Apr
21st

www.antivirus365.net: 1-Stop Center Kaspersky Lab Malaysia

Files under Internet | Posted by Akmal

Tiada yg lebih memudahkan selain mempunyai 1-stop center untuk melakukan segala urusan keselamatan PC. Itulah yg dtawarkan oleh laman web www.antivirus365.net iaitu laman web yg dibina khas oleh Kaspersky Lab dan pembangun tempatan bagi menyediakan produk, sokongan dan portal talian setempat untuk pelanggan serta pelawat mendapatkan maklumat mengenai perisian antivirus popular itu. Tak tau kenapa la laman ini dinamakan antivirus365, mungkin antivirus ini berfungsi untuk 365 hari :)

Selain produk perisian Kaspersky yg boleh dibeli secara online, pelawat juga boleh memperbaharui lesen perisian mereka dan mendapat diskaun. Pelawat juga boleh download perisian percuma untuk tempoh percubaan 30 hari sebelum membuat keputusan membelinya dan beberapa ciri lain yang memudahkan pelawat mendapatkan servis serta maklumat yang di perlukan sebelum dan selepas pembelian.

Salah satu ialah ciri Live Support yg membolehkan pengguna chatting dalam masa sebenar dengan juruteknik atau tenaga mahir untuk sebarang soalan mengenai produk Kaspersky. Jadi tidak perlulah anda buka buku manual yg tebal untuk troubleshoot perisian. Cuma chatting saje dapat jawapan segera(Buku panduan manual boleh dimuat turun). Masa menunggu untuk juruteknik memberi respon tidak mengeceakan. Dalam beberapa minit sahaja merekan akan melayan pertanyaan anda. Tapi pastikan fungsi ini Online dulu ye. :)

Selain itu, satu lagi kelainan pada laman web antivirus365.net ini ialah pautan ke laman sosial facebook. Bagi mereka yg ingin mengikuti perkembangan Kaspersky atau individu2 disebalik laman web ini atau mungkin ingin menambah Kaspersky sebagai ahli Facebook anda., bolehlah berbuat demikian dengan klik pada pautan Fans Club.

Jika Live Support tidak online, atau anda boleh juga menyertai ruangan forum rasmi Kaspersky jika ingin berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan produk Kaspersky dan juga bersoal jawab dengan ahli forum yang lain. Disini anda akan dapat membincangkan sesuatu topik dengan lebih mendalam lagi tentang produk Kaspersky.

Post a Comment

CommentLuv Enabled