Ade Idea dah menulis, cuma masih dalam proses editing. Jadi demi memenuhi permintaan pelawat aktechpage.com
. Aku postkan 1 video YouTube yang agak menarik khasnya untuk warga Kelantan. Ini kerana video ini memaparkan siri animasi 3D yang mempunyai dialog dalam loghat kelate tetapi orang bukan kelate pun boleh layan jugak sebab ada subtitle bahasa inggeris. Animasi 3D ini dipecayai dibangunkan oleh sekumpulan anak muda warga Kelantan yang menggelarkan diri mereka GomoSoft berdasarkan laman blog mereka di www.gomoman.blogspot.com (Entah kenapa laman rasmi www.gomoman.com sudah tidak available).
Apa yang menarik bagi aku adalah animasi 3D Gomoman sangat menarik dari segi pergerakan animasi, kelancaran pergerakan animasi, dialog yang kelakar dan penggunaan muzik latar belakang yang menarik, tetapi dari segi jalan cerita nya agak berbau politik sedikit (Dalam hal politik, aku berkecuali). Tidak silap aku terdapat 12 Episod semua animasi ini yang dapat tonton melalui YouTube channel Gomosoft. Animasi 3D Gomoman ini dipercayai dibangunkan menggunakan perisian poser berdasarkan apa yang diberitahu oleh kawan aku yang dikatakan terlibat juga dalam pembangunan animasi 3D ini melalui suaranya.
Akhir sekali, selamat menonton kesemua episod Gomoman di YouTube ini.
ps: aktechpage.com tiada kaitan langsung dengan penglibatan video Gomoman. Info ini sekadar perkongsian ilmu dalam bidang animasi 3D Malaysia.
Related posts:
- Sejarah Internet (1957-2009) Hari ini, kita boleh buat banyak tugasan dengan menggunakan internet. Data-data seperti gambar, muzik, video, kedai, blogs, perkhidmatan seperti perbankan...
- Video: Kembara Jelajah Kelantan 2009 Video Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan ini adalah hasil suntingan daripada ahli Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) yang ada di...
- Akhirnya…. KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010 Akhirnya setelah menghadapi kegagalan pada cubaan pertama tahun lepas, akhirnya semalam Kelantan berjaya juga merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan...
- Kelantan 4 Penang 1 Semalam, buat kali ke-2 dalam hidup aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV tengok bola Liga Super Kelantan lawan...
- Video: Apa itu iPad ??? part 1 Apakah itu iPad ??? Tiba-tiba keluar plak iPad2. Ishhh belum abis lagi kaji apa itu iPad keluar plak iPad2. Itu...








