Apr
17th

Apa Itu Teori McClelland?

Files under Motivasi | Posted by Akmal


Teori McClelland sudah digunakan dengan meluasnya oleh ahli-ahli psikologi lain ntuk mengkaji ciri-ciri personaliti pejaya, iaitu individu-individu yg sangat berkehendak kepada kejayaan . Antara hasil daripada kajian mereka ialah:

  1. Individu-individu itu sengaja mencari tugas-tugas yg banyak memberi cabaran.
  2. Mereka mahu supaya diberikan tanggungjawab yg menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan.
  3. Mereka mahu supaya tugas-tugas yg mereka jalankan itu diberi penilaian demi mencapai kemajuan.
  4. Mereka akan melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi penilaian dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya individu-individu yg bukan pejaya tidak menunjukkan hasil yg lebih baik apabila mereka diberi tugas-tugas yg memiliki ciri-ciri seperti itu.
  5. Individu-individu pejaya cenderung menjadi usahawan.
  6. Mereka memiliki dorongan yg kuat untuk memajukan diri mereka dengan daya usaha sendiri.

Salah satu tingkah laku menonjol personaliti pejaya ialah mereka itu berminat bercakap dan mendengar perbincangan yg mengandungi topik-topik tertentu sahaja, seperti topik-topik yg menggambarkan peluang –peluang kemajuan kepada status mereka, keuntungan ekonomi, ataupun peningkatan kuasa yg mereka miliki.

Ciri-ciri personaliti pejaya lebih kerap terdapat di kalangan keluarga kelas menengah, di mana baik ibu bapa mahupun anak-anak mereka sama-sama memiliki ciri-ciri itu. Nampaknya anggota kelas menengah lebih kuat berusaha untuk mencapai kejayaan yg lebih tinggi dengan harapan mereka dapat menembusi kelas sosioekonomi atasan. Kajian menunjukkan keluarga-keluarga daripada kelas bawahan dan juga kelas atasan melahirkan lebih ramai anak-anak yg tidak memiliki ciri-ciri pejaya, iaitu anak-anak mereka tidak sangat berkehendak kepada kejayaan.

Teori McClelland juga dikenali sebagai teori keperluan-keperluan yg dipelajari. Beliau mengatakan keperluan-keperluan manusia tidak bersifat semulajadi atau fitrah. Sebaliknya, apa yg lazimnya dianggap keperluan adalah sebenarnya tingkah laku yg dipelajari melalui perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yg dialami oleh seseorang individu itu sepanjang hidupnya. Segala tingkah laku seseorang individu itu mencerminkan bagaimana individu berkenaan mempersepsi segala situasi yg dialami dan juga mencerminkan perkara-perkara yg mendorongnya melakukan apa yg dilakukannya.

Lazimya wang menjadi pendorong penting kepada manusia. Tetapi, menurut McClelland, wang tidak berapa mendorong orang-orang yg memiliki keperluan pencapaian yg amat tinggi disebabkan orang-orang itu memang sudah sedia memiliki dorongan yg sangat tinggi untuk berjaya. Sebaliknya bagi orang-orang yg rendah keperluan pencapaiannya, mereka sangat terdorong oleh wang. Apabila mereka ditawarkan wang, mereka akan bekerja lebih kuat.

Bagi orang-orang yg memiliki keperluan pencapaian yg amat tinggi, wang hanyalah sejenis maklum balas dan sejenis pengiktirafan sahaja kepada kejayaan daya usaha mereka. Apabila mereka berjaya, mereka menganggap ganjaran wang adalah bukti bahawa mereka sudah berjaya.

ps : A very good theory to practice … :)

ps2: Publish kembali artikel yg hilang ini semasa hosting down lepas

Related posts:

  1. SALAH atau BETUL Tidak Penting Ramai orang beranggapan apa yang betul dan apa yg salah adalah dua perkara yg saling bertentangan. Mereka percaya kalau sesuatu...


9 Responses to “Apa Itu Teori McClelland?”

  1. By mc on Apr 18, 2010 | Reply

    hmm…teori ni amat menarik..no 1 ngan no 6 tu memang cam aku hehe…tapi ape tu pejaya?adakah individu?
    .-= mc´s last blog ..[GAMBAR] Jom Pekena Asam Pedas Gajah Di Afrika! =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mc,

    Pejaya itu ialah wakil nama kepada individu :)

    [Reply]

  2. By zik on Apr 22, 2010 | Reply

    erm teori yang tak pernah dengar dan baca… erm betul2 menarik :-)
    .-= zik´s last blog ..Cabaran keusahawan =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Ha ah, teori yg sangat menarik :)

    [Reply]

  3. By sangilapi on May 1, 2010 | Reply

    tetapi ada jugak anak-anak dari kelas bawahan yang berjaya sekiranya mereka mempunyai daya pemikiran yang positif :)
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Yup, mmg pun ada.

    [Reply]

  4. By kym on Sep 27, 2010 | Reply

    minta penerang lanjut mengenai teori Mcclelland & Atkinson 1953.TQ

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @kym,

    Insya Allah, jika saya terjumpa teori ini.. akan saya publish…

    [Reply]

  5. By confused on Oct 13, 2010 | Reply

    teori ni kemukakan 3 keperluan;keperluan pencapaian, keperluan kuasa dan penggabungan..adakah seseorang individu itu perlu memenuhi kesemua keperluan2 ini untuk dianggap sebagai teori mccclelland?

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge