak, banyak faedah yang diperoleh melalui hobi blogging ini jika kita berblog secara penuh etika. Sekarang ini industri blogging di Malaysia semakin pesat membangun, aku yakin pada tahun 2010 ini akan lebih banyak blog-blog di Malaysia yang menganjurkan pertandingan sebegini dalam pelbagai bentuk untuk memeriahkan industri pemasaran internet semasa di Malaysia. Tidak semestinya seseorang itu perlu pandai menulis untuk mempunyai blog, ini kerana penulisan blog adalah bebas dan semua orang rasanya boleh menulis dalam pelbagai topik. Cuma bergantung pada keyakinan seseorang itu sahaja adakah boleh menulis ataupun tidak? (Ala zaman sekolah kan kita selalu menulis karangan sampailah SPM/STPM, takkan dah lupa kot cara menulis karangan, 10 tahun tu belajar menulis
)
Dengan memenangi hadiah domain dan hosting percuma ini, insya allah aku akan menggunakan hadiah ini sebaik mungkin dalam meningkatkan pengetahuan dalam internet marketing. Buat masa ini aku masih lagi memikirkan apakah nama domain yang ingin dibeli. Mungkin aku akan menggunakannya dalam adsense marketing, harap-harap berjaya.
Jika tiada aral melintang, aku juga akan menyertai Pertandingan Menulis Review Fuhyoo FM Dot Com yang dianjurkan oleh Fitrah Media Enterprise. Hadiahnya agak lumayan juga. Bagi aku bukanlah hadiah yang dipentingkan, tetapi pengalaman dan mengasah bakat dalam bidang penulisan Review. Mana tahu 1 hari nanti boleh menjadi salah seorang pakar dalam penulisan Review. heheheh..
ps : Terima kasih kepada Rohaizad.com & JomHosting.net kerana menganjurkan pertandingan yang mudah & sempoi ini.
Related posts:
- Hadiah Bonus Dari Balootisme.com Alhamdulillah…walaupun sepanjang bulan Julai 2009 banyak dugaan yang mendatang. Tapi hari ini bila check blog Balootisme.com apabila aku dapat email...
- WordPress Menang 2009 Open Source CMS Awards Baru-baru ini WordPress telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerah Overall Best Open source CMS Award 2009 dalam pertandingan Open Source...
- Duit Raya Daripada HazmanFadzil.com Semalam, aku agak terkejut apabila menerima 1 sampul surat laju ekspress yang tertera di belakang Daripada Admin HazmanFadzil.com . Baru...
- www.Rohaizad.com: Peraduan Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad Dot Com Peluang keemasan akhir tahun 2009 untuk kesemua blogger seluruh Malaysia. Salah satu blog yang tengah top sekarang dan oleh besh...
- Pertandingan 'Komen Terbaik' di Blog Abooain.com Peluang baik untuk kesemua pelayar internet di Malaysia terutamanya bagi mereka yang suka memberi komen di blog (Bukan komen negatif...










By GadisAyu on Jan 13, 2010 | Reply
wah.tahniah bro menang contest ni.hadiah nye pun memang best
[Reply]
Akmal Reply:
January 13th, 2010 at 5:01 am
Terima Kasih
[Reply]
By miziology on Jan 13, 2010 | Reply
wah tahniah bro..tekaan mu mmg hampir hehe
[Reply]
Akmal Reply:
January 14th, 2010 at 10:28 am
TQ…itulah sedikit rezeki drpd hobi blogging
[Reply]
By lazaac on Jan 18, 2010 | Reply
ni yg aku dpt bila ushar blog Balootisme.com….
This domain is parked, pending renewal, or has expired.
Please contact the domain provider with questions.
.-= lazaac´s last blog ..NodLogin 10c ~ 32Bit =-.
[Reply]
Akmal Reply:
January 18th, 2010 at 10:03 pm
X silap aku owner tu ade prob dgn hosting balootisme.com sbb lupa nak renewal dia punya hosting, ni info yg aku dpt drpd mesej owner dia kat FaceBook. Balootisme.com ni salah sore otai webmaster Joomla & WordPress ni.
Ape pun thansk 4 the info, aku pun lama jgak x bertandang ke blog balootisme.com tu. heheheeh
[Reply]
By sangilapi on May 9, 2010 | Reply
ooo…banyak kali jugak ko merasa hadiah pertandingan dalam dunia blogging ni ye !…tahniah dari aku
.-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 9th, 2010 at 1:50 am
@sangilapi,
Biasa2 je… Terima Kasihh
[Reply]