Feb
5th

amanz.my: Blogger Tegar Berita ICT Cepat & Pantas

Files under Internet | Posted by Akmal

Rasanya blog ini tidak perlu lagi diperkenalkan lagi kerana hampir kesemua blogger dan pelayar-pelayar internet di Malaysia sudah mengenali blog amanz.my. Walaupun begitu aku mahu juga review blog ini kerana nak tambah koleksi review laman web atau blog  yang best dan berguna dalam kategori internet di blog aktechpage.com ini.

Blog amanz.my ini ditadbir oleh seorang anak muda Melayu yang masih lagi belajar di sebuah universiti swasta tempatan. Dengan tagline iaitu “Informasi Komputer dan Teknologi Semasa“, sememang sudah di akui segala maklumat berkenaan informasi dan teknologi menjadi isi utama untuk blog ini yang mana disampaikan dengan begitu cepat, ringkas dan padat oleh amanz.my .

Malahan blog ini juga mempunyai ramai pengikut dan pembaca tersendiri yang terdiri daripada blogger-blogger, Internet Marketer, pelajar, para profesional dan juga pernah tersenarai antara 50 Blog yang paling berpengaruh di Malaysia pada tahun 2007.  Pada tahun 2009 tak ada keluar list pulak di mana-mana blog lagi berkenaan blog-blog paling berpengaruh di Malaysia :P . tetapi Amanz.my mencapai banyak kejayaan sepanjang blog ini online dimana anda dapat melihat seperti dibawah:

Amanz.my menumpukan kepada berita teknologi maklumat tempatan dan antarabangsa berkenaan Apple, Gajet, Google, Microsoft, Perisian, Sekuriti, Sumber Terbuka, Web 2.o, Yahoo! dan lain-lain. Pendek kata blog ini penuh dengan informasi yang susah untuk dicari di blog-blog berbahasa Melayu yang lain.

Apa yang paling mengkagumkan adalah penulisan artikel yang simple dan ringkas tetapi padat dengan informasi berkenaan sesuatu perkara. Satu lagi ialah updatenya yang terlalu cepat yang diketahui terutama melalui FaceBook (FB) dan Twitter. Aktechpage.com adalah rakan FB kepada pemilik amanz.my dan juga fan kepada group amanz.my. Contohnya berita pembelian laman sosial network Friendster oleh sebuah syarikat tempatan Malaysia, sebelum berita pembelian tersebut diberitahu melalui Buletin Utama TV3, amanz.my telahpun update berita pembelian tersebut pada waktu petang tersebut di blog. Sangat cepat, tepat dan ringkas.

Untuk mengenali Amanz.my, anda boleh pergi ke blognya dan melihat Mengenai Kami. Amanz.my memang sangat sesuai untuk seseorang yang obses dengan berita teknologi maklumat tempatan dan antarabangsa di mana pengisiannya dalam bahasa Melayu.  Amat jarang sekali blog berita teknologi maklumat yang berbahasa Melayu yang memaparkan sesuatu secepat amanz.my . Pendek kata, apa-apa informasi komputer & teknologi maklumat semasa pasti akan ada di dalam blog ini.

Akhir sekali, diharapkan agar amanz.my akan dapat terus menyalurkan informasi & teknologi maklumat semasa berterusan khasnya untuk rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang.

Related posts:

  1. 5 Laman Web Berita Internet Popular Di zaman dunia sekarang yang bergelar Zaman ICT ataupun Dunia internet. Semua sumber informasi seperti berita sangat cepat tersebar, contohnya...
  2. BeritaSemasa.com: Berita Harian Terkini Utusan Malaysia Anda inginkan berita-berita sensasi dan hot?? Apa kata anda cuba terjah blog BeritaSemasa.com ini. Ada bermacam-macam berita hangat yang melibatkan...
  3. GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda Kali ini aku ingin review satu komuniti portal yang semakin popular dan hangat pada  tahun 2010 di dunia internet Malaysia...
  4. 6 Blog ICT Pilihan AkTechPage.Com ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak...
  5. Bagaimana untuk Ban Blogger/blogspot.com Jika anda terjumpa 1 blog yang memaparkan kandungan menyentuh sentimen perkauman atau agama anda anuti, pasti anda terasa marah dan...


14 Responses to “amanz.my: Blogger Tegar Berita ICT Cepat & Pantas”

  1. By azizan4444 on Feb 6, 2010 | Reply

    blog die mmg bez..berita it laju je klua..kdg2 aku x sempat nk tgk semua pe yg menrik..hehe..moga die terus berjaya dgn amanz.my tu dan terus berkongsi benda2 yg menarik lg…
    .-= azizan4444´s last blog ..Kenapa Remaja Taksub Dengan Laman Web Sosial? =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Yup..blog amanz.my mmg best…mmg the fastest updated blog la…

    [Reply]

  2. By Thoha on Feb 6, 2010 | Reply

    Memang menarik laman blog amanz.my
    banyak informasi dunia ict terkini yang boleh jumpa kat sana..
    Thanks for sharing bro..
    .-= Thoha´s last blog ..Tips Kemahiran Belajar – Siri II =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Yup betul tu, bg aku amanz.my hub info ICT

    [Reply]

  3. By lazaac on Feb 7, 2010 | Reply

    amanz.my mmg cool… slalu update info ttg IT ngan tech dr sana… xbleh blah blog tu… sungguh padat ringkas dan berinformasi… yeay! :)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Agree with u bro Lazaac :) .

    [Reply]

  4. By mancai on Feb 7, 2010 | Reply

    untuk mendapat informasi terkini mengenai ICT memang aku suka baca amanz.my ni lagi pun dalam BM senang nak faham…
    .-= mancai´s last blog ..rancang kempen media baru dengan efektif =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu, aku pun begitu juga

    [Reply]

  5. By dr.aku.la on Feb 18, 2010 | Reply

    amanz.my sememangnya pelopor informasi ict terkini yang berbahasa melayu.
    .-= dr.aku.la´s last blog ..Hot Hot Hot =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Yup…agree with u

    [Reply]

  6. By aman on Feb 20, 2010 | Reply

    thanks for the review beb. insyaAllah akan teruskan penulisan daku atas sokongan sahabat-sahabat semua.

    p.s: Next time LepakIT, meh join skali. ehe~
    .-= aman´s last blog ..AsiaSpace Bakal Memperkenalkan AmaxAV =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Sama2…kitakan rakan blogging…support each other… yeahhh….
    Insya allah, akan cuba join Lepak IT sekali …. teringin jugak tu…

    [Reply]

  7. By sangilapi on May 9, 2010 | Reply

    best kalau ada blog bm yang berkaitan dengan IT ni :)
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Yup, sebagai rujukan…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge